Sunday, August 30, 2015

Sikap berpilih pekerja tahap rendah.

Staff atau kerani selalunya memang hipokrit. Mempunyai sikap berubah-ubah dan memilih tanpa mereka sedari.
Bila printer rosak, seboleh-boleh mintak support datang tengok, walhal technician boleh tengok remotely je. Bila tak datang, dia kata support MALAS.
Tapi bila printer berada jauh sikit dari tempat dia, akan cakap, "akak MALAS la nak jalan jauh ke printer tu."

Tuesday, August 25, 2015

Susah betul hendak menerangkan......

Kalau nak buat kerja kontrak atau maintenance dalam pejabat, perlu dapatkan kelulusan dari HSE officer. Proses tu menjadi susah sebab tiba-tiba pegawai HSE tu jadi bodoh pulak.

1.Hantar Job Safety Analisys untuk kelulusan.

User: Tuan, saya nak dapatkan kelulusan ni.
HSE: Nak buat kerja apa ni?
User: Nak bukak server sebab dah tak guna lagi.
HSE: Step pertama ni apa? Cuba terangkan pada saya.
User: Mula-mula kita delete data dan file dalam server ni. Lepas tu, kita tutup power server.
HSE: Boleh tak kalau awak tutup power dulu dan selepas tu, delete data tu?
User: Errr.......(Aku nak jawab ke, nak gelak ke...nak menangis ke?)

2. 
Hantar Job Safety Analisys untuk kelulusan 2.

HSE: Kalau kena tutup power, apa kecederaan yang kita syak akan dapat/kena?
User: Kalau dah tutup, takde apa-apa masalah.
HSE: Mesti ada punya. Bila kita on atau off suis, ada aliran elektrik. Semua kena ada JSA.
User: (agak dia datang kerja, on PC dia ni, ada JSA ke tidak ni?

3. Bila dah takde apa nak komen.

HSE: Sebarang kerja perlu ada housekeeping. Awak tak nyatakan ni.
User: (err, bukan ke aku tulis akan susun barang dan buang kotak?)

4. Bila HSE anggap kerja kita merbahaya.

HSE: Saya tak boleh luluskan ni. Boleh saya tengok equipment yang awak nak pasang?
User: Ni dalam kotak ni.
HSE: Oooo... Macam PC je.
User: Aha. Memang PC tapi kontraktor nak pasang kang, salah lak sebab takde permit nak kerja.
HSE: Err....aha. Betul tu. (Dia baru perasan, kecik punya hal. Memenatkan dia sebab ambil berat sangat hehehehhe) 

Sunday, August 23, 2015

Lawak jahat.

Macam biasa kalau orang Malaysia ambil call dari smartphone dia, mesti cakap kuat dan berulang-ulang. Sampai orang sebelah dengar. Mamat tu cakap dengan kawan dia on phone.

"Ko ambil kiwi! Ko ambil kiwi! Aha ye, ambil kiwi."

 Dalam hati aku, apa kejadahnya dia suruh dia ambil kiwi? Agak dia nak kilatkan kasut dia ni kat kedai mamak ni ke?

 "Ko ambil kiwi, lepas tu jalan terus."

 Ooooo. Dia tak boleh sebut R rupanya.

Friday, August 21, 2015

Tak faham bahasa

Kejadian ini berlaku dalam telefon. Ring! Ringggg!

 Technician: Hello. IT.

User (dia ni ada PhD, graduate from UK): IT. Saya ada masalah nak login sistem dalam website intranet HR. Saya dah cuba semenjak semalam, masih tak boleh login. Saya rasa komputer saya ada masalah ni. 

Technician: Ada apa-apa warning atau error atau makluman pada website tu atau di Internet Explorer.

User: Ada. Error dia, "System is having problem. Please try again later. If you have any inquiry, please contact HCU/HR department."

Technician: Oooo. Nampaknya sistem memang ada problem. Komputer puan takde masalah. Puan sudah contact HR department?

User: Ooo. Belum. Saya kena contact HR department la ye?

Technician: Kalau kita baca makluman tu, sepatutnya macam tu la puan.

User: Ok. Nanti saya contact HR lah. Terima kasih ye.

Technician: Sama-sama. How her company can become global champion if she can understand indo?