Sunday, April 12, 2015
Kritikan Tun Mahathir ada agenda.
Semenjak Datuk Seri Najib Razak (DSN) menjadi subjek terbaru kritikan Tun Mahathir (TM), semua orang dalam Malaysia terus memberi kesimpulan pendapat bahawa TM ada agenda tersembunyi.
Agenda nak naikkan anak dia jadi politik. Semua orang percaya ini akan berlaku.
Bagi saya pendapat ini tidak betul. Cara mereka memberi pendapat kesimpulan ini, hanya bergantung kepada fakta terdekat dengan zaman ini dan trend politik Malaysia (Bapak masuk politik, anak masuk juga selepas itu). Dan agak menarik, menaikkan ahli keluarga dan saudara bukan sahaja terdapat dalam politik, tetapi juga dalam pekerjaan awam, swassta, persatuan, komuniti dan sebarang perkumpulan berjawatan yang ada dalam Malaysia ini. Ada kala kaedah ini dikenali sebagai "kabel". Tetapi jika tiada kabel, mereka akan kritik.
Agak ironik, rakyat Malaysia tidak suka politik menaikkan ahli keluarga dengan apa cara sekali pun. Tetapi mereka tiada masalah kalau mereka terlibat dalam bidang lain seperti saya sebutkan tadi. Kalau dalam politik, ini adalah salahguna kuasa, tetapi dalam pekerjaan, kita nak tolong saudara yang susah.
Kalau betul sekali pun anak TM akan naik jadi PM, kritikan TM bukanlah caranya. Kita perlu ingat anaknya Mukhriz, pernah memegang jawatan Menteri Kabinet. Kalau dia ada cita-cita menjadi PM dan tidak menghiraukan PAS yang memegang kerajaan Kedah, sudah pasti dia masih di Parlimen. Dan sebagai seorang strategis, TM sudah merangka bagi anaknya apa yang perlu dibuat supaya cepat menjadi PM dan bukannya berpatah balik ke ADUN. Kita perlu ingat, TM tidak pernah memasuki piliharaya ADUN tetapi terus ke Parlimen. Dengan umur yang agak muda lagi dan dapat mentadbir negara lebih panjang dengan hasil hebat yang nyata. Bukan setakat menempel muka di setiap perhentian bas.
Maka, bagi melihat adakah kritikan TM mempunyai agenda tersembunyi? Kita kena lihat apa yang dia buat sebelum menjadi PM. Di bawah adalah fakta yang saya pernah baca dari beberapa sumber tetapi tidak mengikut masa yang betul.
1) Kritikan TM pertama yang paling diberi perhatian adalah terhadap Tunku Abd Rahman (TAR) yang memanjangkan perjanjian pertahanan keselamatan dengan British selepas Malaya merdeka. Walaupun kita tahu, kerajaan kita terpaksa bergantung kepada British untuk pertahanan, tapi ini adalah kritikan pertama terhadap PM yang pertama.
2) Antara 1963-64, Singapura berada dalam Malaysia, Lee Kuan Yew (LKY) paling lantang mempertikaikan hak keistimewaan Melayu dan Raja-raja Melayu dalam perlembagaan di Parlimen. Sebagai penyokong kerajaan di Parlimen, TM telah mengkritik LKY dengan melabelnya seorang yang sombong dan PAP parti anti-Melayu. Akibatnya, TM telah kalah pilihanraya 1969 kerana pengundi Cina Kota Setar mengundi calon PAS.
3)Selepas kalah, telah berlaku rusuhan kaum di Kuala Lumpur. TM telah mengkritik TAR sekali lagi kerana tidak berbuat apa-apa sewaktu insiden sedang memuncak. Beliau telah mendapat khabar bahawa waktu insiden berlaku, TAR sedang bermain poker dengan beberapa pegawai British. TAR sangat marah dengan kritikan itu sambil berkata, "Adakah aku pakai duit bapak hang?" TM telah dipecat dari UMNO selepas itu.
4) Selepas dipecat, beliau menulis buku Malay Dilemma. Buku yang kebanyakkannya kritikan terhadap orang Melayu pada 1970. Marah orang Melayu. Di waktu Malaysia baru tamat rusuhan kaum, penerbitannya amat tidak sesuai, maka telah diharamkan.
5) Sebulan sebelum TM meletakkan jawatan, beliau telah ditanya oleh wartawan antarabangsa. Apa yang beliau akan buat selepas bersara? Beliau berkata, beliau akan bercakap sepuas-puas hatinya sebelum ini beliau tidak boleh berkata-kata begitu kerana seorang PM. maka, beliau kata berkata dengan ayat yang pedas.
Maka, dari fakta-fakta di atas, adakah kritikan TM pada waktu zaman mudanya ada agenda tersembunyi? Nak naikkan anak dia pun kecik lagi. Nak naikkan orang lain? nak naikkan diri sendiri? Dah ramai benci dia, nak naik macam mana? Sudah pasti orang itu akan sokong TM dari dulu sampai sekarang.
Tetapi majoriti orang tak suka pada TM, akan ada sedikit rakyat yang sedar dengan apa yang dia kritik. Orang-orang ini, walau tak ramai, akan bersetuju dengan pendapat beliau. Orang itu mungkin di kalangan orang UMNO yang bersetuju dengan kritikan beliau tapi tak ramai. Orang itu mungkin di kalangan orang Melayu yang bukan ahli UMNO. Orang itu mungkin orang Cina yang bersetuju dengan kritikan TM. Orang itu mungkin rakyat Malaysia yang tak suka nak join politik. Dan macam-macam lagi jenis orang tapi bilangan yang kecil.
Secara tak langsung, orang-orang yang sedikit ini yang bukan sahaja memberi sokongan pada TM tanpa diminta, tetapi juga mereka mengikut kata-kata TM, mengubah cara hidup memajukan diri dan macam-macam lagi. Selepas itu, mereka ini mempengaruhi atau secara tak langsung mempengaruhi orang lain juga.
Tak perlu nak ampu orang untuk dapat pengaruhi tapi hanya kritik (pedas lak tu), boleh menaikkan diri. Yang penting berani.
Aku tulis ni bukan sebab backing TM. Aku tulis sebab nak bagi tau, cara hipotesis dan analisis rakyat Malaysia terhadap sesuatu isu. Sebabnya,
1. Cepat terpengaruh kata-kata orang.
2. Ambil fakta yang terdekat tanpa ambil fakta apa yang berlaku pada 30-50 tahun dulu.
3. Cepat sangka buruk.
4. Melayu mudah lupa.
5. Melayu kurang membaca apatah lagi sejarah hidup dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment