Sunday, November 27, 2011

Weekend husband - Amannya negara ini.

Aku salah seorang pekerja yang dikenali weekend husband dari beberapa peratus pekerja di Malaysia ini. Boleh disimpulkan bahawa weekend husband ini, bukanlah suami yang ada isteri ke-dua yang hanya berjumpa pada hujung minggu. Tetapi suami (satu isteri ya) yang hanya berjumpa isteri pada hujung minggu. Keseluruhan 5 harinya hanya berada di luar daerah atau outstation.

5 hari aku, berada di Johor. Hujung minggu berada di KL. Apa mula perkahwinan aku, isteri tiada masalah untuk berkompromi tetapi bila ada anak seorang, agak sukar juga untuk menguruskan rumah tangga, lelebih lagi jika isteri bekerja. Lebih bermasalah kalau isteri surirumah sepenuh masa tetapi tidak tahu memandu kereta. Maka, nak menguruskan anak dan keluarga banyak yang tergendala.

Untuk mula bekerja pada hari Isnin, seperti aku, akan bertolak ke Johor pada lewat hari Ahad. Ada pula yang bergerak pada awal pagi Isnin. Play safe, aku bertolak Ahad sebab hari Isnin, kita tidak tahu apa yang akan melambatkan perjalanan kita.

Banyak juga yang bekerja seperti ini. Jarak perjalanan aku, hanya 200km. Ada yang sejauh KL ke JB. Ada yang dari Penang ke KL. Dan macam-macam arah dan jarak. Yang penting, adakah kita sanggup berjauhan, membuang masa dan duit untuk bekerja.

Sekali fikir, betapa mudahnya kita bergerak antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Kita hanya merancang supaya kita berada trafik yang lancar, cuaca yang baik, kenderaan dalam keadaan baik dan dipermudahkan kerja.

Bagi sesetengah negara, kalau kita nak pergi sesuatu tempat, belum tentu kita boleh pergi. Mungkin disebabkan huru hara, budaya anti penduduk luar, perlunya kesediaan keselamatan dan pelbagai masalah luaran. Kalau di zaman darurat, perlu pulak fikir kat mana tiada komunis lalu. Silap hari bulan, kena culik.

Buat masa ini, kalau kita hendak ke sesuatu tempat dalam negara ini, kita boleh pergi tanpa bimbang, bila-bila masa dan ke mana arah sekali pun.

Tapi, memandu tu, jangan lah laju sangat. :)

No comments:

Post a Comment