Thursday, December 1, 2011

Incident IT yang agak sukar difahami.

Ini bukan incident kelakar. Tapi incident yang menyusahkan orang support macam kami.

Semalam, kawan aku (dia ni bukan support tapi compliance) log incident IT dengan menyatakan tempat masalah (di Kuantan) dan urgencynya. Bila ditanya siapa di Kuantan itu bermasalah? Dia tidak pula membalasnya.

Pagi ini, aku cuba browse beberapa incident baru. Ada incident ini, "A problem has been detected and windows has been shutdown to prevent damage to my computer" dengan pelapornya, "anonymous system".

What the fuck! Kenapa tak tinggalkan nama, dan nombor telefon? Macam la kita kenal dia.

Ye, sistem incident ini, membenarkan anonymous membuat laporan incident jika mereka tidak mempunyai (atau lupa password) untuk login sistem tersebut. Maka, incidentnya jadi anonymous la. Tapi kalau dah tahu anda tu Guest (anonymous mode), cuba la tinggalkan nama.

Kalau dah lambat support, marah pulak. Macam mana nak support cepat kalau anda tidak memberi kerjasama?

"HELP US, HELP YOU." - Bermaksud, bantu kami memberi segala maklumat yang diperlukan supaya memudahkan kami menyiasat masalah anda. Lagipun, anda bukannya pakar dalam bidang ini. Maklumat yang kami perlukan bukan susah, hanya apa yang anda nampak saja.

No comments:

Post a Comment