Selalu, orang akan mencadangkan jenama tertentu bagi membeli komputer terbaik kepada orang lain. Aku cukup tidak suka jika mereka yang ingin membeli komputer bertanya kepada aku, "Komputer apa yang murah, terbaik dan tahan lama untuk aku beli?"
Kenapa? Sebab murah dan tahan lama tidak berkaitan langsung kepada terbaik.
Di awal pengenalan aku dengan komputer, bagi aku Toshiba dan IBM adalah jenama terbaik dalam produk laptop dan desktop. Kerana produk brand ini tahan lama sehingga telah ketinggalan zaman pun masih tidak rosak. Kekurangan terbesar brand ini adalah mahal sekitar RM 4000 ke atas. Ini berbanding brand terkenal lain yang berharga RM 3000 ke bawah. Maka, produk brand ini banyak digunakan dalam urusan teknikal dan mobiliti pejabat.
Selepas lebih 10 tahun terdedah dengan pengalaman komputer, aku dapati, murah dan tahan lama bukanlah perkara yang penting untuk mendapatkan jenama komputer terbaik. Walau bagaimana terkenal jenama, cantik produknya dan mahal sekalipun harganya, belum tentu kita dapat komputer yang terbaik. Silap haribulan, komputer kita yang mahal itu boleh rosak dengan sendiri walaupun dijaga dengan baik.
Bagi aku, komputer terbaik adalah komputer yang bersesuaian dengan penggunanya dan khidmat lepas jualan yang terbaik. Jika ada orang yang bertanya seperti soalan di atas, aku akan tanya satu soalan.
"Kalau rosak, hendak hantar ke mana?”
Kalau diorang ini kata hantar ke kedai, aku akan cadangkan bagaimana kalau juruteknik tersebut datang ke rumah untuk membaiki dan menukar bahagian yang rosak yang mana masa proses mengambil masa 2 hari?
Dari pengalaman aku, ada beberapa jenama terkenal komputer tetapi sebarang kerosakan perlu dihantar ke tempat mereka yang kemungkinan jauh. Satu lagi, ada yang memerlukan masa yang amat panjang untuk menukar part yang rosak. Dari hari ke sehari, hingga bulan ke sebulan. Ini amatlah menyusahkan pengguna. Kalau tak percaya, cuba periksa jenama Acer, Compaq dan HP. Dan mungkin beberapa jenama ASUS dan klon dari Taiwan. Kesemuanya memerlukan kita hantar komputer untuk dibaiki. Kalau beli di KL dan baiki di KL, mungkin kita tiada masalah tetapi bagaimana kalau kita tinggal di Leban Condong ke…..kan jauh dari lebih 200km.
Dan juga masa yang diperlukan untuk menggantikan part yang rosak mengambil masa 1 minggu ke 3 bulan. Samada komputer rumah atau pejabat.
Macam DELL, mereka ini memperuntukkan 2 hari untuk proses support pembeli produk mereka. Maka, untuk support di daerah yang jauh, mereka letakkan seorang support engineer dalam satu daerah jika tempat itu mempunyai lebih 50 unit PC. Ada yang kata 100 unit.
Engineer ini akan datang ke tempat pengguna di rumah atau di pejabat mengikut kehendak pengguna. Tetapi tidak di hotel. Tak tahu lah kenapa.
Tetapi dengan satu syarat, semasa pengguna melaporkan kerosakan, perlu beritahu dengan pasti bahawa part apa yang rosak untuk mengelakkan mereka membawa perkakasan yang salah.
Pengguna juga harus sedar, DELL tidak support kerosakkan perisian. Maka, kena pandailah membaikinya.
Aku rasa DELL memberi cukup support untuk khidmat selepas jualan. Warranti pun boleh dipanjangkan sebelum atau selepas waranti lama tamat mengikut kos tertentu. Tapi aku tahu, ramai yang tidak berminat dengan Dell kerana produknya tidak cukup cantik berbanding produk murah. Dalam satu-satu masa hanya ada satu model yang dianggap eksklusif tetapi ianya amat mahal.
Aku bukan hendak promosi barang Dell. Tetapi aku hanya hendak mencadangkan pilihan yang lebih efektif dalam membeli barangan komputer. Dalam 100 unit yang keluar kemungkinan 1-2 unit yang tidak elok dan lepas dari quality control. Maka, khidmat lepas jualan yang baik dapat membantu kita sebagai pengguna memiliki barangan yang terbaik. Mana ada barang yang kualiti baik 100%. Bukan produk yang tahan lama yang kita cari, tetapi produk yang mempunyai khidmat lepas jualan yang baik supaya lebih lama kita dapat menggunakannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment