Wednesday, August 1, 2012

Kegawatan ekonomi Eropah dan Raspberry Pi.

Raspberry Pi adalah satu mikrokomputer bersaiz kad kredit yang dicipta oleh Raspberry Pi Foundation (UK) bertujuan memberi kemudahan pembelajaran komputer dengan kos yang rendah dalam bilik darjah. Mikrokomputer ini hanya memerlukan TV biasa, papan kekunci, tetikus dan SD memory card untuk berfungsi.

Dengan sistem operasi yang dipasang bersamanya, pelajar sekolah boleh menggunakan komputer seperti komputer biasa, pemprosesan teks, melayari internet, mempelajari pengaturcaraan dan macam-macam lagi.

Penciptanya, seorang pensyarah universiti, mencipta Raspberry Pi kerana kemasukan pelajar United Kingdom dalam kursus komputer setiap tahun mengalami kemerosotan. Ini disebabkan kurangnya minat rakyat mereka. Maka, beliau berharapkan minat terhadap komputer dapat dipupuk dari peringkat sekolah lagi, lebih-lebih lagi dalam bidang pengaturcaraan.

Harga yang ditawarkan bagi mendapatkan Raspberry Pi adalah USD35 seunit. Di Malaysia, harga telah ditetapkan sebanyak RM145.

Pada hari pertama dilancarkan pada awal April lalu, sebanyak 10000 unit telah terjual dalam masa 5 minit di seluruh dunia. Dan jumlah tempahan dan penggunanya makin bertambah setiap hari. Ada beberapa pengkritik IT, mengatakan kemungkinan Raspberry Pi yang kecil ini, akan menjadi sesuatu yang besar dan hebat tidak lama lagi.

Penciptanya, sebagai orang British, sewaktu merancang projek ini yang dikatakan tidak mengutamakan keuntungan, beliau merasakan projek ini perlu dikilangkan di UK kerana dia orang British. Pada waktu yang sama, ekonomi Eropah yang semakin gawat, mengilangkan produk ini di UK, memberi peluang ekonomi dan juga peluang pekerjaan bagi rakyat UK. Pada waktu yang sama, beliau perlu pastikan produknya cukup murah supaya Raspberry Pi ini mampu dimiliki oleh semua orang di seluruh dunia.

Tetapi, harapan beliau tidak boleh direalisasikan untuk dikilangkan di UK oleh beberapa sebab ekonomi. Pertamanya, untuk mengilang produk ini, setiap komponennya perlu diimport dari luar UK dan setiap komponen ini dikenakan duti import secara berasingan. Produk siap yang perlu dieksport juga, perlu dikenakan duti eksport. Pengilang di UK juga, dapat mengeluarkan produk siap dalam masa 12 minggu.

Berbeza jika dikilangkan di China dan Taiwan, pengilang di sana dapat menyiapkan produk dalam masa 4 minggu. Cukai eksport/import pula hanya dikenakan bagi produk yang sudah siap.

The first batch of 10,000 boards was manufactured in Taiwan and China,[38][39] rather than in the UK. This is in part because import duty is payable on individual components but not on finished products. Chinese manufacturers also quoted a lead time of four weeks, compared to 12 weeks in the UK. Savings can be reinvested in the Foundation's research and development activities.[39]


Maka, untuk mengurangkan kos, Raspberry Pi telah dikilangkan di China dan Taiwan. Niat untuk membantu ekonomi negaranya terpaksa dibatalkan.

http://chedet.cc/blog/?p=807

Berdasarkan apa yang Tun Mahathir katakan dalam blognya, Malaysia and The World, ekonomi Eropah hampir mengalami kegawatan. Pada waktu yang sama, beberapa pihak di Malaysia telah mula menabur janji seperti duit datang dari langit.

Pada pendapat aku, rakyat negara kita ini bertuah sebab negara kita tak pernah bankrap. Segala percaturan yang dibuat adalah seimbang. Jika kerajaan memberi kesenangan kepada rakyat dengan membabi buta, dengan merasakan rakyat perlu mendapatkannya, tetapi ada rakyat yang malas bekerja, memang negara kita akan bankrap.

Aku tidak pernah pergi UK tetapi isteri aku pernah belajar di sana. Makanan di sana murah berbanding di Malaysia. Tetapi rakyatnya pemalas. Pemalas pula dapat elaun. Sudah lah ekomoni teruk, nak kilangkan barang pun, banyak cukai yang dikenakan. Maka, lebih baik buat di luar. Ini satu kerugian bagi UK.

Aku teringat pada kenyataan seorang kawan aku yang melawat UK baru-baru ini. Dengan megah berkata, memandu sejauh 1200km di UK hanya bayar tol RM7. Itu pun bayar untuk lalu dalam terowong. Kalau di Malaysia, macam-macam tol kena bayar.

Aku kata, setahu aku, di UK, minyak dikenakan cukai dan tidak dikawal harganya. Berapa banyak kos minyak yang perlu dibayar untuk travel 1200km? Dia kata, RM700. Beli minyak dari stesen minyak murah je.

Aku tak mahu komplen banyak. Untuk aku, RM700 aku boleh pandu kereta Proton Wira buruk aku dari JB ke Gurun sebanyak 2 kali termasuk tol.

Kosnya lebih kurang sama, tapi kenapa dia perlu membandingkan harga tol tanpa bandingkan sekali kos minyak? Ini adalah satu cara rakyat kita memburukkan negara sendiri.

Ye, Malaysia juga menghadapi tekanan ekonomi. Tetapi dengan perancangan yang baik dan kerja sama semua lapisan masyarakat, kita boleh berjaya menghadapinya.

Tetapi dengan keadaan yang tak menentu ini, rakyat masih lagi meminta-minta, ada lapisan masyarakat yang pemalas. Ada yang tidak tidak mahu bekerja sama. Sudah pasti kita akan bankrap.

Seorang kawan aku yang gila pernah berkata, "Aku hidup sudah lebih 40 tahun. Aku sudah dengar orang kata Malaysia akan bankrap dari zaman aku sekolah lagi. Sampai sekarang, aku rasa ok je."

Monday, July 30, 2012

Anwar Ibrahim & PR minta rakyat boikot Petron, pengusaha stesen minyak bumiputera resah.

Aku bukannya menyokong sangat politik dalam Malaysia. Apatah lagi, mengundi. Aku belum lagi berdaftar sebagai pengundi. Sebab aku tidak suka suasana politik Malaysia semenjak dulu. Walaupun begitu, aku tetap mengambil tahu sebab aku rakyat Malaysia. Walau apa terjadi kepada Malaysia, masih lagi memberi kesan kepada aku.

Aku terdetik menulis pasal tajuk di atas sebab aku merasakan boikot ini akan merugikan sebahagian pengusaha bumiputera dan akan menghapuskan beberapa peratus pegangan ekonomi bangsa melayu.

Bagi aku, DS Anwar Ibrahim sudah melampau. Sebahagian pengusaha stesen minyak Petron yang dulunya Esso dan Mobil dimiliki bumiputera? Adakah DS Anwar Ibrahim sedar?


Sebagai bumiputera dan berbangsa Melayu, kami amat berbangga jika mempunyai peluang memiliki sebuah stesen minyak. Tapi, apakan daya kami untuk memegang jenama terbesar di Malaysia seperti Petronas dan Shell. 

Hendak buka stesen minyak Petronas dan Shell, paling kurang perlu ada deposit RM500ribu bagi stesen kurang risiko. Mana nak cari duit sebanyak itu, bagi orang Melayu dari kelas pertengahan? Sebelum Exxon menjual bisnes hiliran ini kepada Petron, lebih 5 tahun dahulu, ada beberapa pengusaha Melayu telah ditawarkan untuk mengusaha stesen minyak dalam program usahawan. Mereka ini perlu meletakkan beberapa ribu sahaja sebagai deposit. Dan mereka ini dilatih dan dijanjikan untuk menjadi pengusaha penuh seperti orang lain tak lama selepas itu.

Selepas diambilalih oleh Petron, hanya dalam beberapa bulan semasa pengalihan syarikat, pengusaha bumiputera ini sekali lagi diberi peluang untuk menjadi pengusaha penuh tetapi dengan deposit yang tinggi. Paling kurang, perlu sediakan RM100ribu. Masih lagi rendah berbanding stesen minyak Petronas dan Shell. Tapi, bagi kami, amatlah susah untuk mencari RM100ribu. Aku sangat kasihan bagaimana isteri aku terpaksa refinance rumah bapanya untuk mendapatkan RM100ribu. Itu tak termasuk lagi duit operasi, kami terpaksa menggadai barang kemas dan membuat beberapa pinjaman persendirian di beberapa buah bank dengan kadar faedah yang tinggi.

Kawan-kawan lain juga menghadapi masalah yang sama. Sekurang-kurangnya kami ada rumah untuk digadai tetapi mereka tiada rumah. Nak pinjam saudara pun segan sebab mereka dah banyak meminjam dari saudara. Nak pinjam bank, tiada yang sanggup bagi pinjam sampai lebih RM100ribu.

Masih ingat lagi pada tahun lepas, aku dan isteri duduk dalam kereta berdepan bank RHB selama 4 jam untuk mendapatkan pinjaman kewangan segera. Semua orang tahu, betapa tingginya faedah yang dikenakan oleh bank ini. Kami duduk dalam kereta berkira-kira, adakah kami mampu melangsaikan hutang ini tanpa banyak masalah. Selepas yakin, baru kami menuju ke bank. Dengan hati yang berdebar, kami buat pinjaman itu. Dengan percaturan yang terbaik, kami dapat membayar hutang bulanan tanpa banyak masalah dan berdoa jangan ada pula masalah baru timbul yang boleh menggugat perniagaan isteri saya ini.

Masa itu, terdetik di hati, betapa susahnya untuk berjaya dalam perniagaan dan perit menghadapi masalah-masalah dalam perniagaan. Tapi, walau betapa susahnya kami berniaga, stesen minyak ini menjadi lambang kekuatan isteri berniaga dan akan menjadi contoh kepada anak kami yang baru lahir, supaya berusaha dalam hidup. Kami akan cuba kekal berniaga walaupun sudah beberapa kali isteri hampir menyerah. Rumah yang di-refinance perlu dibayar setiap bulan selama 25 tahun. Mana mungkin kami berhenti berniaga.

Adakah DS Anwar Ibrahim hendak menghapuskan ekonomi bangsanya sendiri yang bersusah-payah ini? Adakah Anwar Ibrahim mahu orang kaya sahaja yang berjaya dan kami dari kelas pertengahan tidak perlu mengubah nasib?


Bagaimana kami, bumiputera yang mempunyai kesedaran ekonomi tetapi tidak mempunyai modal yang cukup untuk berjaya? Adakah peluang kami kosong hanya kerana modal yang sedikit?

Kalau ada modal sekali pun, belum tentu kami ada peluang untuk mempunyai stesen Petronas. Dikhabarkan yang menunggu mendapatkan stesen Petronas saja ada lebih 200 pemohon setiap tahun. Tetapi malangnya, ada pemohon yang potong Q, jika mereka ada kuasa dan duit lebih. Bagi Dato dan Tan Sri pula, jika ada saja projek perumahan, siang-siang lagi sudah ada tempat untuk mendirikan stesen minyak. Bukan setakat 1 tetapi lebih dari 1 stesen.

Walau macam mana teruknya, peluang perniagaan ini dimonopoli, tetapi masih ada syarikat minyak yang memberi peluang kepada calon pengusaha melayu walaupun syarikat (Esso - Mobil) bukan syarikat Top 2.

Sebagai syarikat, suka hati dia la nak jual syarikat kepada siapa dia mahu. Walaupun BHP ingin membeli syarikat hiliran Exxon Mobil tetapi BHP tidak mahu memiliki loji penapis Port Dickson. Loji tu sudah uzur dan mungkin BHP tidak berupaya refurbish loji ini. Tetapi San Miguel (melalui Petron) sanggup mengambilnya.

Terfikir juga, adakah Petron mempunyai cukup modal? Pernah bersembang seorang pekerja ESSO MOBIL yang diserapkan ke Petron, tangga gaji mereka yang diserap 4 kali ganda lebih tinggi dari pekerja di Filipina.

Semasa perancangan pembelian Esso Mobil kepada Petron, beberapa pekerja tempatan beragama Islam berasa was-was untuk bekerja di syarikat berunsur arak (San Miguel Corp). Tetapi mereka dijanjikan operasi perniagaan di Malaysia akan mengikut lunas-lunas syariah compliance.

Diberitakan juga akhbar-akhbar, selepas pengambilan syarikat, Petron cuba membuat pinjaman kewangan dalam RM dari beberapa buah bank tempatan.

Semasa pengalihan sistem IT (dari network Exxon ke network Petron) beberapa bulan lepas (kalau anda semua masih ingat semasa kebanyakkan stesen minyak ESSO - MOBIL kehabisan minyak di Lembah Klang), sebuah kapalterbang Airbus A380 dari negara Arab (tak pasti negara apa), telah mendarat di KLIA. Syarikat penerbangan (tidak pasti syarikat apa) telah meminta Esso - Mobil mengisi minyak kapalterbang tersebut di waktu pengalihan kritikal. Pekerja Esso - Mobil di KLIA telah berusaha dari malam sehingga awal pagi untuk memulihkan sistem IT supaya sistem dapat menyalurkan minyak ke kapalterbang tersebut. Mereka berjaya mengisi minyak tepat pada masanya. Mungkin ini menjadi benchmark untuk Petron mendapat kontrak pembekalan minyak kepada MAS.

Saya hendak tahu juga, kalau Petronas atau BHP berupaya mengisi minyak dalam waktu pengalihan kritikal? Baru ubah sistem SAP dalaman pun, hampir seminggu staff mereka tak boleh bekerja dengan sempurna.

Dari sumber yang boleh dipercayai, kejayaan Petron mendapat kontrak pembekalan minyak Airbus A380 adalah usaha keras kakitangannya. Mungkin juga tanpa usaha keras, Petron akan dapat juga kontrak ini. Mana kan tidak reputasi MAS sebagai syarikat bad payer diketahui ramai orang. Hutang berlambak. Sudah tentunya lambat membayar hutang. Tender ditawarkan bukan sahaja pada Petron tetapi juga Shell dan Petronas. Disebabkan reputasi MAS yang buruk ini, Shell dan Petronas mahu, tidak mahu terpaksa menghantar tawarannya tetapi dengan harga yang tinggi bagi mengimbangi reputasi MAS yang lambat bayar hutang ini.

Petron dalam pada itu sebuah syarikat baru sudah tentunya cuba menongkah arus. Bukan sahaja menawarkan harga yang rendah tetapi juga menawarkan pemberian minyak percuma bagi perjalanan pertama KL-London baru-baru ini. Memang betul, percuma. Bukan dipaksa oleh MAS tetapi untuk memenangi kontrak selama 6 bulan ini.

6 bulan dan bukan 6 tahun. Tempoh yang amat pendek. Kenapa pula kontrak pembekalan ini menjadi isu? Anwar dan PR merasakan jika Petron tidak diboikot, kemungkinan kontrak ini akan disambung untuk 6 bulan lagi.

Mungkin juga Petron tidak akan menyambung kontrak selepas tamat tempoh 6 tahun sebab hutang minyak tak bayar lagi. Maka, kenapa perlu prejudis dengan kontrak yang tak tentu ini?

Ini strategi dan politik perniagaan yang bagi sesetengah orang yang tidak tahu pasal perniagaan akan menerima bulat-bulat pandangan orang politik. Contohnya, jika Petron cuba mempertahankan diri sudah tentu rahsia kontrak Petron dan sebab MAS tidak menerima 2 tawaran syarikat lain akan diketahui orang ramai. Ini sudah tentunya menyalahi etika perniagaan. Orang politik sudah tentunya tahu pasal etika ini.

Walau bagaimana teruknya Petron yang digambarkan sebagai syarikat kroni, ada unsur arak dan monopoli, sekurang-kurangnya kami melayu kelas pertengahan diberi peluang yang tidak pernah diberi oleh syarikat tempatan. Sebagai ahli politik yang ingin memboikot Petron, apa langkah anda untuk menyelamatkan kami daripada unsur-unsur di atas? Selamatkan kami, selamatkan ekonomi bumiputera atau menghapus sedikit pegangan bumiputera dalam ekonomi Malaysia. Kalau kami berhenti pada hari ini, adakah kerja untuk kami pada esok hari? Yang paling penting, anak saya nak makan apa esok pagi?

Jika Exxon diberi pilihan untuk menjual anak syarikatnya kepada Petron atau BHL, dengan keadaan politik yang suka mencari salah, saya rasa, apa-apa keputusan Exxon akan menjadi modal politik. Jika BHL dipilih, sudah tentunya BHL mempunyai kaitan Beaustead, berkait pula dengan LTAL (Lembaga Tabung Angkatan Tentera), dan berkait juga dengan PM kita yang pernah menerajui Kementerian Pertahanan. Jual kepada Petron salah. Jual kepada BHL pun salah. Maka, kepada siapa perlu mereka pilih?

Dikatakan kebanyakkan ESSO dimiliki oleh bumiputera (ada kata 90%) dan Mobil pula dimiliki oleh bukan bumiputera. Penggabungan dalam Exxon memberi peluang yang nampak adil.

Maka, boikot ini, sesungguhnya,  bukan sahaja memberi kesan kepada pengusaha Melayu tetapi juga pengusaha bukan Melayu yang sekarang ini, Petron mempunyai lebih 580 stesen minyak.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/13/pkr-man-calls-for-petron-boycott/

Boikot ini bukan sahaja memberi kesan kepada pengusaha bumiputera tetapi juga bukan bumiputera. Ini masalah boikot multinational. Secara keseluruhan kesan boikot kepada pengusaha bukan bumiputera hanya dari segi peluang pekerjaan perniagaan. Tidak memberi kesan kepada peratusan pegangan perniagaan keseluruhan mengikut bangsa di Malaysia sebab peratusan mereka masih tinggi. Tetapi, bagi bumiputera, bukan sahaja memberi kesan kepada peluang pekerjaan perniagaan tetapi juga peratusan pegangan ekonomi akan rendah lagi dari paras yang memang sudah rendah.

Adakah PR bumiputera sanggup peratusan pegangan ekonomi kita diperjudikan untuk kemenangan anda?

Friday, July 27, 2012

Kreativiti tanpa batasan.

Tak lama dulu, aku memperlihatkan beberapa projek yang aku buat menggunakan Arduino dan Raspberry Pi kepada seorang kawan.

Betapa seronoknya dia sebab dia juga mempunyai keinginan membuat dan mencipta sesuatu sebagai hobi.

Tetapi dengan alasan, dia sudah lama tidak buat projek dan terkenang masa lampau semasa dia berupaya melaungkan masa untuk projeknya. Berkemungkinan dalam masa terdekat, dia akan cuba cari masa untuk hobinya itu.

Aku jawap, "Engkau jangan berangan nak buat projek-projek ni sebab sebenarnya engkau tiada masa langsung. Kerja engkau yang berlambak, outstation sepanjang minggu termasuk hujung minggu dan berturut-turut menyebabkan engkau tiada masa terluang. Sebab itu, masa aku ditawarkan kerja yang engkau buat sekarang ini, aku berminat sangat tetapi aku terpaksa tolak. Nanti aku tiada cukup masa untuk hobi aku. Adakah engkau sanggup berhenti kerja?"

Beberapa hari lepas, seorang kawan yang lain bertanyakan berkenaan Raspberry Pi dan aku terangkan melalui website. Dia sangat berminat tetapi mempertikaikan betapa mat salleh kreatif mencari idea baru. Walhal, orang Islam suka berperang sahaja tanpa mencari idea canggih.

Dalam hati aku, jangan la dituduh disebabkan orang Islam itu suka berperang, idea kreatif mereka tiada. Amerika juga berperang. Kreativiti itu datang dalam diri. Bukan keadaan sekeliling mereka.

Walaupun begitu, orang Islam memang tiada daya untuk menjadi kreatif walaupun di waktu aman. Mana kan tidak, mereka hanya memikirkan apa yang perlu dilakukan sebelum mati esok hari.

Aku tidak tahu mana orang dapat quote Dato Nik Aziz, "Saya tidak bangga dengan pembangunan sebab negara komunis pun ada pembangunan. Tetapi saya lebih pentingkan apa yang perlu dijawab di dalam kubur nanti. (lebih kurang)"

Adakah betul Nik Aziz berkata begitu atau ada orang sengaja buat quote palsu sebab quote ini adalah pandangan yang amat lemah. Jika pendapat ini disampaikan oleh orang yang berpengaruh, sudah tentunya menjadi satu ikutan. Kalau pembangunan itu tidak penting, bagaimanakah survival agama Islam itu sendiri. Penyebaran dan survival agama Islam itu semua bergantung kepada kaedah penyampaian, pengaruh, perdangangan, ketamadunan, kecanggihan, kesucian zahir serta batin, contoh, kekuatan dan macam-macam lagi yang mana semuanya bergantung kepada pembangunan yang tidak akan berhenti.

Adakah dengan berdoa sahaja, Islam itu akan tersebar atau selamat dalam dunia yang penuh cabaran ini?

Bagaimana bersihnya Islam itu kalau masyarakat Islam itu tidak berupaya menghasilkan air bersih untuk kehidupan mereka?

Atau orang Islam itu kaya hanya dengan berdoa dan kekayaan itu boleh digunakan untuk perkembangan Islam? 

Mungkin juga ketahanan Islam itu bergantung kepada orang bukan Islam bila masa mereka mula mengeluarkan duit untuk membeli peralatan canggih untuk kehidupan mereka kerana tidak sempat untuk berfikiran kreatif.

Thursday, July 26, 2012

The Dark Knight Rises : Politik Malaysia di masa hadapan.

Selepas menangguh untuk menonton cerita The Dark Knight Rises, akhirnya berjaya juga pada malam tadi.

Dipertengahan cerita, aku dapati intipati cerita ini seperti suasana politik Malaysia tetapi dalam bentuk yang lebih ganas.


Di kala Gotham (KL) menghadapi krisis politik hanya disebabkan Dent Act (ISA), menyebabkan penjenayah berat di penjara tanpa perbicaraan. Walaupun begitu, kedamaian dapat dikecapi selama 8 tahun.


Pejuang yang tak didendang menyembunyikan diri setelah apa yang berlaku 8 tahun sebelum itu. Segala perjuangan bukan sahaja dapat dimenangi tetapi juga terdapat sesuatu yang perlu dikorbankan. Pengorbanan ini yang tidak difahami oleh semua orang, amat sukar untuk terangkan. Jalan paling baik, adalah berdiam diri.


Kezaliman Dent Act memberi peluang atau menjadi alasan untuk Bane, menerajui perjuangan kuasa rakyat dan pembebasan rakyat. Dengan alasan itu, dia bersama-sama askar-askar upahan cuba membuat huru-hara di seluruh Gotham City.


Dengan merasakan kuasa perlu diletak pada rakyat, mereka cuba melepaskan penjenayah yang ditahan di bawah Dent Act. Menarik keluar orang kaya ke jalan-jalan. Merampas kekayaan mereka tanpa asas undang-undang. Mendakwa mereka yang dituduh sebagai perasuah dan pengkhianat rakyat.


Didakwa di mahkamah rakyat yang tidak mengikut undang-undang tetapi mengikut kehendak mereka yang berkuasa dalam huru-hara.


Rupa-rupanya, huru-hara ini memang didalangi oleh pihak luar yang bertindak seperti musuh dalam selimut, Miranda Tate.


Maka, adakah kita mahu negara kita menjadi seperti cerita Batman? Kalau seronok, mari kita teruskan.

Thursday, January 26, 2012

Separuh masak 1.

Dear En KXXXX,

Noted, I'll double check with SCCM team for the XPSP3 success.

 

So, there is no manual SP3 upgrade done at southern side following to the exercise?

If there is, then kindly advise.




Ini adalah satu contoh bagaimana seorang projek manager handle satu bahagian projek Microsoft. Nak suruh orang check lebih 500 bijik PC dan nak tahu keputusannya pada tengahari itu juga.


Pada hal, SP3 upgrade boleh dilakukan dengan cara automatic tapi minah ni tak tau langsung. Nak ground level team advised, baru nak pergi check dengan team yang sepatutnya. Macam mana dia kerja ni?

Tuesday, January 10, 2012

Tak sedar diri.

Secara tak sengaja, masa baca paper hari ni, datang la 3 orang dok lepak sembang sebelah aku di office tadi. Sorang tu complaint pasal interviewee yang diorang tanya tadi terlalu bergantung pada kemudahan internet dan moden sekarang ini.

"Macam mana diorang ini nak kerja kalau kita tanya, semuanya jawapan yang mudah. Kalau masak nasi, takde elektrik, mereka tak pandai guna api."

"Zaman bercinta dulu, guna apa?" "Pakai Myspace."

Tetiba je ada orang kata, "Itu yang bila kerja, network down, terus tak tau nak buat macam mana." Selamba je aku jawap, "Bukannya orang yang kerja sekarang memang macam tu."

Dalam hatiku berkata, tak sedar diri, IT facility bermasalah pun korang tak pandai nak tengok, inikan pulak nak complaint orang yang nak kerja.

Takut dengan bayang-bayang sendiri

Hari ini, ada orang mintak install Trendmicro Antivirus dalam satu PC yang akan digunakan untuk control compressor, remotely.


Permintaannya, pastikan PC yang dipasang oleh kontraktor ini bebas dari sebarang malware dan dipasang antivirus.


PC ini nanti akan disambung pada network yang kemungkinan tidak mempunyai connection pada antivirus update server.


1. Macam mana aku nak pastikan PC ini bebas dari malware. Install antivirus hanya akan scan known virus je. Macam mana virus yang tidak dikenali?
2. Apa guna antivirus jika tidak boleh update? Useless.
3. Update perlu terkini. Kalau perlu, hari-hari. Tapi mamat yang nak ni, akan buat manually, sebulan sekali. Memang selamat la PC ko ni.


Tapi, lepas aku install antivirus ni, ada mamat lain yang nak sangat aku scan PC tu terus. Macam mana aku nak scan kalau patternnya tidak terkini. Pattern tahun lepas pulak tu. Useless.


Aku cadang update dulu. Tapi dia kata, kalau dia connect ke network, kalau ada virus, akan merebak pulak.


Which one do you want first?


Agak pelik, dia lebih risaukan PC yang kontraktor pasang dari notebook dan thumbdrive yang diorang sendiri yang selalu kena virus.


Selama ini, virus computer ini selalu ada dalam notebook orang yang baru balik dari outstation dan thumbdrive. Patut, itu yang dirisaukan. I am so sick with this people.


Jika risau sangat pasal contractor akan sabotaj, minta dia bawa hardware ke lokasi, pasang, install depan mata. Pastikan apa yang dibuat, user kena faham. Ini, kalau tengok saje, tengok buta-buta je, pasti kena tipu bulat-bulat.


You know what, PC yang dipasang tu, Windows XP. Nice to exploit.

Tuesday, January 3, 2012

Politik Stress I

Aku terpaksa menulis berkenaan politik disebabkan aku terlalu tress dengan keadaan sekarang. Aku tidak menyokong kepada mana-mana pihak tetapi hanya meluahkan pendapat selepas melihat dan berfikir secara orang biasa selagi tidak menyalahi undang-undang dan peraturan yang ada selagi ianya tidak disalah tafsirkan.


  1. Apakah yang boleh kita lakukan kepada raja dan sultan yang melakukan kesalahan jika tidak pinda perlembagaan?
  2. Batu Putih diperolehi oleh Singapore sebelum merdeka dan sebelum UMNO ditubuhkan lagi atas sebab ditadbir oleh British Singapore. Keputusan Batu Putih hak Singapore dibuat oleh Mahkamah Antarabangsa.Apa bukti Batu Putih dijual?
  3. Sekarang ini kes PPSMI telah selesai atas kehendak majoriti. Sekarang ini ada kumpulan yang mendesak Kerajaan Pusat untuk membuat balik PPSMI. Mana dia pendesak seperti A Samad Said, PAS, PKR etc. Kenapa tak backup Kerajaan Pusat supaya idea PPSMI ini dihapuskan terus dari penjuang PPSMI?
  4. Telaga minyak diberi kepada Brunei? Kalau kita bagi Limbang kepada Brunei pun, jadi isu jugak. So, apa penyelesaian paling ideal?