Friday, January 3, 2014

Keburukan tersembunyi Wechat, Whatsapp, Twitter, Facebook dan media sosial

Aku ada akaun Facebook selepas 3 tahun orang sibuk guna. Aku daftar pun sebab nak tengok performance dan impact teknologi ini. Aku ada akaun Twitter selepas nak cuba update status guna SMS je.

Yang lain, aku takde.

Selepas 4 bulan berpindah tempat kerja di kota raya ini dan pejabat yang penuh birokrasi and hipokrasi, aku telah tidak mengongsi akaun Facebook. Yela, Facebook telah menjadi tempat aku menghamburkan masalah aku terutama sekali masalah kerja. Jadi untuk tidak menjadi kontroversi dan salah anggapan, lebih baik aku tak ada pautan kawan-kawan di pejabat baru ini dalam Facebook.

Sebelum ini pun, aku hanya mengongsi akaun FB dengan kawan-kawan pejabat yang sudah berhenti kerja, berpindah dan tidak ada kena mengena dengan pejabat aku kerja. Ianya akan jadi isu dan kadang-kala mengganggu emosi tanpa disedari.

Ada dulu di pejabat aku, anak staff yang ada pautan dengan beberapa kawan bapa dia, meluahkan perasaan tidak puashatinya dengan keputusan bapaknya untuk kahwin baru. Statusnya itu telah dikomen oleh beberapa kawan bapa dia. Dan seperti biasa, mereka ini merasakan nasihat yang baik cuba disampaikan baik untuk si anak ini.

Tapi setelah dimaki hamun oleh si anak kepada orang yang menasihat ini, ada pulak yang terasa hati. Dan semestinya, emosi si anak tidak berkurangan juga. Malah, lebih teruk.

Cuba kita fikir, situasi yang sama tetapi tiada Facebook, sudah pastinya si anak akan meluahkan perasaannya di dalam diari. Paling tinggi pun, pada kawan-kawan. Kesan buruk seperti di atas, tidak akan berlaku.

Bila aku berpindah ke pejabat baru di ibu kota ni, kawan-kawan sekerja mintak aku terima pesanan di Wechat. Aku baru teringat, yang aku pernah daftar Wechat tetapi telah buang aplikasinya atas sebab-sebab tertentu (akan diterangkan di bawah). Maka, aku berdalih bahawa aku guna telefon bimbit Nokia bodoh (sebenarnya boleh) je dan tak mampi nak apply 3G data package.

Ini kerana, kerenah birokasi dan hipokrasi di pejabat ini bercampur pulak dengan Wechat, Whatsapp sebagai medium komunikasi pejabat, memberi arahan dan berkongsi gossip pejabat, amat memberi tekanan kepada aku.

Aku takde la rasa sebab memang tak guna pun media sosial ni, tetapi beberapa kawan aku di sini bila menerima sesuatu maklumat di Wechat, Whatsapp yang berbentuk komen dan gossip, perasaan dan emosi mereka cepat berubah.

Walaupun media ini mudah dan murah untuk aku menerima maklumat (arahan), aku lebih suka begini. Jika aku terlepas sesuatu maklumat, ianya bukan satu kerugian sebab arahan yang aku terima melalui email, panggilan telefon, SMS dan tiket incident, sudah cukup membuatkan masa aku penuh di pejabat. Kenapa pula aku perlu media lain untuk bekerja?

Dan perlu diingat, orang yang mudah memberi arahan ini, tidak pula sedar berapa banyak beban kita dalam satu-satu masa.

Masalah ini juga berlaku kepada isteri aku. Dia adalah franchisee kepada satu jenama. Sudah hampir 7 tahun. Sekarang ini, banyak masalah antara dia, kumpulkan dia, para franchisee lain dan pihak pengurusan. Masalahnya, para franchisee ini ada group chat mereka di Whatsapp, Wechat. Segala, gossip, kerenah birokrasi dengan pihak pengurusan, fakta dengar cakap dan sebagainya disampaikan melalui media ini. Nasib baiknya, isteri aku guna handphone Nokia yang betul-betul bodoh. Nokia yang paling hebat boleh hantar SMS je.

Walapun begitu, segala maklumat group ini, disampaikan juga kepada isteri aku melalui SMS dan perbualan dalam pertemuan-pertemuan tidak rasmi.

Masalahnya, maklumat-maklumat ini mempengaruhi isteri aku membuat keputusan dalam deal dengan pihak pengurusan. Dalam beberapa kes, isteri aku takut untuk membuat keputusan jika kesan buruk berlaku. Maklumat dari media sosial telah mempengaruhi judgement isteri aku. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Macam tu la lebih kurang kalau nak faham.

Jika media sosial ini tiada, isteri aku pasti tahu untuk membuat keputusan tanpa mengira risiko pada masa hadapan. Sudah semestinya, risiko perniagaan mesti diharungi. Tetapi bukan ditakuti sebelum diharungi.

Ini salah satu keburukan media sosial yang aku ketahui. Mungkin ada keburukan lain, dan kita perlu berhati-hati. Aku kata tersembunyi, sebab dia berlaku tanpa sedar.

3 comments:

  1. hey..mmg tol ap ko ckp..tp try la gune bnde tu ngan bek no..u jgn la salahkn owg yg cipta fb..twitter..bla bla..u cube tepuk dada n tanye sendri la bro..sebenaunya u keno appriciete penciptaan diaowg doh..suke aty jew post cm nie..cube ko pkir balik..diaowg cipta tok senangkan teknologi..tp u knp doh gune ngn xtrbatas bro..ishh..

    ReplyDelete
  2. La. Bila masa aku salahkan pencipta media sosial? Ko salah baca ke apa?

    ReplyDelete
  3. lepas.baca rasa cam ada benarnya
    melalaikan..melekakan..politik backstab berleluasa
    www.metrobestmom.com

    ReplyDelete