Monday, December 19, 2011

Upgrade, year end, account closing, system down etc (sambungan episod lepas)

Hari ini aku cuti, walaupun telah dibekukan cuti, aku masih nak cuti sebab family matter. So, diorang nak marah? Suka hati aku la. Kalau family aku ada masalah, company aku tolong ke? Tak pernah terjadi.

Selama aku cuti, even bebaru ni aku ada support luar daerah, telah berlaku beberapa incident luar biasa semenjak nak tutup buku tahun ni. Nak dekat tahun baru ni, dah la cuti kena beku, maintenance pun dibekukan berkuatkuasa serentak. Nak dijadikan cerita, ada pulak yang memandai buat upgrade sistem communicator (macam YM). Dah la tak follow ITIL, buat change management pun takde. Client tak diberitahu.

Bayangkan, changes yang dibuat, bukan setakat part security, host name pun tukar. IP forwarding takdok. Dah la banyak step nak kena ajar/tunjuk kat client.

Masa aku kat Jb hari tu, aku check, kalau hari biasa unassign incident ada dalam 40 ke bawah, yang ni dah naik 80 ke atas.

Tahun baru ni, client pun nak down size HR dan Finance department. So, diperkenalkan sistem baru untuk staff dia. Aku takde la nak komen sangat sistem diorang tu. Masalahnya, nak suruh kami end support ni dok tengok/check sistem diorang kat tempat client. Ada je problem yang timbul. Setiap hari, ada je benda nak disuruh. Disebabkan aku ni tak diberikan gambaran yang secukupnya, maka, tiap kali disuruh check ikut arahan diorang, aku ye kan saja. Selagi tak nampak error/warning, aku kata ok. Walaupun sebenarnya tak ok. Hehhehe.

Sekarang ni aku cuti, dok kat Melaka. Aku dapat email, ada pulak problem email web based. Dah direpair pada weekend lepas, ada pulak yang nak disablekan terus link dari main site. So, kalau ada user nak guna, error/hilang, tak ke diorang ni akan log incident? Pada masa problem ni timbul, aku tak tau brape banyak incident baru dilog. Aku percaya, mesti banyak.

Tetiba pulak, ada yang call, nak network kat Shah Alam sebab baru-baru ni buat renovation bilik meeting. Kenapa buat renovation tak inform IT? Benda paling simple. Kitorang dah la tak ready. Dengan incident yang bukan-bukan. Man power kurang sorang. Aje gila la cam ni.

Esok aku kerja, harap esok, aku tak lepas balik sebab banjir. Hehehehhe.

No comments:

Post a Comment