Wednesday, August 1, 2012

Kegawatan ekonomi Eropah dan Raspberry Pi.

Raspberry Pi adalah satu mikrokomputer bersaiz kad kredit yang dicipta oleh Raspberry Pi Foundation (UK) bertujuan memberi kemudahan pembelajaran komputer dengan kos yang rendah dalam bilik darjah. Mikrokomputer ini hanya memerlukan TV biasa, papan kekunci, tetikus dan SD memory card untuk berfungsi.

Dengan sistem operasi yang dipasang bersamanya, pelajar sekolah boleh menggunakan komputer seperti komputer biasa, pemprosesan teks, melayari internet, mempelajari pengaturcaraan dan macam-macam lagi.

Penciptanya, seorang pensyarah universiti, mencipta Raspberry Pi kerana kemasukan pelajar United Kingdom dalam kursus komputer setiap tahun mengalami kemerosotan. Ini disebabkan kurangnya minat rakyat mereka. Maka, beliau berharapkan minat terhadap komputer dapat dipupuk dari peringkat sekolah lagi, lebih-lebih lagi dalam bidang pengaturcaraan.

Harga yang ditawarkan bagi mendapatkan Raspberry Pi adalah USD35 seunit. Di Malaysia, harga telah ditetapkan sebanyak RM145.

Pada hari pertama dilancarkan pada awal April lalu, sebanyak 10000 unit telah terjual dalam masa 5 minit di seluruh dunia. Dan jumlah tempahan dan penggunanya makin bertambah setiap hari. Ada beberapa pengkritik IT, mengatakan kemungkinan Raspberry Pi yang kecil ini, akan menjadi sesuatu yang besar dan hebat tidak lama lagi.

Penciptanya, sebagai orang British, sewaktu merancang projek ini yang dikatakan tidak mengutamakan keuntungan, beliau merasakan projek ini perlu dikilangkan di UK kerana dia orang British. Pada waktu yang sama, ekonomi Eropah yang semakin gawat, mengilangkan produk ini di UK, memberi peluang ekonomi dan juga peluang pekerjaan bagi rakyat UK. Pada waktu yang sama, beliau perlu pastikan produknya cukup murah supaya Raspberry Pi ini mampu dimiliki oleh semua orang di seluruh dunia.

Tetapi, harapan beliau tidak boleh direalisasikan untuk dikilangkan di UK oleh beberapa sebab ekonomi. Pertamanya, untuk mengilang produk ini, setiap komponennya perlu diimport dari luar UK dan setiap komponen ini dikenakan duti import secara berasingan. Produk siap yang perlu dieksport juga, perlu dikenakan duti eksport. Pengilang di UK juga, dapat mengeluarkan produk siap dalam masa 12 minggu.

Berbeza jika dikilangkan di China dan Taiwan, pengilang di sana dapat menyiapkan produk dalam masa 4 minggu. Cukai eksport/import pula hanya dikenakan bagi produk yang sudah siap.

The first batch of 10,000 boards was manufactured in Taiwan and China,[38][39] rather than in the UK. This is in part because import duty is payable on individual components but not on finished products. Chinese manufacturers also quoted a lead time of four weeks, compared to 12 weeks in the UK. Savings can be reinvested in the Foundation's research and development activities.[39]


Maka, untuk mengurangkan kos, Raspberry Pi telah dikilangkan di China dan Taiwan. Niat untuk membantu ekonomi negaranya terpaksa dibatalkan.

http://chedet.cc/blog/?p=807

Berdasarkan apa yang Tun Mahathir katakan dalam blognya, Malaysia and The World, ekonomi Eropah hampir mengalami kegawatan. Pada waktu yang sama, beberapa pihak di Malaysia telah mula menabur janji seperti duit datang dari langit.

Pada pendapat aku, rakyat negara kita ini bertuah sebab negara kita tak pernah bankrap. Segala percaturan yang dibuat adalah seimbang. Jika kerajaan memberi kesenangan kepada rakyat dengan membabi buta, dengan merasakan rakyat perlu mendapatkannya, tetapi ada rakyat yang malas bekerja, memang negara kita akan bankrap.

Aku tidak pernah pergi UK tetapi isteri aku pernah belajar di sana. Makanan di sana murah berbanding di Malaysia. Tetapi rakyatnya pemalas. Pemalas pula dapat elaun. Sudah lah ekomoni teruk, nak kilangkan barang pun, banyak cukai yang dikenakan. Maka, lebih baik buat di luar. Ini satu kerugian bagi UK.

Aku teringat pada kenyataan seorang kawan aku yang melawat UK baru-baru ini. Dengan megah berkata, memandu sejauh 1200km di UK hanya bayar tol RM7. Itu pun bayar untuk lalu dalam terowong. Kalau di Malaysia, macam-macam tol kena bayar.

Aku kata, setahu aku, di UK, minyak dikenakan cukai dan tidak dikawal harganya. Berapa banyak kos minyak yang perlu dibayar untuk travel 1200km? Dia kata, RM700. Beli minyak dari stesen minyak murah je.

Aku tak mahu komplen banyak. Untuk aku, RM700 aku boleh pandu kereta Proton Wira buruk aku dari JB ke Gurun sebanyak 2 kali termasuk tol.

Kosnya lebih kurang sama, tapi kenapa dia perlu membandingkan harga tol tanpa bandingkan sekali kos minyak? Ini adalah satu cara rakyat kita memburukkan negara sendiri.

Ye, Malaysia juga menghadapi tekanan ekonomi. Tetapi dengan perancangan yang baik dan kerja sama semua lapisan masyarakat, kita boleh berjaya menghadapinya.

Tetapi dengan keadaan yang tak menentu ini, rakyat masih lagi meminta-minta, ada lapisan masyarakat yang pemalas. Ada yang tidak tidak mahu bekerja sama. Sudah pasti kita akan bankrap.

Seorang kawan aku yang gila pernah berkata, "Aku hidup sudah lebih 40 tahun. Aku sudah dengar orang kata Malaysia akan bankrap dari zaman aku sekolah lagi. Sampai sekarang, aku rasa ok je."