Wednesday, August 17, 2011

Bendera dan Hari Kebangsaan.

Petronas, adalah satu entiti kerajaan. Mendapat sokongan kerajaan untuk beroperasi. Korang perasan tak, dia orang ni tak patriotik?

Susah untuk kita lihat pekerja Petronas mengenakan bendera Malaysia di kereta masing-masing. Hanya pekerja kolar biru yang bukan GLC sahaja yang buat macam ni.

Unsung hero.

Aku biasa labelkan diri aku Unsong Hero atau Wira Tak Didendang. Tapi bukan aku seorang, tapi satu kumpulan aku mungkin merasakan diri mereka macam itu.

IT atau ICT menjadi tulang belakang kepada semua organisasi termasuk operasi kerajaan. Tiada IT, organisasi tidak berfungsi. Pergantungan mereka kepada IT sangatlah kuat.

Tetapi jika mereka merasakan operasi mereka lebih penting, maka IT sebagai sokongan utama dipandang rendah.

Petang tadi, aku mendapat arahan untuk melihat masalah yang berlaku pada PC seseorang. Makcik je. Yang bagusnya, makcik ini memberi kerja sama yang baik untuk aku kenal pasti apakah masalah dia.

Semasa bertanya beberapa soalan, perbualan kami diganggu oleh orang lain, yang hanya untuk bertanyakan kuih raya yang dijual.

Bosan aku menunggu mereka bersembang, aku mengundur diri kerana agak sukar bagi makcik itu memberi kerja sama kepada aku untuk menyelesaikan masalahnya dan bersembang dengan kawan dia berkenaan kuih raya.

Hinggalah dia perasan yang aku malas nak ganggu lagi dan aku cakap, "Takpe la. Teruskan. Nanti lambat pulak saya nak tolong."

Tanpa rasa bersalah dan minta maaf, kawan dia terus meninggalkan kami.

Bagaimana aku ingin membantu mereka untuk mengatasi operasi mereka walhal mereka lebih senang melayani hal peribadi?

Tapi kalau kita ambil acuh tidak acuh permasalahan mereka, tahu pulak nak marah.

Saturday, August 13, 2011

Thursday, August 11, 2011

NESCAFÉ wants you! Express yourself and you could win RM10,000! #NescafeChilllah

NESCAFÉ wants you! Express yourself and you could win RM10,000! #NescafeChilllah

Hati baik, mulut pun baik.

Setiap pagi pandu kereta, aku dengar SinarFM. Pada minggu lepas, krew Sinar Pagi mengundang Dato Dr Fadzilah Kamsah.

Apa yang aku nak cerita, sebab aku teringat dengan kata-kata Dr Fadzilah. "Jangan percaya dengan orang yang berkata, mulut aku saja jahat tapi hati aku baik. Kerana hanya hati yang baik saja, mempunyai mulut (kata-kata) yang baik."

Aku selalu bercampur bermacam-macam orang. Memang aku ada jumpa beberapa orang seperti yang Dr Fadzilah katakan tadi. Dia akan mengaku mulutnya jahat tetapi berikrar mempunyai hati yang baik.

Betul. Hatinya baik. Sentiasa membantu orang lain. Menjadi pendengar yang baik terhadap masalah orang lain. Dan yang penting, Rukun Islam tak tinggal ditinggalkan.

Jika kita selami mereka ini dan mengikuti perjalanan hidup mereka, kita akan dapat tahu, mereka ini, bukan mempunyai hati yang baik sebenarnya.

Jika mereka mendengar masalah peribadi orang, dia akan sampaikan kepada orang lain, dengan beranggapan orang lain itu tidak mengenali orang yang bermasalah itu.

Mereka juga seorang yang "judgemental". Segala tindak tanduk orang lain yang berada dalam pemerhatiannya akan diterjemah dengan sendirinya dalam hati tanpa pemikiran yang terbuka. Dengan kata lain, menilai keadaan orang lain. Dengan mudah, melabelkan orang itu baik atau jahat mengikut kehendak hati.

Mereka juga sebenarnya seorang yang "berkira" atau tidak bertolak ansur. Mungkin orang lain tidak perasan tetapi cuba lihat kalau mereka ini mempunyai masalah, dia akan cukup berkira. Ini disebabkan hatinya yang tidak tetap (baik).

Mereka juga seorang yang tidak akan mengaku salah walaupun telah terbukti salah. Jika terbukti, mereka ini tidak pula bising menegakkan benang yang basah tetapi terus diam tanpa berkata apa-apa. Seperti tiada apa yang berlaku. Ada pula yang terus melarikan diri dari terus terlibat.

Sama juga kalau mereka gagal, mereka tidak mengaku akan kegagalan atau terus lari bagi melupakannya.

Itu hanya sebahagian perangai orang yang begini yang aku jumpa. Ada banyak lagi, kalau kita terus berdamping 24/7 dengan mereka ini.

Kalau tidak percaya, cuba baca blog-blog mereka. Blog adalah hati mereka. Kita boleh menilaikannya. Dari situ, kita tahu bagaimana perasaan mereka terhadap kita dan orang lain.

Kalau pendapat mereka di blog salah dan terbukti, nescaya mereka berhenti menghuraikannya. Ada yang lebih penakut, memadamkan terus pendapat mereka sendiri.

p/s: Syabas jejariruncing.

Wednesday, August 10, 2011

Buffet Ramadhan 2011

Sudah lama tak berbuka secara buffet. Kalau tinggal di KL atau PJ, selalu juga pergi ke hotel atau restoran berbuka buffet.

Sekarang belanja dah meningkat, makan di rumah yang paling nikmat.

Tuesday, August 2, 2011

SILA BACA!

Kalau ada masalah dengan komputer, sila baca ralat atau pemberitahuan yang ada pada skrin.

Sila faham maknanya daripada Bahasa Inggeris. Adakah susah untuk anda memahami maksud, "Press Alt+Ctrl+Del to logon"?

Kalau itu pun tidak tahu, anda patut tahu taraf anda di mana.