Saturday, December 14, 2013

Kerja duduk di kubikal atau kerja di luar kubikal

Di negara luar, cara untuk menipu untuk menampakkan seorang pekerja itu sedang bekerja, adalah mengadap komputer. Selama mana dia mengadap komputer, orang lain nampak dia rajin bekerja. Walaupun sebenarnya, dia membuang masa dengan melayari internet dan main game.

Lain jadinya di Malaysia, banyak dari kita yang tahu, cara di atas, adalah salah satu cara escapism untuk menunjukkan kita sibuk bekerja, sebenarnya menipu. Maka, setiap kali orang lalu lalang nampak kawannya mengadap komputer, mesti cakap,

"Mengadap komputer konon. Macam la buat kerja."

Maka, mengadap komputer menampakkan kita tiada kerja.

Disebabkan situasi menipu dalam kerja sudah terbalik, maka, ada orang cuba menipu dengan cara lain. Mereka cuba nampak sibuk tanpa mengadap komputer dengan berjalan keliling pejabat dengan memegang notebook atau sekeping kertas yang baru dicetak.

Padahal, takde apa-apa pun. Tapi nampak sibuk, kalau orang tu bawa kertas dan nampak tergegas-gegas.

Selepas itu, orang lain tahu juga trick ni. Maka, keluar satu signage seperti di bawah.

(terima kasih ohtidak)

Selama aku berada dalam dunia pekerjaan, aku pernah nampak signage ini di 3 lokasi di pejabat cawangan dan sekali di jabatan kerajaan.

Seriously, logo yang sama, bentuk tulisan yang sama dan typo yang sama. Aku rasa, ramai pekerja di Malaysia cuba copy-paste signage ni untuk ditampal di pejabat mereka.

Disebabkan mengadap komputer ini nampak tiada kerja, maka, ini menjadi masalah kepada aku.

Kerja aku bukan sahaja di luar kubikal tetapi di kubikal dalam menyediakan laporan, mengurus, menjawap email yang mengambil masa berjumlah 1 sehingga 2 jam dalam satu hari. Itu sebahagian dari 8 jam masa bekerja.

Orang yang ada masalah IT, bila nampak aku di kubikal, termintak apa sahaja pertolongan tanpa peduli apa yang aku sedang buat. Apa yang sedang aku buat bukan tidak penting. Ada yang perlu mendapatkan tindakan segara dari user 1. Tetapi user 2 dah kacau dan meminta pertolongan dengan segera.

Apa akan jadi kalau aku attend kes user 2 dengan melengahkan user 1? Kalau aku kena marah dengan user 1, user 2 nak backing aku? Mana mahu kan?

Seriously, kes macam ni, kalau ianya mendapat perhatian pihak atasan pun, apa yang kita sebagai pekerja bawahan hanyalah nasihat untuk bersabar dan cuba belajar teknik mengelak atau pun taichi bagi mengurangkan complaint dari user.

Di sini, apakah mutu kerja syarikat dan pekerja itu boleh dibaiki dari masa ke semasa?

No comments:

Post a Comment