Wednesday, December 11, 2013

Tanpa daun pisang, apa sangat la nasi lemak.

Malam ni makan nasi lemak. Dibungkus dengan cara paling baik aku pernah tengok. Sedap la juga nasi lemaknya. Makan pulak dengan ayam berempah. Malam ni memang takde selera nak makan. Bukan malam ni sahaja. Dah banyak malam takde selera nak makan.

Bila makan nasi lemak berbungkuskan daun pisang ni, teringat juga beberapa memori pasal aku makan nasi lemak. Ada orang kata, kalau nasi lemak tak dibungkus dengan daun pisang, takde bau aromanya.

Aku tak tau la betul atau tidak. Mak aku berniaga nasi lemak memang tak dibungkus dengan daun pisang. Hidang dalam pinggan je. Memang ada beza aromanya.

Mungkin juga disebabkan hanya placebo effect je. Tapi nasi lemak bungkus daun pisang memang lebih sedap.

Disebabkan daun pisang adalah ramuan penaik aroma dan mungkin disebabkan kepayahan mencari daun pisang di kawasan bandar, daun pisang hanya menjadi tempelan bagi nasi lemak. Tidak lagi menjadi bahan pembungkus tetapi lebih kepada hiasan? Penaik aroma? Itu yang nasi lemaknya dihidang dalam pinggan, masih lagi beralas daun pisang.

Nak kata, tak mahu pinggan tu kotor, tak juga. Sebab, kita makan dalam pinggan tu pun dah cukup mengotorkan pinggan. Memang pinggan tu kena cuci balik.

Kalau di kedai mamak, daun pisang tu dah mula jadi kecik di dalam pinggan.

Kalau sesiapa ada tempah nasi lemak Pak Nasser dalam penerbangan Air Asia, lagi teruk. Daun pisang dia hanya 1X1 inchi je. Saja buat syarat?

Memang betul la daun pisang ni penaik aroma tetapi takde pulak orang guna daun pisang untuk penaik aroma untuk makanan lain seperti daun pandan yang banyak digunakan dalam masakan. Daun pandan pun ada gak orang buat bekas kuih pelita.

Takde pulak kerja saintifik untuk mengkaji bahan aroma dalam daun pisang ni. Kalau dapat, boleh engineered bahan kimia dia. Buat aroma daun pisang jenis semburan. Lepas ni, pengusaha nasi lemak tak perlu nak susah payah cari daun pisang. Sembur je kat nasi lemak tu. Naik la aromanya.

No comments:

Post a Comment