Tiba-tiba, terpandang satu artikel pasal orang yang bagus, berhenti kerja. Bila baca tajuk, aku rasa macam HR aku ni nak provoke atau saja sebagai info? Aku tak pasti. Tapi yang aku tahu semasa CEO address hari tu, HR paling teruk kena belasah by managers and project managers.
Dalam artikel tu, (aku pendekkan), dalam kajian mereka (orang yang tulis artikel tu, bukan HR aku), orang yang bagus, berhenti/tukar kerja bukan disebabkan company tetapi manager mereka. Dalam erti kata lain, jika mereka tak suka company, tetapi company tetap membayar gaji, claim etc mereka tidak mempunyai niat untuk bertukar. Tetapi jika mereka mempunyai manager yang tak tentu arah, zalim, atau senang kata, tidak disukai, sure pekerja ni blah.
Aku rasa perkara ni betul sebab, aku dah saksikan 2 kes yang berlaku pada syarikat client aku, syarikat kedua terbaik di Malaysia ni. Ada seorang mamat ni, executive, baru graduate (scholar company dia juga), bekerja kat tempat aku. Walaupun baru graduate, cara dia bekerja dan mencari pengalaman kerja, sangat aku hormati. Dalam satu 1 tahun, banyak benda dia buat. Pendek kata, dia rajin. Prestasi dia meningkat mengatasi orang yang sama batch dengan dia dan dalam beberapa kes dapat mengatasi staff yang dah bekerja 2-3 tahun.
Tapi masalah yang dia hadapi adalah manager dia. Ok, aku cerita pasal manger dia dulu. Punya la tak betul, kalau dia jadi interviewer untuk technician naik grade, dia akan tanya soalan, "kau nampak tak pokok bunga kat luar tu? Pokok hidup ke, pokok plastik? Cuba buktikan kepada saya." So, korang tahu la betapa bangangnya manager ni.
Mamat ni, boleh dikatakan selalu bergaduh dengan manager dia yang dianggapnya sangat mengarut dan kurang mempercayai dia. Ini amat menyusahkan dia untuk bekerja. Dia kadang kala merungut pada aku masa minum petang. Tapi jarang la dia minum petang sebab dia suka dok kat meja dia je. So, jadinya kalau dia minum petang tu, maksudnya, dia baru bergaduh dengan manager dia la.
Tak sampai 2 tahun, rupanya dia telah dilamar oleh 1 syarikat German. Dia terima offer tu dengan alasan dia tak suka manager dia. Ada orang suggest dia minta tukar tapi expertisenya hanya di office tu saja dan tiada di branch lain. Maybe ada orang tak mau dia pindah kot? Bond scholar dia pulak dibayar oleh company baru tu. Punya la bagus. Ada orang kata, kalau masalah company sikit dengan gaji yang tak tinggi macam kat luar, dia tak akan tukar kerja. Tapi disebabkan boss dia mengarut sangat, dia cabut juga.
Kes dua, lebih kurang sama, dengan manager yang sama. Member ni expert in GIS, pertama kali memperkenalkan sistem ni di companynya. Maka, ada la unit lain yang berminat di KL yang offer dia tukar kerja ke unit baru ni. Tapi 2 kali dia tolak. Maybe disebabkan bini dia orang kampung situ juga dan kat kampung ini, hidup aman damai. Tak peningkan kepala macam kerja di KL. Disebabkan dah selalu bergaduh dengan manager dia, maka, dengan berat hati, dia terima offer kawan dia tu.
Kesimpulannya, setakat sikit punya hal dengan company, staff tak akan bertukar kerja. Tapi kalau manager, boss, sure diorang berhenti.
Aku pun dalam dilemma. Disebabkan wife aku dah merayu suruh pindah, aku cuba mencari alasan kukuh dan posisi yang tepat untuk bertukar kerja. Nak kata aku bermasalah dengan bos, sejujurnya, ya. Boss aku, head aku, dia tak suka management work dan suka technical. Dia sendiri cakap macam tu kat aku. Maka, korang tau je la, aku sebagai anak buahnya menjadi mangsa. Dalam beberapa kes dengan complaince aku yang bangang tu, katanye dia nak backup, tapi dia bagi tahu kat mamat tu. So, aku berpendapat, untuk dia fight untuk aku, mungkin takde. Even dah banyak kali aku tengok, dia tak pernah stand up for me. Maka, walaupun dia kawan baik aku, aku terpaksa ikut cara aku sendiri.
Lagi, aku baru dapat manager baru, umur aku rasa bawah aku beberapa tahun. Aku takde la bermasalah pasal umur. Tapi masa dia datang tu, aku rasa kurang senang dengan caranya.
- Sebanyak 3 kali aku kena tukar manager, selama tu format morning report aku tak pernah bertukar. Ada la sikit-sikit penambahan, untuk dia tahu. Tapi manager baru ni, terus tukar semua format dan cara. Aku takde la nak komplen pasal ni. Tapi korang bayangkan macam mana attitude manager ni.
- Set KPI untuk staff mengikut value/count. Dulu, aku merasakan ikut sedap rasa ni, akan menyusahkan aku sebab takde ruang untuk aku proofkan KPI aku. Tapi sekarang, susah nak proof dalam single form. Lagi la, nak dapatkan 4 incident dalam 1 hari, masalahnya bukan susah. Tapi what if 2 incident hanya boleh selesai dalam 1 hari? Ok, dia kata ikut timeline. Kalau aku submit, perlu ke aku terangkan timelinenya nanti? Ada sessi interview ke?
- Bila aku dapat bonus hari tu, manager suruh tingkatkan lagi pencapaian supaya mendapat bonus dan increment lagi tahun depan. Umur meningkat, usaha belum tentu boleh meningkat. Kalau kekalkan pencapaian tu, kira boleh la juga.
- Delegate segalanya pada staff bawahan dan tiada fight untuk anak buat. Kita yang perlu fight depannya dan dapatkan proof bahawa kita rajin bekerja.
Disebabkan semua di atas, aku merasakan, aku patut belah. Mungkin tidak ke company lain, tapi aku perlu minta tukar. Aku tak boleh kerja dengan orang yang mengharapkan kita jadi pawn.
No comments:
Post a Comment