Wednesday, December 28, 2011

Kenapa pekerja terbaik, tukar kerja?

Hari ini, aku kerja kat Seremban. Aku rasa amat la bosan sebab, aku tak suka pasal maintenance ni. Banyak sangat red tape. So, aku bukak laman HR, mana la tau ada kerja kosong, internal vacancy.

Tiba-tiba, terpandang satu artikel pasal orang yang bagus, berhenti kerja. Bila baca tajuk, aku rasa macam HR aku ni nak provoke atau saja sebagai info? Aku tak pasti. Tapi yang aku tahu semasa CEO address hari tu, HR paling teruk kena belasah by managers and project managers.

Dalam artikel tu, (aku pendekkan), dalam kajian mereka (orang yang tulis artikel tu, bukan HR aku), orang yang bagus, berhenti/tukar kerja bukan disebabkan company tetapi manager mereka. Dalam erti kata lain, jika mereka tak suka company, tetapi company tetap membayar gaji, claim etc mereka tidak mempunyai niat untuk bertukar. Tetapi jika mereka mempunyai manager yang tak tentu arah, zalim, atau senang kata, tidak disukai, sure pekerja ni blah.

Aku rasa perkara ni betul sebab, aku dah saksikan 2 kes yang berlaku pada syarikat client aku, syarikat kedua terbaik di Malaysia ni. Ada seorang mamat ni, executive, baru graduate (scholar company dia juga), bekerja kat tempat aku. Walaupun baru graduate, cara dia bekerja dan mencari pengalaman kerja, sangat aku hormati. Dalam satu 1 tahun, banyak benda dia buat. Pendek kata, dia rajin. Prestasi dia meningkat mengatasi orang yang sama batch dengan dia dan dalam beberapa kes dapat mengatasi staff yang dah bekerja 2-3 tahun.

Tapi masalah yang dia hadapi adalah manager dia. Ok, aku cerita pasal manger dia dulu. Punya la tak betul, kalau dia jadi interviewer untuk technician naik grade, dia akan tanya soalan, "kau nampak tak pokok bunga kat luar tu? Pokok hidup ke, pokok plastik? Cuba buktikan kepada saya." So, korang tahu la betapa bangangnya manager ni.

Mamat ni, boleh dikatakan selalu bergaduh dengan manager dia yang dianggapnya sangat mengarut dan kurang mempercayai dia. Ini amat menyusahkan dia untuk bekerja. Dia kadang kala merungut pada aku masa minum petang. Tapi jarang la dia minum petang sebab dia suka dok kat meja dia je. So, jadinya kalau dia minum petang tu, maksudnya, dia baru bergaduh dengan manager dia la.

Tak sampai 2 tahun, rupanya dia telah dilamar oleh 1 syarikat German. Dia terima offer tu dengan alasan dia tak suka manager dia. Ada orang suggest dia minta tukar tapi expertisenya hanya di office tu saja dan tiada di branch lain. Maybe ada orang tak mau dia pindah kot? Bond scholar dia pulak dibayar oleh company baru tu. Punya la bagus. Ada orang kata, kalau masalah company sikit dengan gaji yang tak tinggi macam kat luar, dia tak akan tukar kerja. Tapi disebabkan boss dia mengarut sangat, dia cabut juga.

Kes dua, lebih kurang sama, dengan manager yang sama. Member ni expert in GIS, pertama kali memperkenalkan sistem ni di companynya. Maka, ada la unit lain yang berminat di KL yang offer dia tukar kerja ke unit baru ni. Tapi 2 kali dia tolak. Maybe disebabkan bini dia orang kampung situ juga dan kat kampung ini, hidup aman damai. Tak peningkan kepala macam kerja di KL. Disebabkan dah selalu bergaduh dengan manager dia, maka, dengan berat hati, dia terima offer kawan dia tu.

Kesimpulannya, setakat sikit punya hal dengan company, staff tak akan bertukar kerja. Tapi kalau manager, boss, sure diorang berhenti.

Aku pun dalam dilemma. Disebabkan wife aku dah merayu suruh pindah, aku cuba mencari alasan kukuh dan posisi yang tepat untuk bertukar kerja. Nak kata aku bermasalah dengan bos, sejujurnya, ya. Boss aku, head aku, dia tak suka management work dan suka technical. Dia sendiri cakap macam tu kat aku. Maka, korang tau je la, aku sebagai anak buahnya menjadi mangsa. Dalam beberapa kes dengan complaince aku yang bangang tu, katanye dia nak backup, tapi dia bagi tahu kat mamat tu. So, aku berpendapat, untuk dia fight untuk aku, mungkin takde. Even dah banyak kali aku tengok, dia tak pernah stand up for me. Maka, walaupun dia kawan baik aku, aku terpaksa ikut cara aku sendiri.

Lagi, aku baru dapat manager baru, umur aku rasa bawah aku beberapa tahun. Aku takde la bermasalah pasal umur. Tapi masa dia datang tu, aku rasa kurang senang dengan caranya. 
  1. Sebanyak 3 kali aku kena tukar manager, selama tu format morning report aku tak pernah bertukar. Ada la sikit-sikit penambahan, untuk dia tahu. Tapi manager baru ni, terus tukar semua format dan cara. Aku takde la nak komplen pasal ni. Tapi korang bayangkan macam mana attitude manager ni.
  2. Set KPI untuk staff mengikut value/count. Dulu, aku merasakan ikut sedap rasa ni, akan menyusahkan aku sebab takde ruang untuk aku proofkan KPI aku. Tapi sekarang, susah nak proof dalam single form. Lagi la, nak dapatkan 4 incident dalam 1 hari, masalahnya bukan susah. Tapi what if 2 incident hanya boleh selesai dalam 1 hari? Ok, dia kata ikut timeline. Kalau aku submit, perlu ke aku terangkan timelinenya nanti? Ada sessi interview ke?
  3. Bila aku dapat bonus hari tu, manager suruh tingkatkan lagi pencapaian supaya mendapat bonus dan increment lagi tahun depan. Umur meningkat, usaha belum tentu boleh meningkat. Kalau kekalkan pencapaian tu, kira boleh la juga.
  4. Delegate segalanya pada staff bawahan dan tiada fight untuk anak buat. Kita yang perlu fight depannya dan dapatkan proof bahawa kita rajin bekerja.
Disebabkan semua di atas, aku merasakan, aku patut belah. Mungkin tidak ke company lain, tapi aku perlu minta tukar. Aku tak boleh kerja dengan orang yang mengharapkan kita jadi pawn.

Monday, December 19, 2011

Upgrade, year end, account closing, system down etc (sambungan episod lepas)

Hari ini aku cuti, walaupun telah dibekukan cuti, aku masih nak cuti sebab family matter. So, diorang nak marah? Suka hati aku la. Kalau family aku ada masalah, company aku tolong ke? Tak pernah terjadi.

Selama aku cuti, even bebaru ni aku ada support luar daerah, telah berlaku beberapa incident luar biasa semenjak nak tutup buku tahun ni. Nak dekat tahun baru ni, dah la cuti kena beku, maintenance pun dibekukan berkuatkuasa serentak. Nak dijadikan cerita, ada pulak yang memandai buat upgrade sistem communicator (macam YM). Dah la tak follow ITIL, buat change management pun takde. Client tak diberitahu.

Bayangkan, changes yang dibuat, bukan setakat part security, host name pun tukar. IP forwarding takdok. Dah la banyak step nak kena ajar/tunjuk kat client.

Masa aku kat Jb hari tu, aku check, kalau hari biasa unassign incident ada dalam 40 ke bawah, yang ni dah naik 80 ke atas.

Tahun baru ni, client pun nak down size HR dan Finance department. So, diperkenalkan sistem baru untuk staff dia. Aku takde la nak komen sangat sistem diorang tu. Masalahnya, nak suruh kami end support ni dok tengok/check sistem diorang kat tempat client. Ada je problem yang timbul. Setiap hari, ada je benda nak disuruh. Disebabkan aku ni tak diberikan gambaran yang secukupnya, maka, tiap kali disuruh check ikut arahan diorang, aku ye kan saja. Selagi tak nampak error/warning, aku kata ok. Walaupun sebenarnya tak ok. Hehhehe.

Sekarang ni aku cuti, dok kat Melaka. Aku dapat email, ada pulak problem email web based. Dah direpair pada weekend lepas, ada pulak yang nak disablekan terus link dari main site. So, kalau ada user nak guna, error/hilang, tak ke diorang ni akan log incident? Pada masa problem ni timbul, aku tak tau brape banyak incident baru dilog. Aku percaya, mesti banyak.

Tetiba pulak, ada yang call, nak network kat Shah Alam sebab baru-baru ni buat renovation bilik meeting. Kenapa buat renovation tak inform IT? Benda paling simple. Kitorang dah la tak ready. Dengan incident yang bukan-bukan. Man power kurang sorang. Aje gila la cam ni.

Esok aku kerja, harap esok, aku tak lepas balik sebab banjir. Hehehehhe.

Monday, December 12, 2011

Perubahan (upgrade) yang menyusahkan.

Aku tak tau apa yang terjadi kat office aku hari ini. Sebab aku outstation ke JB sepanjang 2 hari ni.

Dikatakan ada upgrade pasal Microsoft Communicator. Upgrade dari server name dan juga ada certification. Sebelum ni, takde pulak certification. Mungkin untuk encryp mesej kot.

Maka, apa yang terjadi adalah chaos kat beberapa tempat di belah Pantai Timur. Masing-masing mengadu tak boleh logon aplikasi ini. Yang manager aku pulak boleh kata, bersedialah sebab akan datang banyak incident.

What the fuck? Tugas kita di sini adalah mengurangkan masalah/incident dan bukannya mencipta problem. Kalau lah problem itu disebabkan upgrade, team diorg la patut menyediakan suatu cara mudah (atau tanpa campurtangan) untuk user dan IT support. Ala, macam Google dan Facebook upgrade, user dia mana perasan ada upgrade. Tiba-tiba dah ada je. Kalau la memerlukan campurtangan user, perlu ada langkah mudah yang berkesan. Semudah 1 kali klik. Oh! Hampeh company aku ni.

Head aku pelik kenapa tak follow ITIL.

Ni masalahnya ambil fresh graduate buat keje. CEO aku kata, ambil fresh graduate ni sebab diorang ni muda dan semangat yang tinggi. Apa kejadahnya kalau tak sensitive dengan operation. Nak siapkan keje je tau. Tak tau ke, semua benda ni boleh tungggang langgang. Tu la masalah orang muda (atau separuh masak) tak pandai nak predict future. Yela. pengalaman pun takde.

Sunday, December 11, 2011

CPB 2011 - Application & Restrictions on unregistered persons

Ok, aku tak berapa faham ayat lawyer. Lagi la draft akta yang akan digubal tak lama lagi. Aku ada terbaca dalam surat khabar beberapa hari lepas, yang mengatakan akta ini hanya untuk mereka yang berurusan atau berniaga dengan kerajaan. Walaupun begitu, ada beberapa perkara yang agak dalam grey area dan tidak pasti.

So, kita ambil satu ayat yang agak-agak kontroversi dan kita bincang sama-sama. Walapun blog aku ni, bukan la ramai sangat orang nak baca kan. Hehehhe.

"Application
2. (1) This Act applies throughout Malaysia.
(2) This Act applies to the Critical National Information
Infrastructure (CNII)."

Penggunaan akta ini, digunapakai di seluruh Malaysia? Bukan setakat CNII? Apa yang akan terjadi jika selepas ini segala operasi ICT kerajaan atau swassta perlu mengikut akta (lain) atau standard CNII?

Maka, apa yang terjadi bagi mereka yang tiada sijil pendidikan, setakat SPM je? Diorang ni lebih hebat dari budak degree. Diorang ada sifat self-learning yang tinggi berbanding mereka yang ada degree dan malas nak mengambil info tambahan sepanjang karier mereka yang akhirnya mereka satu cabang IT je.

Bagaimana pula operasi & kerjasama antara 2 pihak swassta yang tiada kaitan dengan kerajaan? Tertakluk juga dengan akta ini nanti? Nampak macam termasuk juga.

"Restrictions on unregistered persons
19. (1) In relation to section 2 no person shall, unless he is a
Registered Computing Professional"

"(a) practice, carry on business or take up employment which
requires him to carry out or perform the services of a
Registered Computing Professional;"

Kat sini pun, aku tak faham. Apa yang dikatakan services of a Registred Computing Professional? Apa yang servis yang diorang lakukan? Ada senarai? Terma yang tidak pasti ini, amat menakut. Macam mana dengan Open Source? Adakah ianya tertakluk?

Kenapa pulak dilarang untuk berkarya (mengamalkan sesuatu yang menarik atau dapat membantu orang lain)????!!!!!!

Thursday, December 8, 2011

Computing Professionals Bill 2011 - Akta Badan Perkomputeran Professional 2011

Lepas baca artikel ni, rasa macam malas nak kerja. Sebahagian dari knowledge aku, akan digunakan bukan saja untuk kerja tetapi juga hobi yang memberi ketenangan bagi aku. Maksudnya sekarang, aku bakal takde punca ketenangan lagi.

Aku tak mahu komen lelebih sebab belum dapat full draft untuk dibaca.


After the draconian Peaceful Assembly Bill, Malaysia is now trotting out the next Really Bad Idea: the Computing Professionals Bill 2011. You can read the draft bill here: http://www.scribd.com/doc/75107593/CPB2011-Draft

 

The gist of it is this: the plan is to create a Board of Computing Professionals and make it mandatory by law for all computing professionals to be registered with and certified by said board.

 

This board will decide whether you are a 'properly' qualified professional. There will of course be registration fees involved, payable yearly. And a proposed 'fund' created. Why does all this smell rather like a poorly disguised moneymaking scheme?

 

If you are NOT a registered member, you are prohibited from submitting "proposals,plans,designs,drawings,schemes,reports,studies or others to be determined by the Board to any person or authority in Malaysia".

 

In other words, if I don't register, it is technically illegal for me to even email ANY MALAYSIAN with even an IDEA for a tech-related project. It would be against the law for me to even sketch, on a napkin, my idea for a new app while having coffee with someone.

 

Want to know the hilarious part? The country with a bill nearly identical to ours is...NIGERIA. -> http://www.cpn.gov.ng/index.php?page=showcnt&cat=4&subc=0&id=3 . So we're taking a leaf out of their book? Brilliant, Malaysia, totally brilliant.

 

In countries like Australia, there are professional bodies like the Australian Computer Society. But enrollment is voluntary - in Malaysia, the powers that be are figuratively putting a gun to the head of every computing professional. "Register or you'll be deemed doing business illegally."

 

Why is this a big deal? The bill goes against the grain of everything tech stands for. It's about innovation and the freedom to create; things this bill intends to snuff out. What's to stop the country from deciding what kind of tech we're allowed to create?

 

The bill even states that IT professionals are not allowed to participate in fields not within their expertise. So if I'm a registered systems analyst but taught myself to program in Rails in my spare time, it would be ILLEGAL for me to do some coding for a client unless I re-declare my skills.

 

As an IT grad and ex-tech worker, I learned first-hand that it isn't paper qualifications that count as much as proven skills. I know programmers without degrees or any form of certification who are skilled, competent  and in most cases, entirely self-taught. After all, the biggest names in the global IT industry —Bill Gates, the late Steve Jobs, Michael Dell and Larry Ellison—dropped out of college.

 

Dear tech industry workers, I urge you to oppose the bill.

 

Oppose it because it seeks to force you to limit and narrowly define the scope of your talents.

 

Oppose it because the government is effectively trying to decide what you can or cannot work on and who you can work with.

 

 

Oppose it because unnecessary regulation like this will cripple, not enhance the already challenged industry.

 

 

Oppose it because this is a poorly thought out, badly put-together piece of bullcrap.

 

 

I'll be damned if I'll let the government insist I register with them and pay them money for the freedom to program, build websites and apps or propose tech-related ideas to my fellow Malaysians.

Monday, December 5, 2011

Galaxy Note, mengembalikan penggunakan stylus?

Wife aku tiba-tiba call dan bercerita pasal iklan Galaxy Note. Dia berminat dengan cara produk digunakan semudah jari dileret (dalam iPhone sudah ada) dan penggunakan stylus.


Kerana 2 cara penggunaan ini, menarik minat dia?? Aku agak pelik, adakah tulisan dia secantik macam iklan ini? Memudahkan kerja dia? Kadang-kal mintak aku tolong buat transaksi online bank, padahal ada kemudahan paling mudah dan simple di tangannya? Masih nak Galaxy Note?

Pandai sungguh iklan ini menarik minat orang.

Seperti juga macam mana dia berminat akan kereta Peugeot 3008, walaupun ramai orang berpendapat, kos maintenance yang tinggi, dia tetap mengidam kereta tu.

Beberapa bulan lepas, aku dapat percuma netbook dari HP. Aku tak memerlukan sangat netbook ini sebab aku dah ada notebook dan spec yang adak kurang untuk hobby development. Maka, aku beri HP notebook ini pada wife, supaya dia tidak ganggu aku lagi untuk tolong buat transaksi bank.

Tapi, masih lagi kacau aku. Uwaaaa!!!!

Aku cakap, kalau nak guna Galaxy Note ni, pastikan ianya memudahakan kerja. Setakat nak baca buku online atau tengok video, baik, gunakan sahaja netbook tu.

Bukan apa, banyak orang aku tengok, kalau minat pada featuresnya, dalam keadaan terburu-buru, dia akan berbalik pada cara lama. Percayalah.

Thursday, December 1, 2011

Incident IT yang agak sukar difahami.

Ini bukan incident kelakar. Tapi incident yang menyusahkan orang support macam kami.

Semalam, kawan aku (dia ni bukan support tapi compliance) log incident IT dengan menyatakan tempat masalah (di Kuantan) dan urgencynya. Bila ditanya siapa di Kuantan itu bermasalah? Dia tidak pula membalasnya.

Pagi ini, aku cuba browse beberapa incident baru. Ada incident ini, "A problem has been detected and windows has been shutdown to prevent damage to my computer" dengan pelapornya, "anonymous system".

What the fuck! Kenapa tak tinggalkan nama, dan nombor telefon? Macam la kita kenal dia.

Ye, sistem incident ini, membenarkan anonymous membuat laporan incident jika mereka tidak mempunyai (atau lupa password) untuk login sistem tersebut. Maka, incidentnya jadi anonymous la. Tapi kalau dah tahu anda tu Guest (anonymous mode), cuba la tinggalkan nama.

Kalau dah lambat support, marah pulak. Macam mana nak support cepat kalau anda tidak memberi kerjasama?

"HELP US, HELP YOU." - Bermaksud, bantu kami memberi segala maklumat yang diperlukan supaya memudahkan kami menyiasat masalah anda. Lagipun, anda bukannya pakar dalam bidang ini. Maklumat yang kami perlukan bukan susah, hanya apa yang anda nampak saja.

Membatalkan service perniagaan online.

Beberapa bulan lepas, aku mengambil keputusan untuk tidak lagi menjual barang di Mudah.my selepas diminta memberi salinan kad pengenalan untuk verifikasi.

Bulan lepas juga, aku mula membatalkan operasi jualan online di Lelong.com.my selepas diminta membayar RM200 lebih sebagai yuran tahunan.

Sebagai peniaga kecil-kecilan, dengan jualan bulanan hanya satu, yuran itu agak tinggi. Berbanding beberapa tahun dulu, aku mampu bayar RM90 lebih sehinggalah aku perasan yuran ini dinaikkan lagi.

Dengan margin yang kecil, mana mungkin aku boleh bayar untuk mengumpul duit untuk simpanan ASB. Dan aku merasakan ada servis lain yang lebih murah.

Masalah Mudah.my pula, aku agak kurang mempercayai integriti syarikat ini dalam menguruskan salinan kad pengenalan. Aku pernah terbaca satu blog, di mana seorang blogger rakyat Malaysia yang tinggal secara haram di USA yang akhirnya balik ke tanah air. Didapati, identitinya telah digunakan untuk membuat beberapa pinjaman bank dan akhirnya disenaraikan dalam senarai hitam.

Mungkin cerita ini tiada kaitan, tetapi aku terpaksa berhati-hati dalam mendedahkan identiti. Baru-baru ini, rakan pejabat ingin membuat senarai maklumat penuh staff termasuk identiti isteri dan anak.  Walaupun senarai diminta oleh HR (sebelum ini pun dah banyak kali minta) tetapi manager aku, nak simpan satu senarai dalam department kami.

Bagi aku, ini suatu pelanggaran privacy dan lebih teruk, keselamatan penyimpanan maklumat yang rendah. Aku agak kurang senang sehinggakan tidak mahu memberi beberapa maklumat yang aku rasa tidak perlu diberitahu. Mungkin permintaan aku agak annoying, tetapi beberapa minit selepas itu, email yang diberi telah dibalas oleh rakan aku yang lain dengan mendedahkan semua maklumat diri dan keluarga, dikongsi dengan semua rakan pejabat.

Email kedua darinya, "sila jangan forward lagi email saya."

Sebab itu, aku tidak mahu kongsi beberapa maklumat sebab kadang kala ada kesilapan yang  kita tidak sengajakan.

Berbalik pada isu perniagaan online, aku mengambil keputusan yang agak kurang bijak dengan memilih hanya untuk berniaga di eBay. Kurang bijak, sebab eBay di Malaysia, agak kurang popular dan kurang pelanggan berbanding Lelong.com.my. Maka, kurang peniaga yang terlibat.

Walaupun begitu, di eBay, aku tidak dikenakan yuran yang tinggi. Dalam 3 tahun menggunakan eBay, baru-baru ini aku baru perasan dikenakan hanya beberapa sen (matawang Malaysia tau) yuran perkhidmatan. Itu pun eBay membenarkan kita menangguhkan pembayaran. Aku tak tau sampai bila. Tapi aku masih takde masalah berniaga dalam eBay.

Ada yuran yang dikenakan pada peniaga Malaysia jika menjual barang ke USA tetapi hanya dikenakan jika barang itu dapat dijual. Tiada yuran dikenakan untuk listing.

Maka, kos perkhidmatan ini tidak membebankan aku langsung.

Dari segi keselamatan, eBay mempunyai sistem yang terbaik dengan melindungi identiti peniaga, pelanggan dan maklumat perbankan. Paypal yang menjadi sebahagian dari eBay, mempunyai sistem transaksi duit yang baik dan tidak menyusahkan. Baru-baru ini pun, Paypal dengan kerjasama CyberSecurity (malaysianya polis cyber) menggalakkan transaksi online selamat.

Jika eBay boleh menerima perniagaan online tanpa verifikasi kad pengenalan, maka macam mana perniagaannya selamat? Mungkin peniaga seorang yang menyamar tetapi untuk berniaga, dia perlu mempunyai perniagaan yang berterusan. Oleh itu, reputasi (berdasarkan positif feedback) adalah amat penting. Maka, tidak semestinya orang yang menyamar menjual barang yang tidak bagus atau menipu, tetapi hanya untuk melindungi diri sebab reputasi perniagaan.

Contohnya, jika seorang lelaki ingin menjual barangan kosmetik wanita adakah wanita ingin membeli barang tersebut? Mungkin ada berminat tetapi lebih ramai yang kurang senang. Maka, terpaksalah lelaki ini menggunakan nickname berbaur wanita :)

ebay juga mempunyai sistem yang baik dan mudah difahami walaupun ditulis dalam English. Kalau klik tu, terus masuk ke page yang sepatutnya dan rasa selesa menggunakan dalam satu window. 

Agak kurang selesa kalau klik satu link, pop-up satu window. Klik link lain, bukak pop-up satu lagi. Susah pula hendak browse lamannya disebabkan English yang digunakan kurang tepat. Ambil masa 2-3 hari untuk memahaminya.

Walaupun keputusan aku ini agak kurang bijak, tetapi amat la sesuai pada aku kerana perniagaan aku (sebulan sekali paling kurang) masih ada. Atleast, aku tak perlu bayar kos yang tinggi.