Thursday, December 1, 2011

Membatalkan service perniagaan online.

Beberapa bulan lepas, aku mengambil keputusan untuk tidak lagi menjual barang di Mudah.my selepas diminta memberi salinan kad pengenalan untuk verifikasi.

Bulan lepas juga, aku mula membatalkan operasi jualan online di Lelong.com.my selepas diminta membayar RM200 lebih sebagai yuran tahunan.

Sebagai peniaga kecil-kecilan, dengan jualan bulanan hanya satu, yuran itu agak tinggi. Berbanding beberapa tahun dulu, aku mampu bayar RM90 lebih sehinggalah aku perasan yuran ini dinaikkan lagi.

Dengan margin yang kecil, mana mungkin aku boleh bayar untuk mengumpul duit untuk simpanan ASB. Dan aku merasakan ada servis lain yang lebih murah.

Masalah Mudah.my pula, aku agak kurang mempercayai integriti syarikat ini dalam menguruskan salinan kad pengenalan. Aku pernah terbaca satu blog, di mana seorang blogger rakyat Malaysia yang tinggal secara haram di USA yang akhirnya balik ke tanah air. Didapati, identitinya telah digunakan untuk membuat beberapa pinjaman bank dan akhirnya disenaraikan dalam senarai hitam.

Mungkin cerita ini tiada kaitan, tetapi aku terpaksa berhati-hati dalam mendedahkan identiti. Baru-baru ini, rakan pejabat ingin membuat senarai maklumat penuh staff termasuk identiti isteri dan anak.  Walaupun senarai diminta oleh HR (sebelum ini pun dah banyak kali minta) tetapi manager aku, nak simpan satu senarai dalam department kami.

Bagi aku, ini suatu pelanggaran privacy dan lebih teruk, keselamatan penyimpanan maklumat yang rendah. Aku agak kurang senang sehinggakan tidak mahu memberi beberapa maklumat yang aku rasa tidak perlu diberitahu. Mungkin permintaan aku agak annoying, tetapi beberapa minit selepas itu, email yang diberi telah dibalas oleh rakan aku yang lain dengan mendedahkan semua maklumat diri dan keluarga, dikongsi dengan semua rakan pejabat.

Email kedua darinya, "sila jangan forward lagi email saya."

Sebab itu, aku tidak mahu kongsi beberapa maklumat sebab kadang kala ada kesilapan yang  kita tidak sengajakan.

Berbalik pada isu perniagaan online, aku mengambil keputusan yang agak kurang bijak dengan memilih hanya untuk berniaga di eBay. Kurang bijak, sebab eBay di Malaysia, agak kurang popular dan kurang pelanggan berbanding Lelong.com.my. Maka, kurang peniaga yang terlibat.

Walaupun begitu, di eBay, aku tidak dikenakan yuran yang tinggi. Dalam 3 tahun menggunakan eBay, baru-baru ini aku baru perasan dikenakan hanya beberapa sen (matawang Malaysia tau) yuran perkhidmatan. Itu pun eBay membenarkan kita menangguhkan pembayaran. Aku tak tau sampai bila. Tapi aku masih takde masalah berniaga dalam eBay.

Ada yuran yang dikenakan pada peniaga Malaysia jika menjual barang ke USA tetapi hanya dikenakan jika barang itu dapat dijual. Tiada yuran dikenakan untuk listing.

Maka, kos perkhidmatan ini tidak membebankan aku langsung.

Dari segi keselamatan, eBay mempunyai sistem yang terbaik dengan melindungi identiti peniaga, pelanggan dan maklumat perbankan. Paypal yang menjadi sebahagian dari eBay, mempunyai sistem transaksi duit yang baik dan tidak menyusahkan. Baru-baru ini pun, Paypal dengan kerjasama CyberSecurity (malaysianya polis cyber) menggalakkan transaksi online selamat.

Jika eBay boleh menerima perniagaan online tanpa verifikasi kad pengenalan, maka macam mana perniagaannya selamat? Mungkin peniaga seorang yang menyamar tetapi untuk berniaga, dia perlu mempunyai perniagaan yang berterusan. Oleh itu, reputasi (berdasarkan positif feedback) adalah amat penting. Maka, tidak semestinya orang yang menyamar menjual barang yang tidak bagus atau menipu, tetapi hanya untuk melindungi diri sebab reputasi perniagaan.

Contohnya, jika seorang lelaki ingin menjual barangan kosmetik wanita adakah wanita ingin membeli barang tersebut? Mungkin ada berminat tetapi lebih ramai yang kurang senang. Maka, terpaksalah lelaki ini menggunakan nickname berbaur wanita :)

ebay juga mempunyai sistem yang baik dan mudah difahami walaupun ditulis dalam English. Kalau klik tu, terus masuk ke page yang sepatutnya dan rasa selesa menggunakan dalam satu window. 

Agak kurang selesa kalau klik satu link, pop-up satu window. Klik link lain, bukak pop-up satu lagi. Susah pula hendak browse lamannya disebabkan English yang digunakan kurang tepat. Ambil masa 2-3 hari untuk memahaminya.

Walaupun keputusan aku ini agak kurang bijak, tetapi amat la sesuai pada aku kerana perniagaan aku (sebulan sekali paling kurang) masih ada. Atleast, aku tak perlu bayar kos yang tinggi.

No comments:

Post a Comment