So, kita ambil satu ayat yang agak-agak kontroversi dan kita bincang sama-sama. Walapun blog aku ni, bukan la ramai sangat orang nak baca kan. Hehehhe.
"Application
2. (1) This Act applies throughout Malaysia.
(2) This Act applies to the Critical National Information
Infrastructure (CNII)."
Penggunaan akta ini, digunapakai di seluruh Malaysia? Bukan setakat CNII? Apa yang akan terjadi jika selepas ini segala operasi ICT kerajaan atau swassta perlu mengikut akta (lain) atau standard CNII?
Maka, apa yang terjadi bagi mereka yang tiada sijil pendidikan, setakat SPM je? Diorang ni lebih hebat dari budak degree. Diorang ada sifat self-learning yang tinggi berbanding mereka yang ada degree dan malas nak mengambil info tambahan sepanjang karier mereka yang akhirnya mereka satu cabang IT je.
Bagaimana pula operasi & kerjasama antara 2 pihak swassta yang tiada kaitan dengan kerajaan? Tertakluk juga dengan akta ini nanti? Nampak macam termasuk juga.
"Restrictions on unregistered persons
19. (1) In relation to section 2 no person shall, unless he is a
Registered Computing Professional"
"(a) practice, carry on business or take up employment which
requires him to carry out or perform the services of a
Registered Computing Professional;"
Kat sini pun, aku tak faham. Apa yang dikatakan services of a Registred Computing Professional? Apa yang servis yang diorang lakukan? Ada senarai? Terma yang tidak pasti ini, amat menakut. Macam mana dengan Open Source? Adakah ianya tertakluk?
Kenapa pulak dilarang untuk berkarya (mengamalkan sesuatu yang menarik atau dapat membantu orang lain)????!!!!!!
No comments:
Post a Comment