Tuesday, November 29, 2011

Google henti projek tenaga murah dan diperbaharui untuk data centre

Google mula menghentikan beberapa produk dan projek. Termasuklah projek data centre yang menggunakan tenaga yang diperbaharui dan murah.


Tidak tahu kenapa Google menghentikan projek yang amat berguna untuk manusia dan berharga ini. Tetapi kalau kita tengok, data centre memerlukan tenaga yang amat tinggi untuk beroperasi 24/7.


Tenaga kitar semula (renewable) atau pelbagai tenaga yang baik untuk alam, memerlukan kos yang bukan sedikit. Walaupun untuk mengurangkan kos dan menjimatkan tenaga, tetapi pembinaan dan kajian memerlukan kos yang tinggi. Juga pengeluaran tenaga yang diperlukan tidak cukup untuk digunakan untuk sesebuah data centre.


Sebagai contoh, solar panel yang dipasang di atas bumbung belum tentu cukup menggerakkan operasi 24/7 kecuali di tempat itu mendapat cahaya matahari 24/7. Tenaga yang dihasilkan solar panel juga, belum tentu cukup untuk mengggerakkan server, network, lampu, penghawa dingin dan sebagainya yang berjumlah beratus atau beribu kW.


Ada satu data centre dalam pembinaan di Bandar Enstek, dikatakan dibina di Malaysia disebabkan kos tenaga yang rendah berbanding Singapura. Ini akan menarik minat pengguna luar negara menggunakan kemudahan di data centre ini. Tetapi, kerajaan Malaysia baru-baru ini, akan mengenakan levi 1% ke atas bil elektrik. Levi 1% ini akan digunakan bagi pembangunan dan penyelidikan tenaga diperbaharui.


Aku pernah mengambil kursus Certified Data Centre Professional (CDCP). Dari situ, didapati untuk mendapatkan data centre yang ideal memerlukan kos yang tinggi untuk peralatan dan tenaga. Tenaga di sini adalah seperti elektrik, air, dan bahan api (diesel) bagi menghidupkan generator elektrik di waktu kehilangan tenaga elektrik dari grid nasional.


Dalam kursus ini juga dikatakan menjadi satu usaha untuk menghasilkan standard untuk data centre yang jimat tenaga dan menggunakan tenaga yang diperbaharui tetapi masih lagi belum menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment