Thursday, May 19, 2011

Prihatinnya!

Hari ni, aku rasa paling teruk aku mengalami masalah duit. Biasa la, hujung bulan. Segala duit kecik aku korek dalam rumah, hampir tiada lagi. Aku ada a few hundreds duit bisnes kecik-kecik, tapi sebelum ni aku dah ambil RM200 buat repair kereta. Kalau boleh aku nak stop ambil duit tu dan tunggu sampai dapat gaji minggu depan. Duit minyak, terpaksa la cucuk kad.

Isnin lepas, kawan aku dari jabatan yang sedang "dilupuskan" dapat kerja di Exxon. Dari cerita yang aku dengar, semasa temuduga sebelumnya, dia minta gaji sebanyak RM1700. Terperanjat lah HR diorang kerana tidak pernah ada orang minta serendah itu. Tu dah kira takat di bawah paras kemiskinan kat KL.

Di pendekkan cerita maka, diorang offer RM2000 tidak termasuk elaun perjalan ke tempat kerja.

Amatlah pelik, sebab bini aku pun pernah mengatakan, company ini amatlah kedekut.

Semasa aku mula bekerja dalam ini company beberapa tahun dahulu, aku baru mendapat tahu gaji aku di bawah paras sepatutnya tapi bukan miskin ye. Disebabkan banyak itu yang aku minta, maka banyak itu juga lah dia beri.

Aku tak komplen. Lagi pun, aku masih buat extra money di sini. Maka, mungkin dengan cara ini, mereka tidak meminta aku untuk bertukar di KL. Kalau aku pindah pun, taraf aku akan jadi di bawah paras kemiskinan.

Aku ada kawan yang pindah ke KL yang mana beberapa bulan selepas itu, mendapat kenaikan sebanyak 15%. Secara kiraannya, dengan gaji aku sekarang dan kenaikan gaji dengan berpindah ke KL, jika bernasib baik dapat 15%, gaji terkumpul aku masih tidak boleh menanggung kehidupan aku di KL.

Sebelum ini, HR ada memberitahu, tiada diskriminasi terhadap mereka yang bekerja di luar KL, barat atau timur. Tetapi baru-baru ini, selepas beberapa tahun, mereka menyatakan sebaliknya. Tidak dinyatakan dengan jelas tetapi sekadar mengatakan, "datanglah ke KL untuk mendapatkan gaji yang lebih." Maka, sesungguhnya, pelarasan tangga gaji juga menjadi satu bahan tersembunyi dalam HR.

Ingat. Apa guna kenaikan gaji jika ke KL kalau keputusannya sama atau lebih teruk pada segi kelangsungan hidup?

p/s: Kawan aku yang dapat kenaikan 15% tu, hanya kerja di HQ, tidak support client dan hanya pasang projector je. Berbanding aku yang sama level, kerja sebagai desktop support & client service, merangkap support server, support network, support client, buat best effort yang tidak mendatangkan hasil tetapi kemarahan, audit, project yang tak kena mengena, 2nd & 3rd level support..........................................

No comments:

Post a Comment