Monday, January 27, 2014

Membawa keluar harta syarikat (edisi kantoi)

Kontraktor aku bawa barang masuk ke pejabat aku untuk pemasangan. Setakat CPU saja yang perlu dipasang, maka monitor, keyboard dan mouse tu, diorang kena hantar balik la. Lagi pun, barang tu company diorang yang punya. CPU tu dipasang sebab nak test system je.

Sudah menjadi kebiasaan, security tempat aku ni, check bonet kereta yang nak keluar dari premis. Untuk membawa keluar harta syarikat, kena ada permit keluar barang. Maka, barang yang tiada permit, akan ditahan dan dipersoal.

Biasa la, harta syarikat yang menjadi perhatian macam barang-barang IT, perabot dan kira barang-barang yang besar la.

Lepas kerja kontraktor aku tamat, diorang cakap, 2 biji monitor nak dibawa keluar perlu permit tak? Aku kata, kena ada permit. Masalahnya sekarang orang yang bagi approval tiada di pejabat. Boleh dikatakan orang-orang di jabatan ni takde.

Boleh pulak si kontraktor ni kata, kalau saya letak monitor ni seat depan, boleh? Security selalu check bonet kereta je.

Hahahaha, aku gelak besar bila dia cakap macam tu. Kenapa aku gelak? Ada 2 sebab.

Pertamanya, sebab ini menunjukkan security guard masih diperbodohkan. Mereka hanya mempertikaikan apa yang mereka nampak dalam bonet dan bukan di atas seat walaupun nampak. Dan sesetengah dari mereka hanya memperhatikan terus di belakang kereta tanpa terfikir, apa ada di bahagian lain dalam kereta.

Keduanya, sebab aku selalu buat trick ni dan tak sangka pulak kontraktor ni, baru 2 kali masuk sini, dah tau trick ni.

Aku ni, bukan la nak curi keluar harta syarikat. Selama aku kerja sebagai IT support, macam-macam la harta peribadi IT yang staff sini bagi kat aku untuk repair. Aku tak repair kat pejabat, sebab memang aku tak suka. Maka, aku bawa balik rumah. Banyak pula songehnya, aku bawa keluar tanpa permit la. Heheheheh.

Sunday, January 26, 2014

Support dari pukul 7pagi sehingga 6petang.

Bermula minggu lepas, pihak staff minta IT department untuk mula bekerja dari pukul 7pagi sehingga 6 petang. Tempoh ini adalah flexible hour yang digunapakai oleh syarikat aku.

Sebelum ini, kami support dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Ini tempoh rasmi. Walaupun flexible hour telah diperkenalkan, kami masih support ikut tempoh rasmi.

Tapi ini tidak disenangi oleh pihak syarikat dan meminta kami ikut 7 pagi sehingga 6 petang. Kami dibenarkan jika sesiapa yang datang kerja pukul 7 pagi boleh balik pukul 4 petang. Dan seterusnya dari pukul 9 pagi balik pukul 6 petang.

Dari pengalaman aku, tiada panggilan incident dari pukul 6 pagi sehingga 9 pagi. Kenapa nak suruh juga kami datang awal?

Selepas pihak syarikat berkeras, aku sukarela untuk datang awal pagi pukul 7 dan akan balik pukul 4 petang. Dengan syarat, perkara ini diperbincangkan dalam mesyuarat dan dimasukkan dalam minit mesyuarat. Dan aku datang awal tetapi jika tiada aral melintang. Jika aku cuti, terserah kepada kawan-kawan lain untuk backup.

Sebenarnya, ada keuntungan aku ambil tempoh kerja awal ni. Cuba bayangkan, kami hanya akan dapat panggilan incident IT biasanya bermula pada pukul 9 pagi. Ini sebenarnya masa bermulanya staff syarikat kami bekerja. Tak kisah la dia masuk kerja awal atau lewat, tetapi mereka mula kerja dengan tekun pada pukul 9pagi. Dah nama pun syarikat Malaysia kan. Pada waktu ini, baru mereka ada masalah IT dan buat panggilan kepada kami.

Maka, aku keuntungan tanpa buat apa-apa di tempat kerja selama 2 jam. Aku boleh buat macam-macam kerja personal tanpa gangguan. Setakat buat morning report dan jawap email kerja hanya ambil 15 minit sahaja.

Waktu balik aku pula pada pukul 4 petang. Aku untung 1 atau 2 jam. Bukan sahaja aku boleh balik awal, dan berehat dengan banyak di rumah, tetapi jika ada urusan peribadi, pukul 4 ke pukul 6 adalah masa yang amat sesuai. Boleh buat appointment pada waktu tu.

Kesimpulannya, aku bukan kerja 8 jam di syarikat ini, tetapi 6 jam sahaja. Adakah aku curi tulang? Ini bukan kehendak aku, tetapi kehendak syarikat. Jangan salahkan aku la. Nanti sendiri cemburu tengok aku gendong beg balik rumah.

Friday, January 3, 2014

Keburukan tersembunyi Wechat, Whatsapp, Twitter, Facebook dan media sosial

Aku ada akaun Facebook selepas 3 tahun orang sibuk guna. Aku daftar pun sebab nak tengok performance dan impact teknologi ini. Aku ada akaun Twitter selepas nak cuba update status guna SMS je.

Yang lain, aku takde.

Selepas 4 bulan berpindah tempat kerja di kota raya ini dan pejabat yang penuh birokrasi and hipokrasi, aku telah tidak mengongsi akaun Facebook. Yela, Facebook telah menjadi tempat aku menghamburkan masalah aku terutama sekali masalah kerja. Jadi untuk tidak menjadi kontroversi dan salah anggapan, lebih baik aku tak ada pautan kawan-kawan di pejabat baru ini dalam Facebook.

Sebelum ini pun, aku hanya mengongsi akaun FB dengan kawan-kawan pejabat yang sudah berhenti kerja, berpindah dan tidak ada kena mengena dengan pejabat aku kerja. Ianya akan jadi isu dan kadang-kala mengganggu emosi tanpa disedari.

Ada dulu di pejabat aku, anak staff yang ada pautan dengan beberapa kawan bapa dia, meluahkan perasaan tidak puashatinya dengan keputusan bapaknya untuk kahwin baru. Statusnya itu telah dikomen oleh beberapa kawan bapa dia. Dan seperti biasa, mereka ini merasakan nasihat yang baik cuba disampaikan baik untuk si anak ini.

Tapi setelah dimaki hamun oleh si anak kepada orang yang menasihat ini, ada pulak yang terasa hati. Dan semestinya, emosi si anak tidak berkurangan juga. Malah, lebih teruk.

Cuba kita fikir, situasi yang sama tetapi tiada Facebook, sudah pastinya si anak akan meluahkan perasaannya di dalam diari. Paling tinggi pun, pada kawan-kawan. Kesan buruk seperti di atas, tidak akan berlaku.

Bila aku berpindah ke pejabat baru di ibu kota ni, kawan-kawan sekerja mintak aku terima pesanan di Wechat. Aku baru teringat, yang aku pernah daftar Wechat tetapi telah buang aplikasinya atas sebab-sebab tertentu (akan diterangkan di bawah). Maka, aku berdalih bahawa aku guna telefon bimbit Nokia bodoh (sebenarnya boleh) je dan tak mampi nak apply 3G data package.

Ini kerana, kerenah birokasi dan hipokrasi di pejabat ini bercampur pulak dengan Wechat, Whatsapp sebagai medium komunikasi pejabat, memberi arahan dan berkongsi gossip pejabat, amat memberi tekanan kepada aku.

Aku takde la rasa sebab memang tak guna pun media sosial ni, tetapi beberapa kawan aku di sini bila menerima sesuatu maklumat di Wechat, Whatsapp yang berbentuk komen dan gossip, perasaan dan emosi mereka cepat berubah.

Walaupun media ini mudah dan murah untuk aku menerima maklumat (arahan), aku lebih suka begini. Jika aku terlepas sesuatu maklumat, ianya bukan satu kerugian sebab arahan yang aku terima melalui email, panggilan telefon, SMS dan tiket incident, sudah cukup membuatkan masa aku penuh di pejabat. Kenapa pula aku perlu media lain untuk bekerja?

Dan perlu diingat, orang yang mudah memberi arahan ini, tidak pula sedar berapa banyak beban kita dalam satu-satu masa.

Masalah ini juga berlaku kepada isteri aku. Dia adalah franchisee kepada satu jenama. Sudah hampir 7 tahun. Sekarang ini, banyak masalah antara dia, kumpulkan dia, para franchisee lain dan pihak pengurusan. Masalahnya, para franchisee ini ada group chat mereka di Whatsapp, Wechat. Segala, gossip, kerenah birokrasi dengan pihak pengurusan, fakta dengar cakap dan sebagainya disampaikan melalui media ini. Nasib baiknya, isteri aku guna handphone Nokia yang betul-betul bodoh. Nokia yang paling hebat boleh hantar SMS je.

Walapun begitu, segala maklumat group ini, disampaikan juga kepada isteri aku melalui SMS dan perbualan dalam pertemuan-pertemuan tidak rasmi.

Masalahnya, maklumat-maklumat ini mempengaruhi isteri aku membuat keputusan dalam deal dengan pihak pengurusan. Dalam beberapa kes, isteri aku takut untuk membuat keputusan jika kesan buruk berlaku. Maklumat dari media sosial telah mempengaruhi judgement isteri aku. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Macam tu la lebih kurang kalau nak faham.

Jika media sosial ini tiada, isteri aku pasti tahu untuk membuat keputusan tanpa mengira risiko pada masa hadapan. Sudah semestinya, risiko perniagaan mesti diharungi. Tetapi bukan ditakuti sebelum diharungi.

Ini salah satu keburukan media sosial yang aku ketahui. Mungkin ada keburukan lain, dan kita perlu berhati-hati. Aku kata tersembunyi, sebab dia berlaku tanpa sedar.

Wednesday, January 1, 2014

Sabar dan marah di pejabat.

Semalam, sampai 3 kali aku mintak seseorang bagi report template untuk diberi kepada salah sorang staff aku.

Dia tanya aku, " Ko takut mamat tu marah ko sebab tak bagi report tu ke?"

Aku jawap, "Aku tak takut sesiapa. Tapi aku takut aku marah dia nanti hanya disebabkan salah faham."

Yes! Aku takut aku marah orang sebab aku mudah melenting jika disindir, dicerca dan dimarah tanpa sebab. Kalau bersebab, aku takde masalah pun.

Mengubah cara hidup disebabkan kenaikan harga barang dan servis.

Pada hari ini, aku dapat panggilan dari seorang kawan, mengatakan bahawa seorang kawan kami satu sekolah menengah telah meninggal sebentar tadi.

Selepas sekolah, aku atau dia tak pernah contact. Kali terakhir aku jumpa pun masa ada kawan kami kahwin dulu. Itu pun sekadar jumpa biasa-biasa je. Tiada istimewa pun sebagai sahabat rapat.

Dalam facebook pun, sebelum meninggal, dia sempat post gambar dia dalam ward tapi aku sendiri pun tak tau apa sakitnya. Kawan aku pun tak tau sakit apa.

Dan dari facebook kawan aku tu, setahu aku, dia ada 2-3 orang anak yang kecil. Yang tua pun, masih di sekolah rendah. Terharu aku bila mengenangkan bagaimana keluarganya, khususnya isterinya akan menanggung kehidupan anak-anak tanpa bapak. Tidak kira, samada si isteri mempunyai pekerjaan atau surirumah sepenuh masa, kalau arwah meninggalkan harta yang banyak sekali pun, kehidupan seharian keluarga ini tak banyak sikit, perlu diubah. Sekurang-kurangnya, segala kehidupan anak-anaknya terbela dan keluarga berjalan dengan lancar tanpa kekurangan yang meluas. Sikit pun jadi la kan.

Secara tak langsung, aku terfikir, jika satu keluarga, suami, isteri dan 2 orang anak, jika mati seorang suami, keluarga ini perlu mengubah cara hidup bagi menampung perbelanjaan di rumah dan persekolahan. Tak dapat tidak, kena buat juga. Tak kira orang tu miskin, golongan pertengahan atau pun kaya, sesuatu mesti dilakukan tanpa kehadiran orang yang paling bertanggungjawap yang telah pergi selama-lamanya.

Tapi bagi golongan pertengahan ini, kalau takde sesiapa yang meninggal, tapi perbelanjaan harian dan kos hidup meningkat, mereka tiba-tiba macam tak pandai untuk mengubah cara hidup mereka supaya sesuai dengan kenaikan harga barang dan servis. Sudah la mereka tidak mahu berubah, masih lagi menyalahkan kerajaan dan orang lain dengan kenaikan kos hidup di bandar.

Aku setuju sebarang kenaikan harga perlu ditentang. Apa cara kerajaan yang salah perlu dibangkang. Tetapi jangan la merungut. Tentang lah. Berdemo lah. Tetapi dalam waktu yang sama, pasang strategi supaya kehidupan lebih mapan dan selamat. Sekurang-kurangnya sedia jika kerajaan tidak menunaikan janjinya. Kalau berjaya dengan janji mereka, sekurang-kurangnya, kita dapat untung lebih.

Bukan apa, sudah menjadi sikap bangsa kita, terlalu selesa. Jika dulu kita belajar, masuk U, dapat kerja dan merasakan lebih selamat dengan kerja kita sampai kita pencen. Tetapi nasib kita semasa kita kerja belum tentu. Samada kos hidup meningkat, atau kita meninggal sebelum pencen. Maka, perancangan masa depan perlu ada dan being frugal without being asked.