Sunday, April 18, 2010

Kalau bodoh, tolong tunjukkan.

Aku memberi servis dan sokongan IT kepada pelanggan yang bekerja syarikat yang besar. Sebelum ini, aku dan beberapa kawan aku pernah sekali dan pernah dengar, pergi temuduga untuk mendapatkan biasiswa atau memohon bekerja di syarikat ini. Dari situ, aku dapati syarikat ini amat mementingkan kebijaksanaan, prestasi yang cemerlang dan tidak berkompromi dengan kesilapan.

Dalam kebanyakan kerja sokongan yang aku hadapi adalah menyelesaikan masalah password email dan PC. Kerja-kerja ini selalunya dilakukan oleh sahabat sekerja aku yang comel dan bersuara lemah lembut yang bernama R. Aku akui, selama dia bekerja, aku tidak ambil tahu sangat perkara bodoh dan bongok yang dia hadapi. Hanya tanya, apa yang belum selesai, apa yang sudah selesai dan kongsi maklumat baru. Sampailah waktunya, dia berkahwin dan seterusnya cuti bersalin. Pada tempoh itu, aku akan menyandang kerjanya dalam tempoh yang panjang itu. Kadang-kala, kawan aku yang lain akan ambil alih.

Sebenarnya, dalam tempoh tersebut, aku mendapat tahu bahawa, terdapat beberapa pekerja syarikat besar ini amatlah bodoh. Sedap mulut kata orang bodohkan. Hehehehhe. Pada awal minggu pertama (hari isnin pagi) aku ambil alih kerja helpdesk, adalah beberapa panggilan yang memohon untuk aku resetkan password email. Dan aku kenal sangat mereka ini, walaupun kerja di tempat yang jauh. Selepas reset password, aku akan maklumkan kepada mereka password baru dan mereka boleh mula bekerja.

Masuk minggu kedua, orang-orang yang hampir sama juga akan telefon aku, memohon untuk tukar password lagi. Dan minggu-minggu seterusnya. R tidak pernah merungut atau mungkin dia diamkan sahaja kerenah mereka. Selalunya, insiden ini dilaporkan pada awal hari Isnin. Apalah yang susah hendak ingat password, lupa terus bila lepas cuti hujung minggu?

Ada yang komplen, kenapa banyak sangat password yang perlu diingat? Soalan saya, adakah anda komplen untuk mengingat pin kad ATM yang banyak anda pegang?

Aku pernah dimarahi kerana tidak menghadirkan diri di depan seorang staff hanya kerana dia tidak boleh login email. Error, wrong password. Aku sudah cuba reset passwordnya, cuba login emailnya di komputer aku, maklum melalui telefon untuk cuba login dan dia masih tidak boleh login di komputernya. Aku rasa masalah dia ni, mesti remeh. Aku dengan berat hati pergilah berjumpa mamat ini selepas aku enggan membantu secara peribadi. Tanpa memegang keyboardnya, aku minta dia login semula dengan aku. Aku perasan jarinya seakan lari untuk menaip password "petronas#123". Aku minta dia lancarkan notepad, letakkan kursor di situ dan tutup kursor dengan tangan seterusnya minta dia taip password sekali. Apa yang dia taip, "pertonas#123".

Dengan selambanya, aku perlu, "Ko nak aku hantar ko sekolah rendah semula ke?" Yang bestnya, satu jabatan gelakkan mamat ni.

Bukan satu sahaja kes macam ini. Ada 2-3 kes kesalahan menaipkan password berlaku. Bila aku menemui masalah ini, aku minta mereka ni, taip macam ayam mematuk atau menaip dengan satu jari. Mereka merasa pelik tapi akhirnya mereka tahu masalah itu datang dari kesilapan mereka juga.

Dalam dunia ini, hanya seorang sahaja yang menyebut, "petronas" sebagai "pertonas". Kalau hendak tau, datang sahaja ke kedai cendol Leman Dawi kat Senawang tu.

No comments:

Post a Comment