Thursday, July 26, 2012

The Dark Knight Rises : Politik Malaysia di masa hadapan.

Selepas menangguh untuk menonton cerita The Dark Knight Rises, akhirnya berjaya juga pada malam tadi.

Dipertengahan cerita, aku dapati intipati cerita ini seperti suasana politik Malaysia tetapi dalam bentuk yang lebih ganas.


Di kala Gotham (KL) menghadapi krisis politik hanya disebabkan Dent Act (ISA), menyebabkan penjenayah berat di penjara tanpa perbicaraan. Walaupun begitu, kedamaian dapat dikecapi selama 8 tahun.


Pejuang yang tak didendang menyembunyikan diri setelah apa yang berlaku 8 tahun sebelum itu. Segala perjuangan bukan sahaja dapat dimenangi tetapi juga terdapat sesuatu yang perlu dikorbankan. Pengorbanan ini yang tidak difahami oleh semua orang, amat sukar untuk terangkan. Jalan paling baik, adalah berdiam diri.


Kezaliman Dent Act memberi peluang atau menjadi alasan untuk Bane, menerajui perjuangan kuasa rakyat dan pembebasan rakyat. Dengan alasan itu, dia bersama-sama askar-askar upahan cuba membuat huru-hara di seluruh Gotham City.


Dengan merasakan kuasa perlu diletak pada rakyat, mereka cuba melepaskan penjenayah yang ditahan di bawah Dent Act. Menarik keluar orang kaya ke jalan-jalan. Merampas kekayaan mereka tanpa asas undang-undang. Mendakwa mereka yang dituduh sebagai perasuah dan pengkhianat rakyat.


Didakwa di mahkamah rakyat yang tidak mengikut undang-undang tetapi mengikut kehendak mereka yang berkuasa dalam huru-hara.


Rupa-rupanya, huru-hara ini memang didalangi oleh pihak luar yang bertindak seperti musuh dalam selimut, Miranda Tate.


Maka, adakah kita mahu negara kita menjadi seperti cerita Batman? Kalau seronok, mari kita teruskan.

No comments:

Post a Comment