Wednesday, January 1, 2014

Mengubah cara hidup disebabkan kenaikan harga barang dan servis.

Pada hari ini, aku dapat panggilan dari seorang kawan, mengatakan bahawa seorang kawan kami satu sekolah menengah telah meninggal sebentar tadi.

Selepas sekolah, aku atau dia tak pernah contact. Kali terakhir aku jumpa pun masa ada kawan kami kahwin dulu. Itu pun sekadar jumpa biasa-biasa je. Tiada istimewa pun sebagai sahabat rapat.

Dalam facebook pun, sebelum meninggal, dia sempat post gambar dia dalam ward tapi aku sendiri pun tak tau apa sakitnya. Kawan aku pun tak tau sakit apa.

Dan dari facebook kawan aku tu, setahu aku, dia ada 2-3 orang anak yang kecil. Yang tua pun, masih di sekolah rendah. Terharu aku bila mengenangkan bagaimana keluarganya, khususnya isterinya akan menanggung kehidupan anak-anak tanpa bapak. Tidak kira, samada si isteri mempunyai pekerjaan atau surirumah sepenuh masa, kalau arwah meninggalkan harta yang banyak sekali pun, kehidupan seharian keluarga ini tak banyak sikit, perlu diubah. Sekurang-kurangnya, segala kehidupan anak-anaknya terbela dan keluarga berjalan dengan lancar tanpa kekurangan yang meluas. Sikit pun jadi la kan.

Secara tak langsung, aku terfikir, jika satu keluarga, suami, isteri dan 2 orang anak, jika mati seorang suami, keluarga ini perlu mengubah cara hidup bagi menampung perbelanjaan di rumah dan persekolahan. Tak dapat tidak, kena buat juga. Tak kira orang tu miskin, golongan pertengahan atau pun kaya, sesuatu mesti dilakukan tanpa kehadiran orang yang paling bertanggungjawap yang telah pergi selama-lamanya.

Tapi bagi golongan pertengahan ini, kalau takde sesiapa yang meninggal, tapi perbelanjaan harian dan kos hidup meningkat, mereka tiba-tiba macam tak pandai untuk mengubah cara hidup mereka supaya sesuai dengan kenaikan harga barang dan servis. Sudah la mereka tidak mahu berubah, masih lagi menyalahkan kerajaan dan orang lain dengan kenaikan kos hidup di bandar.

Aku setuju sebarang kenaikan harga perlu ditentang. Apa cara kerajaan yang salah perlu dibangkang. Tetapi jangan la merungut. Tentang lah. Berdemo lah. Tetapi dalam waktu yang sama, pasang strategi supaya kehidupan lebih mapan dan selamat. Sekurang-kurangnya sedia jika kerajaan tidak menunaikan janjinya. Kalau berjaya dengan janji mereka, sekurang-kurangnya, kita dapat untung lebih.

Bukan apa, sudah menjadi sikap bangsa kita, terlalu selesa. Jika dulu kita belajar, masuk U, dapat kerja dan merasakan lebih selamat dengan kerja kita sampai kita pencen. Tetapi nasib kita semasa kita kerja belum tentu. Samada kos hidup meningkat, atau kita meninggal sebelum pencen. Maka, perancangan masa depan perlu ada dan being frugal without being asked.

No comments:

Post a Comment