Wednesday, May 11, 2011

Nak tanya apa?

Bila kita ada masalah dan ingin bertanya, cuba jangan tanya masalah yang tidak berada depan mata. Kita ni, kalau menerima masalah, perlu bertanya beberapa soalan untuk memahami situasi atau gambaran masalah tersebut.

Kalau masalah pun tidak di depan mata, macam mana dia ni hendak menjawab pertanyaan lanjut kita nanti?

Jangan anggap, kita sebagai orang yang hebat yang boleh membantu anda, boleh menyelesaikan masalah dengan satu pertanyaan sahaja.

Pertanyaan lanjut selalunya ditanya, supaya situasi sebenar dapat diperolehi dan konklusi serta cadangan dapat diberikan mengikut masalah sebenarnya.

Kalau maklumat lanjut diberi dengan meneka atau tidak lengkap, minta maaflah kalau kita ni salah bagi maklumat. Pada waktu tu, jangan marah la ye.

No comments:

Post a Comment