Friday, April 30, 2010

My Data Centre is my heaven.

Data centre adalah satu tempat atau bilik yang menempatkan server dan network yang disusun di dalam rak-rak. Data centre juga dipanggil server farm kerana bilangan server yang banyak dalam bilik yang besar semacam ladang gandum atau sawit.

Sekarang ini, ada beberapa langkah dan cadangan menjadikan data centre sebuah tempat yang tahan dari serangan secara langsung atau tidak langsung atau secara elektronik, reliable, dan up-to-date.

Salah satu kemudahan utama yang biasa dan perlu adalah bekalan elektrik. Belakan elektrik ini bukan sahaja membekalkan kuasa kepada server dan peralatan di dalam data centre, tetapi juga penghawa dingin, sensor suhu dan kelembapan dan pelbagai peralatan sokongan lain.

Baru-baru ini, jabatan aku telah memasang UPS bagi data centrenya bagi menyokong kuasa semasa ketiadaan kuasa dari TNB. UPS ini amat bagus kerana bagi sesetengah data centre aku, bebannya tidak tinggi. Hanya setakat 15A. Bagi sesetengah tempat, boleh bertahan selama 12 jam. Ada kawan aku tidak berapa setuju dengan projek ini, kerana UPS ini dikatakan sesuai untuk industri dan bukan untuk IT. Dan jika projek ini dibuat, perlu dipasang pada bilik yang berasingan disebabkan battery bank yang besar dan masalah kimia.

Projek ini pada asalnya dengan kos lebih kurang RM50k. Tetapi setelah diberi kepada jabatan yang berkaitan dengan elektrik, kosnya menjadi lebih RM100k. Jika ditambah dengan pembinaan bilik baru, mungkin mencapai lebih RM1juta.

Projek ini sebelumnya adalah atas initiatif kawan aku tu. Tapi selepas agak malas hendak buat dokumentasi, ada la kawan aku yang lain sukarela ambil alih projek ini, dan ini jadinya. Sekurang-kurangnya, projek ini telah membantu menyelamatkan data centre kami.

Kenapa perlu sokongan yang lama? Sebab sebelum ini UPS kami sekadar tahan 45minit yang cukup untuk memadamkam server yang selalunya memberi masalah untuk kita menghidupnya semula kerana lokasi yang jauh.

Dua minggu lepas, ada la mamat ni kata betapa kukuhnya data centre syarikat aku di Bangi. Dengan bangunan konkrit kukuh tanpa tingkap, tahan dengan serangan bom. Aku sebenarnya tidak la tengok tempat itu. Selama aku bekerja lebih 5 tahun, tak pernah pun tengok. Mamat tu cukup bangga. Kukuh ke????

Aku tanya, "Kukuh ke? Kalau kukuh, kenapa Pentagon ada banyak tingkap?"

Pentagon adalah bangunan Jabatan Pertahanan USA dan sudah tentunya memerlukan bangunan yang kukuh dan kalis serangan bom.

Sebenarnya, beberapa tahun lepas, aku tengok documentari berkenaan sejarah pembinaan Pentagon. Salah satu pelan pembinaan Pentagon adalah mempunyai bangunan yang tidak mempunyai tingkap. Tetapi rekabentuknya telah dipinda saat akhir dengan meletakkan banyak tingkap kerana mereka mengetahui bahawa jika bom meletup di dalam bangunan tersebut akan menyebabkan kemusnahan yang lebih teruk berbanding jika mempunyai tingkap. Ini kerana jika bom meletup, kuasa letupan lebih cepat tersebar ke kawasan yang mempunyai ruang bebas. Jika tempat itu tertutup, kuasa letupan tidak boleh tersebar dan akan menyebabkan kuasa letupan menjadi lebih kuar pada tempat tu yang berupaya memusnahkan bangunan itu. Contoh paling mudah, kita lihat kejadian kapal terbang terhempas di Pentagon semasa 9/11. Hanya dua bahagian sahaja musnah dalam kejadian itu dan salah satunya paling teruk musnah. Bahagian-bahagian lain tidak musnah langsung dan semasa pembinaan semula Pentagon, bahagian yang musnah sahaja yang terlibat dan bahagian yang lain beroperasi seperti biasa. Ini kerana gelombang letupan yang bergerak dari bahagian letupan bergerak ke bahagian berhampiran tetapi tersebar ke tingkap. Lagi pun, Pentagon dibina dengan banyak segmen dan berlapis-lapis.

Sekarang ini, telah ada bom yang dapat menembusi kontrik yang dipanggil bom bunker. Bagi aku, data centre yang dibina dengan kontrik sekelilingnya adalah kesilapan besar.

Bukan apa, aku dapat mematahkan pendapat orang tua yang merasakan dia betul. Hehhehehehe.

Penghawa dingin adalah peralatan yang perlu tetapi boleh juga memberi satu masalah. Bukan sebab tidak berfungsi tetapi menyebabkan data centre menjadi terlalu sejuk. Masalah sejuk melampau ni boleh menyebabkan air/cecair terhasil dalam data centre. Ini juga disebabkan ketiadaan peralatan mengawal kelembapan. Pernah terjadi baru-baru ini, pemasangan satu projek di dalam data centre terpaksa ditangguhkan satu hari kerana semasa nak hidupkan satu peralatan tu, didapati ia dah bersalut dengan air yang menitik, dinding bilik, rak dan pintu penuh dengan air peluh dari kelembapan. Bahaya tu.

Sekarang ini, telah ada orang buat server dalam bentuk virtual (virtual machine). Untuk itu, kita perlu ada processor yang mempunyai feature VT. Dengan ini kita dapat mengurangkan ruang penempatan server. Bak kata Google, My other computer is my data centre.

No comments:

Post a Comment