Sekarang ini, aku sedang cari mood untuk pergi kerja. Nasib baik, flexble hour. Boleh tangguh-tangguhkan masa masuk office.
Kalau dulu, aku merasa gembira untuk hadir ke pejabat, sekarang tidak lagi.
Aku berasa kurang senang dengan kerenah birokrasi di pejabat, request bertindan dalam satu masa, permintaan yang mengarut dan macam-macam lagi.
Kalau dulu hidup membujang, sudah lama aku ambil keputusan berhenti kerja. Tetapi dulu, selama aku menganggur, aku hilang self confidence. Aku kurang berjumpa orang ramai. Dok melepak dengan orang senasib saja.
Itu sebab aku agak berhati-hati untuk berhenti kerja dan menyertai perniagaan yang belum tentu nasibnya ini.
Tetapi ada satu perkara yang aku discover berkenaan diri aku ini. Jika ada sedikit kegembiraan dalam hidup aku, sudah cukup untuk mengembalikan mood aku. Sekaligus tidak menghiraukan segala tekanan yang akan timbul di pejabat. Dan buat selamba je kalau kena marah.
Contoh kegembiraan yang aku dapat, macam, aku ada buat part-time business, dapat order hampir setiap hari. Aku suka sangat walaupun untung tak banyak. Kalau seminggu takde order, memang hilang mood la.
Atau, otak aku terasa sangat segar sampai aku berupaya fikir idea-idea nak berhenti kerja.
Maka, kalau ada sesiapa yang ada masalah atau takde mood nak pergi kerja, aku cadangkan, cari la sedikit kegembiraan lain supaya dapat mengatasi bad mood anda di pejabat. Sesungguhnya, anda tidak akan berupaya mengubah persekitaran pejabat anda tetapi dapat la sedikit "ecstacy" dari luar untuk menyokong.
Sunday, December 22, 2013
Friday, December 20, 2013
Alasan kukuh untuk berhenti kerja dan menukar kerjaya.
Sebenarnya, semenjak aku berpindah ke KL yang maha mencabar ni, aku baru sedar yang pekerjaan aku ni, bukanlah satu pekerjaan yang aku 100% puas.
Kalau dulu, aku tak merungut sangat pasal kerja aku sebab aku bekerja di tempat selamat. Takde orang yang kacau. Jauh dari pandangan orang-orang besar.
Sekali aku pindah ke KL, aku mula memikirkan semula, apa yang sebenarnya aku cari dalam hidup ini.
Sekarang dengan aku sudah mempunyai keluarga dan seorang anak, secara semulajadi dan tanpa paksaan, aku meletakkan anak aku no 2. Semestinya, minat aku no 1. Family aku jadi no 3.
Dan karier aku bukan lagi minat aku. Maka, karier aku jadi no 4.
Walaupun begitu, tidak bermakna karier aku akan dipersia-siakan. Aku masih mahu wang untuk hidup. Tetapi dengan hati yang kurang tenang.
Selepas meluahkan perasaan aku pada isteri dan salah seorang life partner aku, mereka berdua secara spontan, mencadangkan aku join business. Business apa? Business yang aku minat dan niche, mereka kata.
Masalahnya, minat dan bidang yang niche bagi aku, belum tentu mendatangkan pendapat setara dengan gaji aku sekarang. Paling kurang, kalau aku tukar kerjaya, aku perlu ambil insurance untuk aku dan menambahkan sedikit insurance keluarga. Dan juga beberapa ribu ringgit lagi untuk simpanan supaya menjadi satu kemudahan untuk meneruskan projek business aku. Kalau kerja sekarang ini, aku lucky sebab aku boleh buat pinjaman peribadi dengan interest yang rendah. Kalau aku berhenti, tak dapat la kemudahan ini.
Bebaru ini, aku terbaca satu buku, "Hate your job? Be an intrepreneur." Apa yang buku ini memberitahu aku, segala tanda-tanda yang betul-betul ada dalam diri aku dan memerlukan aku menukar kerjaya yang paling aku minati. Perniagaan!!!!
Tanda paling jelas, jika company kita mula menentukan hala tuju kita dengan syarikat, brainwash kita dengan kelas-kelas motivasi, kurangnya peranan kita untuk memperbaiki persekitaran pekerjaan dan macam-macam lagi. Bukan kita nak buat hal kita tetapi kalau niat kita baik untuk syarikat tetapi tidak diperlukan, kita pun malas nak kerja.
Perlu diingat, 40% pekerja mahir berhenti kerja untuk mendapat tawaran kerja labih baik atau terus menukar kerjaya mereka. Ini normal.
Itu belum lagi permintaan kerja dari boss yang selalu bertindan dengan permintaan sebelumnya atau KPI yang boss sendiri tetapkan. Sudah tentu memeningkan kepala kan?
Ada sesetengah company yang mula membuat langkah untuk meningkatkan kualiti pekerjanya dengan memperkenalkan grade prestasi dan ada kuota tersembunyi pulak tu. Maksudnya, dalam 8 orang pekerja, manager mesti letakkan 1 orang grade rendah. Maka, walaupun orang tu perform dengan paling baik tetapi dia terendah dalam kumpulan teratas, dia akan digradekan dengan markah terendah.
Senang cerita, kalau ada unsur-unsur, cantas-mencantas, tai chi-mentai chi, mementingkan diri sendiri berbanding kepercayaan antara rakan sekerja, dan tiada atau tidak boleh untuk kita memperbaiki persekitaran pekerjaan, baik kita fikirkan samada kita gembira berada dalam syarikat ini atau tidak.
Cuba kita bukak Education Channel, History Channel, National Geography dan Discovery Channel. Ada beberapa program berkenaan reality show. Cuba kita perhatikan, setiap dari mereka yang membuat kerja yang mereka minati akan berkata, "This is my greatest job in the world." Walaupun sekadar membuat wisel panggil itik.
Saya nak tanya, apakah kerja yang paling kita suka sebenarnya?

Auditor yang bangang.
Jika company kita diaudit, tak dapat tidak, kita kena terima. Semua orang tahu, kebanyakkan orang-orang audit ini major in finance. Dari banking, akaun dan sebagainya.
Masalah timbul dan menjadi kegelisahan orang yang kena audit jika auditor ini mengaudit bidang IT, keselamatan tempat dan apa-apa yang bukan finance. Kita yang kena audit ni, bukan gelisah kerana takut tetapi menyusahkan untuk kita jawap samada secara teknikal atau secara analogi sahaja.
Bebaru ini, ada auditor yang tiba-tiba datang tanya aku, kenapa ada signage bilik server? (bilik server perlu dirahsiakan). Kenapa tak buat backup report untuk file server?
Hell??!! Bila masa bilik server ada signage? Bila aku check, rupanya facilites department kat sini menamakan segala atok nenek bilik yang ada IT facilities sebagai bilik server. Bilik ada Distribution Board elektrik pun dia bagi nama server???!!! Yang bangang tu auditor tu pun tak kenal barang.
Bila dia check pasal backup, aku kata some other team buat backup tu dan buat reportnya. Dia marah, apa pasal aku tak buat? Dah tentunya aku disuruh (diulang, disuruh) untuk tidak mengakses langsung backup system untuk file server. Marah orang lain laaa....
Ini yang susahnya kalau deal dengan auditor yang tak kenal barang. Kita bagi PC, dia kata server. Kita bagi switch, pun dia panggil server. Kita bagi files yang simpan dalam shred directory, dia panggil installed application. Kita bagi allen key, dia panggil screwdriver.
Hampeh betul. Dia fikir dia betul. Padahal, dia yang bangang tak kenal barang.

Tuesday, December 17, 2013
Komputer saya bermasalah.
A: Komputer saya bermasalah. Tak boleh dapat sambungan ke internet. Boleh tolong checkkan apa masalahnya?
T: Saya rasa komputer tiada masalah. Tetapi awak yang ada masalah.
A: Kenapa pulak??!!!!!
T: Yela, sebab awak tak tau nak enablekan wifi pada komputer yang dah hampir 2 tahun awak pakai.

Monday, December 16, 2013
Eksploitasi servis internet paling mudah di syarikat besar
Selama aku bekerja di syarikat yang agak besar juga di Malaysia ni, aku sentiasa mencari flaw kemudahan IT di sini.
Kalau nak ikutkan, banyak juga flaw yang aku nampak dan tidak boleh nak dibaiki lagi. Kalau aku nak jadi whistle blower, senang saja aku salin semua share drive dari semua jabatan dan jual maklumat itu semua. Bukan menggunakan akses admin tetapi sebagai pengguna biasa, sudah boleh membuat onar.
Tetapi, semalam aku baru ketahui, ada satu network internet yang digunakan oleh satu jabatan ni. Isolated dari network pejabat. Dan paling teruknya, TM access internet, router dan switch dipasang dalam TCR yang tidak berkunci.
Pada dasarnya, memang TCR tidak berkunci. Kalau setakat switch yang tiada servis internet atau orang nak cucuk cable kat situ, sama je seperti dia cucuk kat meja diorang.
Tapi, kalau sudah ada sambungan internet terus tanpa apa-apa tahap keselamatan, ini sudah teruk.
Senang-senang orang cucuk cable pada PC, dah dapat internet.
Mungkin orang kata, takde orang sanggup duduk depan TCR nak internet connection. Tapi kalau dia cucuk AP di switch, kan senang dapat internet free?
Atau, aku pasang Raspberry Pi, install elok-elok nampak macam official equipment. Akses secara remote, dah boleh download torrent.
Beb, internet upload/download 1Mbps, lebih hebat dari Streamyx 1Mbps.

Saturday, December 14, 2013
Kerja duduk di kubikal atau kerja di luar kubikal
Di negara luar, cara untuk menipu untuk menampakkan seorang pekerja itu sedang bekerja, adalah mengadap komputer. Selama mana dia mengadap komputer, orang lain nampak dia rajin bekerja. Walaupun sebenarnya, dia membuang masa dengan melayari internet dan main game.
Lain jadinya di Malaysia, banyak dari kita yang tahu, cara di atas, adalah salah satu cara escapism untuk menunjukkan kita sibuk bekerja, sebenarnya menipu. Maka, setiap kali orang lalu lalang nampak kawannya mengadap komputer, mesti cakap,
"Mengadap komputer konon. Macam la buat kerja."
Maka, mengadap komputer menampakkan kita tiada kerja.
Disebabkan situasi menipu dalam kerja sudah terbalik, maka, ada orang cuba menipu dengan cara lain. Mereka cuba nampak sibuk tanpa mengadap komputer dengan berjalan keliling pejabat dengan memegang notebook atau sekeping kertas yang baru dicetak.
Padahal, takde apa-apa pun. Tapi nampak sibuk, kalau orang tu bawa kertas dan nampak tergegas-gegas.
Selepas itu, orang lain tahu juga trick ni. Maka, keluar satu signage seperti di bawah.

(terima kasih ohtidak)
Selama aku berada dalam dunia pekerjaan, aku pernah nampak signage ini di 3 lokasi di pejabat cawangan dan sekali di jabatan kerajaan.
Seriously, logo yang sama, bentuk tulisan yang sama dan typo yang sama. Aku rasa, ramai pekerja di Malaysia cuba copy-paste signage ni untuk ditampal di pejabat mereka.
Disebabkan mengadap komputer ini nampak tiada kerja, maka, ini menjadi masalah kepada aku.
Kerja aku bukan sahaja di luar kubikal tetapi di kubikal dalam menyediakan laporan, mengurus, menjawap email yang mengambil masa berjumlah 1 sehingga 2 jam dalam satu hari. Itu sebahagian dari 8 jam masa bekerja.
Orang yang ada masalah IT, bila nampak aku di kubikal, termintak apa sahaja pertolongan tanpa peduli apa yang aku sedang buat. Apa yang sedang aku buat bukan tidak penting. Ada yang perlu mendapatkan tindakan segara dari user 1. Tetapi user 2 dah kacau dan meminta pertolongan dengan segera.
Apa akan jadi kalau aku attend kes user 2 dengan melengahkan user 1? Kalau aku kena marah dengan user 1, user 2 nak backing aku? Mana mahu kan?
Seriously, kes macam ni, kalau ianya mendapat perhatian pihak atasan pun, apa yang kita sebagai pekerja bawahan hanyalah nasihat untuk bersabar dan cuba belajar teknik mengelak atau pun taichi bagi mengurangkan complaint dari user.
Di sini, apakah mutu kerja syarikat dan pekerja itu boleh dibaiki dari masa ke semasa?
Wednesday, December 11, 2013
Tanpa daun pisang, apa sangat la nasi lemak.
Malam ni makan nasi lemak. Dibungkus dengan cara paling baik aku pernah tengok. Sedap la juga nasi lemaknya. Makan pulak dengan ayam berempah. Malam ni memang takde selera nak makan. Bukan malam ni sahaja. Dah banyak malam takde selera nak makan.
Bila makan nasi lemak berbungkuskan daun pisang ni, teringat juga beberapa memori pasal aku makan nasi lemak. Ada orang kata, kalau nasi lemak tak dibungkus dengan daun pisang, takde bau aromanya.
Aku tak tau la betul atau tidak. Mak aku berniaga nasi lemak memang tak dibungkus dengan daun pisang. Hidang dalam pinggan je. Memang ada beza aromanya.
Mungkin juga disebabkan hanya placebo effect je. Tapi nasi lemak bungkus daun pisang memang lebih sedap.
Disebabkan daun pisang adalah ramuan penaik aroma dan mungkin disebabkan kepayahan mencari daun pisang di kawasan bandar, daun pisang hanya menjadi tempelan bagi nasi lemak. Tidak lagi menjadi bahan pembungkus tetapi lebih kepada hiasan? Penaik aroma? Itu yang nasi lemaknya dihidang dalam pinggan, masih lagi beralas daun pisang.
Nak kata, tak mahu pinggan tu kotor, tak juga. Sebab, kita makan dalam pinggan tu pun dah cukup mengotorkan pinggan. Memang pinggan tu kena cuci balik.
Kalau di kedai mamak, daun pisang tu dah mula jadi kecik di dalam pinggan.
Kalau sesiapa ada tempah nasi lemak Pak Nasser dalam penerbangan Air Asia, lagi teruk. Daun pisang dia hanya 1X1 inchi je. Saja buat syarat?
Memang betul la daun pisang ni penaik aroma tetapi takde pulak orang guna daun pisang untuk penaik aroma untuk makanan lain seperti daun pandan yang banyak digunakan dalam masakan. Daun pandan pun ada gak orang buat bekas kuih pelita.
Takde pulak kerja saintifik untuk mengkaji bahan aroma dalam daun pisang ni. Kalau dapat, boleh engineered bahan kimia dia. Buat aroma daun pisang jenis semburan. Lepas ni, pengusaha nasi lemak tak perlu nak susah payah cari daun pisang. Sembur je kat nasi lemak tu. Naik la aromanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)