Friday, December 20, 2013

Alasan kukuh untuk berhenti kerja dan menukar kerjaya.

Sebenarnya, semenjak aku berpindah ke KL yang maha mencabar ni, aku baru sedar yang pekerjaan aku ni, bukanlah satu pekerjaan yang aku 100% puas.

Kalau dulu, aku tak merungut sangat pasal kerja aku sebab aku bekerja di tempat selamat. Takde orang yang kacau. Jauh dari pandangan orang-orang besar.

Sekali aku pindah ke KL, aku mula memikirkan semula, apa yang sebenarnya aku cari dalam hidup ini.

Sekarang dengan aku sudah mempunyai keluarga dan seorang anak, secara semulajadi dan tanpa paksaan, aku meletakkan anak aku no 2. Semestinya, minat aku no 1. Family aku jadi no 3.

Dan karier aku bukan lagi minat aku. Maka, karier aku jadi no 4.

Walaupun begitu, tidak bermakna karier aku akan dipersia-siakan. Aku masih mahu wang untuk hidup. Tetapi dengan hati yang kurang tenang.

Selepas meluahkan perasaan aku pada isteri dan salah seorang life partner aku, mereka berdua secara spontan, mencadangkan aku join business. Business apa? Business yang aku minat dan niche, mereka kata.

Masalahnya, minat dan bidang yang niche bagi aku, belum tentu mendatangkan pendapat setara dengan gaji aku sekarang. Paling kurang, kalau aku tukar kerjaya, aku perlu ambil insurance untuk aku dan menambahkan sedikit insurance keluarga. Dan juga beberapa ribu ringgit lagi untuk simpanan supaya menjadi satu kemudahan untuk meneruskan projek business aku. Kalau kerja sekarang ini, aku lucky sebab aku boleh buat pinjaman peribadi dengan interest yang rendah. Kalau aku berhenti, tak dapat la kemudahan ini.

Bebaru ini, aku terbaca satu buku, "Hate your job? Be an intrepreneur." Apa yang buku ini memberitahu aku, segala tanda-tanda yang betul-betul ada dalam diri aku dan memerlukan aku menukar kerjaya yang paling aku minati. Perniagaan!!!!

Tanda paling jelas, jika company kita mula menentukan hala tuju kita dengan syarikat, brainwash kita dengan kelas-kelas motivasi, kurangnya peranan kita untuk memperbaiki persekitaran pekerjaan dan macam-macam lagi. Bukan kita nak buat hal kita tetapi kalau niat kita baik untuk syarikat tetapi tidak diperlukan, kita pun malas nak kerja.

Perlu diingat, 40% pekerja mahir berhenti kerja untuk mendapat tawaran kerja labih baik atau terus menukar kerjaya mereka. Ini normal.

Itu belum lagi permintaan kerja dari boss yang selalu bertindan dengan permintaan sebelumnya atau KPI yang boss sendiri tetapkan. Sudah tentu memeningkan kepala kan?

Ada sesetengah company yang mula membuat langkah untuk meningkatkan kualiti pekerjanya dengan memperkenalkan grade prestasi dan ada kuota tersembunyi pulak tu. Maksudnya, dalam 8 orang pekerja, manager mesti letakkan 1 orang grade rendah. Maka, walaupun orang tu perform dengan paling baik tetapi dia terendah dalam kumpulan teratas, dia akan digradekan dengan markah terendah.

Senang cerita, kalau ada unsur-unsur, cantas-mencantas, tai chi-mentai chi, mementingkan diri sendiri berbanding kepercayaan antara rakan sekerja, dan tiada atau tidak boleh untuk kita memperbaiki persekitaran pekerjaan, baik kita fikirkan samada kita gembira berada dalam syarikat ini atau tidak.

Cuba kita bukak Education Channel, History Channel, National Geography dan Discovery Channel. Ada beberapa program berkenaan reality show. Cuba kita perhatikan, setiap dari mereka yang membuat kerja yang mereka minati akan berkata, "This is my greatest job in the world." Walaupun sekadar membuat wisel panggil itik.

Saya nak tanya, apakah kerja yang paling kita suka sebenarnya?

No comments:

Post a Comment