Apa yang aku nak cerita, sebab aku teringat dengan kata-kata Dr Fadzilah. "Jangan percaya dengan orang yang berkata, mulut aku saja jahat tapi hati aku baik. Kerana hanya hati yang baik saja, mempunyai mulut (kata-kata) yang baik."
Aku selalu bercampur bermacam-macam orang. Memang aku ada jumpa beberapa orang seperti yang Dr Fadzilah katakan tadi. Dia akan mengaku mulutnya jahat tetapi berikrar mempunyai hati yang baik.
Betul. Hatinya baik. Sentiasa membantu orang lain. Menjadi pendengar yang baik terhadap masalah orang lain. Dan yang penting, Rukun Islam tak tinggal ditinggalkan.
Jika kita selami mereka ini dan mengikuti perjalanan hidup mereka, kita akan dapat tahu, mereka ini, bukan mempunyai hati yang baik sebenarnya.
Jika mereka mendengar masalah peribadi orang, dia akan sampaikan kepada orang lain, dengan beranggapan orang lain itu tidak mengenali orang yang bermasalah itu.
Mereka juga seorang yang "judgemental". Segala tindak tanduk orang lain yang berada dalam pemerhatiannya akan diterjemah dengan sendirinya dalam hati tanpa pemikiran yang terbuka. Dengan kata lain, menilai keadaan orang lain. Dengan mudah, melabelkan orang itu baik atau jahat mengikut kehendak hati.
Mereka juga sebenarnya seorang yang "berkira" atau tidak bertolak ansur. Mungkin orang lain tidak perasan tetapi cuba lihat kalau mereka ini mempunyai masalah, dia akan cukup berkira. Ini disebabkan hatinya yang tidak tetap (baik).
Mereka juga seorang yang tidak akan mengaku salah walaupun telah terbukti salah. Jika terbukti, mereka ini tidak pula bising menegakkan benang yang basah tetapi terus diam tanpa berkata apa-apa. Seperti tiada apa yang berlaku. Ada pula yang terus melarikan diri dari terus terlibat.
Sama juga kalau mereka gagal, mereka tidak mengaku akan kegagalan atau terus lari bagi melupakannya.
Itu hanya sebahagian perangai orang yang begini yang aku jumpa. Ada banyak lagi, kalau kita terus berdamping 24/7 dengan mereka ini.
Kalau tidak percaya, cuba baca blog-blog mereka. Blog adalah hati mereka. Kita boleh menilaikannya. Dari situ, kita tahu bagaimana perasaan mereka terhadap kita dan orang lain.
Kalau pendapat mereka di blog salah dan terbukti, nescaya mereka berhenti menghuraikannya. Ada yang lebih penakut, memadamkan terus pendapat mereka sendiri.
p/s: Syabas jejariruncing.
No comments:
Post a Comment