Friday, December 11, 2015

Beli emas tak syariah compliance?

Hari ni, jumpa kawan-kawan lama, dapat juga info yang agak menarik yang boleh dibincangkan.

Asalnya, aku bertanya pada kawan aku yang berniaga emas fizikal, macam mana bisnes dia. Bukan la, nak provoke atau sindir. Aku memang nak tau turun, naik harga emas ni memberi kesan ke tidak sekarang ni.

Dia kata, ok. Aku cakap, aku beli emas dari satu bank online. Dia kata, aku punya pembelian tak syariah compliance sebab tak nampak emasnya. Aku jawap, memang aku tau semenjak dari tahun 2007 aku join. (Sebabnya, tak perlu aku bagi tau sebab panjang la)

Semenjak dari perbualan tu, aku rasa lebih 5 kali dia mengingatkan aku, bahawa pembelian aku tu tak syariah compliance.

Akhirnya dia tanya, aku bayar zakat tak untuk emas tu. Aku jawap, aku bayar zakat sebagai simpanan. (Sebenarnya, apa yang meragukan, tak wajib zakat, kalau tak silap)

Aku pun sambung cakap, "kalau nak kata tak compliance, aku buat pinjaman peribadi dari satu bank islam pun, aku boleh kata tak syariah compliance. Sebabnya, dalam perjanjian itu, aku membeli palladium yang disimpan di Brazil yang aku sendiri tak nampak. Betul tak?" Kalau nak tau palladium tu apa, tengok Ironman.

So, tak perlu la pertikaikan tindakan aku walhal sistem yang ada tak membantu manusia seluruhnya.

Lagi pun, melabur emas, dalam 1 tahun belum tentu untung seperti ASB. Hanya orang tau sahaja yang pandai memilih.

Thursday, December 3, 2015

Raja yang selalu membazir dan membuang makanan.

Kawan aku beli 2 pau kacang. Sekali dapat pau coklat. Punya la dia marah sebab dah 2 kali kena tipu. Terus takmo makan.
Punya la gebu pau tu. Aku cakap, kalau takmo, bagi aku makan. Dia ok je.
Kalau aku tak offer ambil, ntah jadi apa la kat pau tu. Aku tau, dari makanan salah order, makanan tak sedap dan tak suka service kedai makan, pelanggan sanggup takmo habiskan makanan. Yes! Customer is always right. Customer is the king.
But the king waste the food. Memikirkan ramai orang dalam dunia ni tak makan. Baik aku makan pau tu.

Wednesday, November 25, 2015

Mental Block. Writer's Block. Programmer's Block. Tak boleh nak fikir.

Aku tulis program sekadar hobi. Hobi yang aku suka. Tak macam kerja yang perlu ikut masa dan arahan. Tapi hobi ni buat aku menghadapi mental block. Atau ada orang panggil writer's block. Maka, aku panggil, programmer's block. Sampai satu tahap, aku tak boleh fikir macam mana nak teruskan hobi aku ni.

Dah dekat seminggu tak tulis apa-apa tanpa rasa minat. Aku cuba la google untuk cari penyelesaian. Mesti ada orang lain yang kena kan? Dibawah ni, adalah apa yang aku baca dan buat.

Punca:

1. Tidak berdaya - Selalu berlaku pada programmer muda dan newbie macam aku. Sampai satu tahap tak boleh fikir, akhirnya, banyak browse internet, chat online, facebook, tengok porn dan macam-macam lagi la.

Cara mengatasi, agak teknikal. Aku cuba pecah-pecahkan tugas atau program tu pada beberapa function atau module yang kecil. Kalau boleh, tulis atas kertas atau notepad. Dalam setiap module atau function, rancangankan program yang perlu ditulis. Ada orang akan buat flow chart. Apa-apa sahaja la, tapi perlu ditulis atas kertas dan pecah-pecahkan.

Lepas tu, tulis program pada satu-satu module atau function. Jangan buat lebih dari 1 function serentak. Nanti giveup. Hehehhehe.

2. Takut gagal. -  Biasanya kalau buat kerja untuk orang. Atau pun, kalau buat kerja sendiri, takut datang risiko pada program tu nanti macam aplikasi tu membuatkan kerugian pada orang lain.

Cara mengatasi, pergi solat. Dan bagi sesetengah orang, pergi meditasi.

3. Bosan - Walaupun hobi tu minat kita sehidup semati, tetapi kita boleh jadi bosan juga kalau mengadap. Lagi la kalau dapat job mudah, tetiba je kita bertukar mod jadi autopilot sebab kita tahu nak buat apa. Pejam mata pun, dah siap. Maka, kita jadi cepat bosan.

Cara mengatasi, senang. Cari kerja yang lebih mencabar.

4. Hilang arah tujuan. - Datang dengan 2 sebab. Sebab "kepentingan", seperti perlu buat kerja tersebut sebab anda nak buat. Sebab "bukan kepentingan", anda kena buat tapi anda tak suka. Contoh, kena buat sebab nak kena bayar hutang, bil, sewa dan lain-lain.

Cara mengatasi, cari motivasi untuk kedua-dua masalah tersebut. Susah sebenarnya nak mengatasi masalah ni. Mungkin kena keluar duit.

5. Terbakar Hahahhaha. Burnout. Letih amat sangat. - Sebabnya, terlalu kuat bekerja. Pandai-pandai la adjust jadual kerja.

Kadang kala, penyebab mental block disebabkan kurang air, lapar dan kurang makan makanan berkhasiat. Ubah kepada gaya dan pemakanan yang sihat.

Sunday, November 8, 2015

Handle arak

Hari ini pergi mini market yang hampir dengan rumah aku. Lepas ambil barang-barang yang nak dibeli, beratur kat kaunter.

What! Awek baru kerja. Comel dengan tudung dan bermulut kecik. Ada can nak tackle awek ni tak? Makin rajin la aku nak singgah selalu beli barang. Tapi muka agak masam sikit.

Aku paling menyampah kalau awek cun, muka masam. Kalau tak suka kerja, jangan kerja la. Cari la kerja yang ko suka buat.

Customer depan aku, Vietnam beli beer. Awek tu scan barang dan masukkan tin beer dalam beg plastik guna sarung tangan???!!!! What the hell. Adakah kenajisan beer ni sampai tak leh sentuh? Adakah kena samak kalau tersentuh? Setahu aku, handle pun dah kira berdosa.

Aksi awek ni, menyebabkan aku menahan ketawa sebab sarung tangan dia terlalu licin sampai terlepas tin beer dari tangan. Terkial-kial. Hhehehehehehehehe

Tekno...Pratttt..

Sedara: Semua musibah yang jadi kat Malaysia sekarang ni semua disebabkan kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan. Dulu tak macam ni.
Aku: Dulu tentera merah Jepun rampas kedutaan kat Malaysia, apa kemungkaran Malaysia dah buat?
Sedara: Hanya orang yang mempunyai fikiran yang bersih je yang tahu bahawa semua ni balasan dari kemungkaran.
Aku: Kita semua dok dalam whatapps ni dah mempunyai fikiran yang bersih ke nak berfikir ke arah dan buat kesimpulan macam tu?
Senyap. Takde jawapan. Kang cakap fikiran suci bersih, orang lain fikir dia ujub dan hipokrit lak. Hehehehehe.... Gotcha.

Friday, September 4, 2015

Aku macam bagus.

Maybe some of you think aku ni tech macam bagus.
Ada bagus skit la sebab.
1) HR tanya bila staff engineer baru masuk.
2) staff tanya bila batch Card boleh dapat.
3) security tanya, contractor cat dinding boleh dapat approval masuk ke tidak.
4) kena susun kerusi meja kat dewan.
5) jadi door bell boy depan dewan.
6) staff baru tanya, bila gaji masuk.
7) HR tanye manager lab duduk kat Office mana.
8) deal hse dan contractor sapu sampah untuk safety briefing.
Macam macam lagi la.
Nampaknya staff IT lebih hebat dari staff lain.

Sunday, August 30, 2015

Sikap berpilih pekerja tahap rendah.

Staff atau kerani selalunya memang hipokrit. Mempunyai sikap berubah-ubah dan memilih tanpa mereka sedari.
Bila printer rosak, seboleh-boleh mintak support datang tengok, walhal technician boleh tengok remotely je. Bila tak datang, dia kata support MALAS.
Tapi bila printer berada jauh sikit dari tempat dia, akan cakap, "akak MALAS la nak jalan jauh ke printer tu."

Tuesday, August 25, 2015

Susah betul hendak menerangkan......

Kalau nak buat kerja kontrak atau maintenance dalam pejabat, perlu dapatkan kelulusan dari HSE officer. Proses tu menjadi susah sebab tiba-tiba pegawai HSE tu jadi bodoh pulak.

1.Hantar Job Safety Analisys untuk kelulusan.

User: Tuan, saya nak dapatkan kelulusan ni.
HSE: Nak buat kerja apa ni?
User: Nak bukak server sebab dah tak guna lagi.
HSE: Step pertama ni apa? Cuba terangkan pada saya.
User: Mula-mula kita delete data dan file dalam server ni. Lepas tu, kita tutup power server.
HSE: Boleh tak kalau awak tutup power dulu dan selepas tu, delete data tu?
User: Errr.......(Aku nak jawab ke, nak gelak ke...nak menangis ke?)

2. 
Hantar Job Safety Analisys untuk kelulusan 2.

HSE: Kalau kena tutup power, apa kecederaan yang kita syak akan dapat/kena?
User: Kalau dah tutup, takde apa-apa masalah.
HSE: Mesti ada punya. Bila kita on atau off suis, ada aliran elektrik. Semua kena ada JSA.
User: (agak dia datang kerja, on PC dia ni, ada JSA ke tidak ni?

3. Bila dah takde apa nak komen.

HSE: Sebarang kerja perlu ada housekeeping. Awak tak nyatakan ni.
User: (err, bukan ke aku tulis akan susun barang dan buang kotak?)

4. Bila HSE anggap kerja kita merbahaya.

HSE: Saya tak boleh luluskan ni. Boleh saya tengok equipment yang awak nak pasang?
User: Ni dalam kotak ni.
HSE: Oooo... Macam PC je.
User: Aha. Memang PC tapi kontraktor nak pasang kang, salah lak sebab takde permit nak kerja.
HSE: Err....aha. Betul tu. (Dia baru perasan, kecik punya hal. Memenatkan dia sebab ambil berat sangat hehehehhe) 

Sunday, August 23, 2015

Lawak jahat.

Macam biasa kalau orang Malaysia ambil call dari smartphone dia, mesti cakap kuat dan berulang-ulang. Sampai orang sebelah dengar. Mamat tu cakap dengan kawan dia on phone.

"Ko ambil kiwi! Ko ambil kiwi! Aha ye, ambil kiwi."

 Dalam hati aku, apa kejadahnya dia suruh dia ambil kiwi? Agak dia nak kilatkan kasut dia ni kat kedai mamak ni ke?

 "Ko ambil kiwi, lepas tu jalan terus."

 Ooooo. Dia tak boleh sebut R rupanya.

Friday, August 21, 2015

Tak faham bahasa

Kejadian ini berlaku dalam telefon. Ring! Ringggg!

 Technician: Hello. IT.

User (dia ni ada PhD, graduate from UK): IT. Saya ada masalah nak login sistem dalam website intranet HR. Saya dah cuba semenjak semalam, masih tak boleh login. Saya rasa komputer saya ada masalah ni. 

Technician: Ada apa-apa warning atau error atau makluman pada website tu atau di Internet Explorer.

User: Ada. Error dia, "System is having problem. Please try again later. If you have any inquiry, please contact HCU/HR department."

Technician: Oooo. Nampaknya sistem memang ada problem. Komputer puan takde masalah. Puan sudah contact HR department?

User: Ooo. Belum. Saya kena contact HR department la ye?

Technician: Kalau kita baca makluman tu, sepatutnya macam tu la puan.

User: Ok. Nanti saya contact HR lah. Terima kasih ye.

Technician: Sama-sama. How her company can become global champion if she can understand indo?

Sunday, April 12, 2015

Kritikan Tun Mahathir ada agenda.

Semenjak Datuk Seri Najib Razak (DSN) menjadi subjek terbaru kritikan Tun Mahathir (TM), semua orang dalam Malaysia terus memberi kesimpulan pendapat bahawa TM ada agenda tersembunyi. Agenda nak naikkan anak dia jadi politik. Semua orang percaya ini akan berlaku. Bagi saya pendapat ini tidak betul. Cara mereka memberi pendapat kesimpulan ini, hanya bergantung kepada fakta terdekat dengan zaman ini dan trend politik Malaysia (Bapak masuk politik, anak masuk juga selepas itu). Dan agak menarik, menaikkan ahli keluarga dan saudara bukan sahaja terdapat dalam politik, tetapi juga dalam pekerjaan awam, swassta, persatuan, komuniti dan sebarang perkumpulan berjawatan yang ada dalam Malaysia ini. Ada kala kaedah ini dikenali sebagai "kabel". Tetapi jika tiada kabel, mereka akan kritik. Agak ironik, rakyat Malaysia tidak suka politik menaikkan ahli keluarga dengan apa cara sekali pun. Tetapi mereka tiada masalah kalau mereka terlibat dalam bidang lain seperti saya sebutkan tadi. Kalau dalam politik, ini adalah salahguna kuasa, tetapi dalam pekerjaan, kita nak tolong saudara yang susah. Kalau betul sekali pun anak TM akan naik jadi PM, kritikan TM bukanlah caranya. Kita perlu ingat anaknya Mukhriz, pernah memegang jawatan Menteri Kabinet. Kalau dia ada cita-cita menjadi PM dan tidak menghiraukan PAS yang memegang kerajaan Kedah, sudah pasti dia masih di Parlimen. Dan sebagai seorang strategis, TM sudah merangka bagi anaknya apa yang perlu dibuat supaya cepat menjadi PM dan bukannya berpatah balik ke ADUN. Kita perlu ingat, TM tidak pernah memasuki piliharaya ADUN tetapi terus ke Parlimen. Dengan umur yang agak muda lagi dan dapat mentadbir negara lebih panjang dengan hasil hebat yang nyata. Bukan setakat menempel muka di setiap perhentian bas. Maka, bagi melihat adakah kritikan TM mempunyai agenda tersembunyi? Kita kena lihat apa yang dia buat sebelum menjadi PM. Di bawah adalah fakta yang saya pernah baca dari beberapa sumber tetapi tidak mengikut masa yang betul. 1) Kritikan TM pertama yang paling diberi perhatian adalah terhadap Tunku Abd Rahman (TAR) yang memanjangkan perjanjian pertahanan keselamatan dengan British selepas Malaya merdeka. Walaupun kita tahu, kerajaan kita terpaksa bergantung kepada British untuk pertahanan, tapi ini adalah kritikan pertama terhadap PM yang pertama. 2) Antara 1963-64, Singapura berada dalam Malaysia, Lee Kuan Yew (LKY) paling lantang mempertikaikan hak keistimewaan Melayu dan Raja-raja Melayu dalam perlembagaan di Parlimen. Sebagai penyokong kerajaan di Parlimen, TM telah mengkritik LKY dengan melabelnya seorang yang sombong dan PAP parti anti-Melayu. Akibatnya, TM telah kalah pilihanraya 1969 kerana pengundi Cina Kota Setar mengundi calon PAS. 3)Selepas kalah, telah berlaku rusuhan kaum di Kuala Lumpur. TM telah mengkritik TAR sekali lagi kerana tidak berbuat apa-apa sewaktu insiden sedang memuncak. Beliau telah mendapat khabar bahawa waktu insiden berlaku, TAR sedang bermain poker dengan beberapa pegawai British. TAR sangat marah dengan kritikan itu sambil berkata, "Adakah aku pakai duit bapak hang?" TM telah dipecat dari UMNO selepas itu. 4) Selepas dipecat, beliau menulis buku Malay Dilemma. Buku yang kebanyakkannya kritikan terhadap orang Melayu pada 1970. Marah orang Melayu. Di waktu Malaysia baru tamat rusuhan kaum, penerbitannya amat tidak sesuai, maka telah diharamkan. 5) Sebulan sebelum TM meletakkan jawatan, beliau telah ditanya oleh wartawan antarabangsa. Apa yang beliau akan buat selepas bersara? Beliau berkata, beliau akan bercakap sepuas-puas hatinya sebelum ini beliau tidak boleh berkata-kata begitu kerana seorang PM. maka, beliau kata berkata dengan ayat yang pedas. Maka, dari fakta-fakta di atas, adakah kritikan TM pada waktu zaman mudanya ada agenda tersembunyi? Nak naikkan anak dia pun kecik lagi. Nak naikkan orang lain? nak naikkan diri sendiri? Dah ramai benci dia, nak naik macam mana? Sudah pasti orang itu akan sokong TM dari dulu sampai sekarang. Tetapi majoriti orang tak suka pada TM, akan ada sedikit rakyat yang sedar dengan apa yang dia kritik. Orang-orang ini, walau tak ramai, akan bersetuju dengan pendapat beliau. Orang itu mungkin di kalangan orang UMNO yang bersetuju dengan kritikan beliau tapi tak ramai. Orang itu mungkin di kalangan orang Melayu yang bukan ahli UMNO. Orang itu mungkin orang Cina yang bersetuju dengan kritikan TM. Orang itu mungkin rakyat Malaysia yang tak suka nak join politik. Dan macam-macam lagi jenis orang tapi bilangan yang kecil. Secara tak langsung, orang-orang yang sedikit ini yang bukan sahaja memberi sokongan pada TM tanpa diminta, tetapi juga mereka mengikut kata-kata TM, mengubah cara hidup memajukan diri dan macam-macam lagi. Selepas itu, mereka ini mempengaruhi atau secara tak langsung mempengaruhi orang lain juga. Tak perlu nak ampu orang untuk dapat pengaruhi tapi hanya kritik (pedas lak tu), boleh menaikkan diri. Yang penting berani. Aku tulis ni bukan sebab backing TM. Aku tulis sebab nak bagi tau, cara hipotesis dan analisis rakyat Malaysia terhadap sesuatu isu. Sebabnya, 1. Cepat terpengaruh kata-kata orang. 2. Ambil fakta yang terdekat tanpa ambil fakta apa yang berlaku pada 30-50 tahun dulu. 3. Cepat sangka buruk. 4. Melayu mudah lupa. 5. Melayu kurang membaca apatah lagi sejarah hidup dia.

Sunday, February 15, 2015

Fatwa kopi luwak dan rokok

Satu pagi di cafe belah luar,
Bro1: aku baru balik dari Indonesia. Beli banyak kopi luwak. Agak halal ke haram minum kopi luwak tu?
Bro2: dah fatwa Malaysia kata haram minum. Tak tau la kenapa fatwa Indonesia kata halal. Benda keluar dari dubur semua najis.
Bro3: aha haram. Geli la nak minum.
Bro4: benda dari tahi, macam mana boleh halal. Ntah agama apa fatwa Indonesia kata halal.
The last I check, fatwa Malaysia kata halal. Kalau aku kata halal ni, mesti aku kena belasah dengan otai2 ni. Aku capai ipad aku, dan google. Jumpa laman e-fatwa.
Aku: cuba abang baca fatwa malaysia dari laman web ni. Diorang kata halal. Sebenarnya, dulu fatwa kita haramkan. Lepas tu. Diorang kata halal, sebab biji kopi tak merubah bentuk dan dibersihkan beberapa kali.
Semua orang terdiam sekejap.
bro1: nasib baik halal. Aku dah beli banyak kopi luwak masa balik dari indon.
Bro2: mufti ni keluarkan fatwa kejap haram, kejap halal. Benda berkait dengan fatwa, suka-suka nak tukar. Fatwa dalam agama ni, bukan boleh dibuat main-main.
Aku: kita kata mufti keluar fatwa sesuka hati. Tapi kita pun sesuka hati permainkan fatwa, kita tak ambil peduli.
bro3: eh! Benda haram, tetap haram! Benda halal, tetap halal! Dah termaktub, mana boleh sesuka hati tukar.
Aku: betul tu. Fatwa halalkan kopi luwak, korang pertikaikan. Kata mufti halalkan benda yang haram. Fatwa haramkan rokok, korang takmo ikut. Itu bukan permainkan fatwa ke?
Oh! Lupa, kitrg minum kat cafe belah luar. So, otai ni semua smokers. Except me. Hehehehehehhe.