IT atau ICT menjadi tulang belakang kepada semua organisasi termasuk operasi kerajaan. Tiada IT, organisasi tidak berfungsi. Pergantungan mereka kepada IT sangatlah kuat.
Tetapi jika mereka merasakan operasi mereka lebih penting, maka IT sebagai sokongan utama dipandang rendah.
Petang tadi, aku mendapat arahan untuk melihat masalah yang berlaku pada PC seseorang. Makcik je. Yang bagusnya, makcik ini memberi kerja sama yang baik untuk aku kenal pasti apakah masalah dia.
Semasa bertanya beberapa soalan, perbualan kami diganggu oleh orang lain, yang hanya untuk bertanyakan kuih raya yang dijual.
Bosan aku menunggu mereka bersembang, aku mengundur diri kerana agak sukar bagi makcik itu memberi kerja sama kepada aku untuk menyelesaikan masalahnya dan bersembang dengan kawan dia berkenaan kuih raya.
Hinggalah dia perasan yang aku malas nak ganggu lagi dan aku cakap, "Takpe la. Teruskan. Nanti lambat pulak saya nak tolong."
Tanpa rasa bersalah dan minta maaf, kawan dia terus meninggalkan kami.
Bagaimana aku ingin membantu mereka untuk mengatasi operasi mereka walhal mereka lebih senang melayani hal peribadi?
Tapi kalau kita ambil acuh tidak acuh permasalahan mereka, tahu pulak nak marah.
No comments:
Post a Comment