Wednesday, March 6, 2024

Melawan tindak balas dalam kerja.

 Boss aku dan boss support telah mengarahkan aku merancang satu projek untuk memindahkan beberapa kerja-kerja support dari jabatan aku ke jabatan support. Ada dua sebab pemindahan ini perlu dilakukan iaitu untuk melancarkan lagi kerja-kerja support dan juga upskill staff support. Sebenarnya, projek ini perlu dilakukan pada tahun lepas. Walaupun nampak mudah, aku tangguhkan projek ini tahun ini kerana ada projek aku yang perlu pemerhatian lebih dan berat.

Sebelum aku merancang, aku kena fikirkan bagaimana untuk menghadapi staff-staff jabatan support ni. Sebenarnya, sebelum aku berada dalam jabatan sekarang, aku berasa di jabatan support lebih 10 tahun. Maka, aku tahu perangai masing-masing. Mereka ni semua suka taichi kerja atau suka humban kerja kepada orang lain. Hanya ambil kerja mudah. Jika diberi kerja yang agak lain dari biasa, mereka bukan bertanya apa perlu buat, tapi mengajukan soalan-soalan untuk mereka tak perlu buat kerja tersebut.

Pendek kata, walaupun label diorang ni engineer, tapi cara kerja mereka jangan kata bukan macam engineer, macam technician pun tak. Aku nampak macam operator pengeluaran kat kilang. Buat macam mana orang ajar. Tak faham apa dibuat. Lain sikit je, dah menggelabah tak tau nak buat apa.

Mereka pulak disokong dengan ketua-ketua yang keras dan selagi boleh tak nak anak buah dia buat kerja lain dari routine. Mereka ni sanggup berbalah dengan manager dan head of department diorang.

Boleh dikatakan, semuanya pengecut la. Kalau dilihat dari segi kelulusan, yang tak ada sijil pun ada kerja dalam jabatan tu. Diambil bekerja sebab keperluan mendesak pada masa dulu. Tapi aku tak salahkan sebab tu kerana aku sendiri, bukan major aku dalam industri ni. Aku belajar sendiri untuk masuk.

Lagi satu, aku pernah lepak dengan 1 staff dari jabatan lain yang ada pengalaman dengan jabatan support ni. Pernah satu insiden, di mana staff support tak nak check sistem audio visual langsung dan mengharapkan jabatan sebenar yang check. Walhal, telah termaktub dan didokumentasi bahawa mereka kena check dulu sebelum staff jabatan sebenar ambilalih.

Dekat sini, staff support sengaja buat bodoh dalam memaksa orang lain ambilalih. Kawan aku tu pun mengeluh juga.

Jadi, untuk mengurangkan tindak balas dari jabatan support ni, aku buat beberapa langkah.

  1. Projek ini mendapat sponsor dari boss aku dan ketua jabatan support. Ketua jabatan ini juga ada menyatakan sebab kenapa pemindahan ini perlu dibuat tapi agak samar-samar asalnya. Maka, di sini aku dapatkan sokongan penuh dari mereka berdua.
  2. Aku persembahkan draf cadangan carta alir support selepas pemindahan berlaku kepada mereka berdua. Kalau ada perubahan, aku draf balik ikut sebiji apa yang mereka nak dan bukan cadangan aku. Maka, jika ada pertikaian dari staff support, aku boleh cakap, ini kau punya ketua jabatan nak. Hehehehe.
  3. Selepas draf dipersetujui, aku buat satu lagi persembahan draf kepada mereka berdua termasuk manager-manager support untuk persetujuan kedua. Maka, sama juga sebabnya. Jika ada pertikaian masa proses pemindahan, aku cakap, manager korang tak ada bantahan apa-apa pun. Pada dasarnya, mereka semua setuju tapi ada beberapa isu timbul. Tapi isu ini amat menarik dan mereka semua terus membuat ketetapan untuk isu-isu tersebut. Aku lega.
  4. Aku menyediakan surat persetujuan process flow baru yang perlu ditandatangani oleh boss aku dan ketua jabatan support. Mereka setuju sign dengan senang hati. Sebenarnya, surat setuju ini tak perlu pun tak apa kerana aku tak simpan repository pun nanti. Tapi aku buat juga untuk mengelak pertikaian lebih tinggi dari staff-staff support. Jangan nak marah sangat dengan apa aku nak buat. Boss kau dah setuju hehehe. Nak bagi jelas, selepas persembahan projek ini kepada semua staff support, aku email surat ini. Biar mereka tengok sign setuju tu hehehe.
  5. Menubuhkan grup khas di kalangan beberapa staff support. Ini bukan cadangan aku tapi cadangan boss-boss atas. Benda ni agak menarik sebab aku ada grup yang akan membantu jabatan aku. Tapi sebab sebenar boss-boss nak, aku masih blur masa tu.
  6. Buat presentation untuk staff-staff support pada waktu boss-boss dan manager-manager ada meeting lain yang mana, aku ajak mereka meeting sebagai optional je. Maka, boss-boss tak masuk presentation aku dengan staff-staff suppot. Kat sini, aku tak nak nampak aku cuba berselindung di sebalik boss-boss. Aku nak elak soalan-soalan nanti banyak dijawab boss-boss berbanding aku. Aku nak mereka tengok aku take the lead. I will enforce it. And you can not break me. Maka, aku kena la bersedia dengan beberapa info dan buat homework. Yang kelakar, 2 jam sebelum presentation, ada seorang team lead bertanya pasal objektif presentation aku. Aku terangkan dan dia balas "good luck". Aku pelik. Perli ka? Hahahaha.
Semasa aku present projek ini kepada semua staff support, memang ada soalan-soalan pertikai dan kebimbangan yang dibuat-dibuat. Benda kecik pun nak dirisaukan. Seperti yang aku cakap tadi, yang bertanya adalah di kalangan team lead.

Soalan pertama, mereka tanya kenapa grup khas yang ditubuhkan tidak didaftarkan dalam sistem support. Aku jawab, telah dipersetujui buat masa ini, kita tak daftarkan kerana nampak tiada keperluan, kerja-kerja support yang sampai ke grup khas ini tak banyak dan buat masa sekarang lebih mudah sign terus kerja pada orang dalam grup khas. Tapi team lead ni bimbang kalau mereka sendiri perlu jawab kerja-kerja support yang tak selesai. Aku balas, tak apa-apa. Buat macam biasa sahaja. Kalau ada isu berbangkit, maklum pada aku dan aku akan ubah kemudian ikut beban tugas. Kenapa nak kalut hehehe. Lagi pun boss-boss pun dah setuju cara aku.

Soalan kedua, kenapa kerja support yang tiada kaitan dengan jabatan lain tak termasuk. Aku jawab, aku sedar isu ini dan ada dibincangkan masa meeting dengan boss-boss dan manager-manager. Aku jawab, isu ini masih status quo.

Selepas presentation, aku rasa lega sebab aku sudah lepas 70% beban kerja projek ni. Tapi aku rasa tak sedap hati dengan 2 soalan tadi. Maka, aku terus jumpa face to face dengan boss support. Dia terus tanya, ada apa-apa soalan tak diorang tanya? Aku pun beritahu 2 soalan tu dan setuju dengan satu ketetapan. Tengah bincang-bincang, team lead yang tanya soalan tadi pun datang jumpa boss. Kan senang bincang.

Soalan pertama, boss cakap pada team lead tu, bagi peluang aku jalankan dulu pemindahan ini. Kalau nak semua siap dulu, memang tak jalan projek ni. Kalau ada problem, baru bincang balik. Aku balas, aku open for any concern. Tapi boss dia yang lemah lembut terus menyatakan sebab sebenar. Dia nak jabatan aku tak buat kerja-kerja support dan hendak jabatan support ambil semua. Dia juga sedar yang jabatan support tak pernah meningkatkan skill untuk beberapa tahun dan tak berubah langsung. Dia nampak kedegilan tu hehehe. Maka, dia sendiri nak aku tubuhkan grup khas tersebut. Aku senyum je la :D

Soalan kedua, dia kata sebenarnya dia telah lantik seorang team lead untuk merancang dan menyelesaikan masalah support dari jabatan-jabatan lain. Dan dia juga nyatakan sekarang ni, kerja-kerja support perlu diuruskan oleh jabatan support tanpa kira kerja tu datang dari jabatan mana sekali pun. Aku senyum lagi, sebab ini bukan skop kerja aku.

Maka, sekarang ni, aku perlu selesaikan lagi 10% di mana aku perlu upskill staff support yang ada dalam grup khas. Aku tak berapa risau kena sabotaj pun, sebab akan merugikan mereka yang melawan.

Sunday, February 13, 2022

Anger management

 Dalam pemerhatian seumur hidup ini, rakyat kita ini mempunyai masalah mengawal marah. Lebih-lebih lagi membangkitkan kemarahan kalau melibatkan maruah, agama, bangsa, keturunan dan macam-macam lagi yang melibatkan harga diri. Semuanya atas dasar semua benda ini tidak boleh disentuh, dipermainkan dan terlalu sensitif. Semua perlu dibalas. Semua perlu diperjuangkan tanpa fikir panjang dan waras.

Tanpa mereka sedar, apa yang diperjuangkan merugikan diri sendiri dan pihak yang mereka pertahankan.

Bagi aku, kalau ada isu yang sensitif dibangkitkan, perlulah bersabar, berfikiran terbuka, fahami isu dan fakta, tolak fakta andaian dan tanpa bukti dan rancangkan penyelesaian yang komprehensif. Tak perlu nak bergaduh dan mengamuk sepanjang masa. Tidak memberi apa-apa faedah langsung.

Disebabkan aku berfikiran begitu, dalam beberapa situasi, aku agak jarang nak mengamuk macam dulu-dulu. Pendek kata, telinga dah tebal. Otak dah sebal.

Beberapa tahun lepas, aku ada memberi satu komen di Facebook Group pada pos orang kampung aku, aku bagi nama Rizal, bukan nama sebenar. Aku sudah lupa topik asal post tersebut tapi komen aku menyebabkan si Rizal agak marah. Aku pun dah lupa apa aku komen dan aku pun ada niat nak buat dia marah. hehehehe.

Apa Rizal balas lebih kurang begini. "Dulu bapak kau urus kedai makan, maju. Bila bapak meninggal, anak-anak tak reti urus. bisnes lingkup." Betul. Bisnes makan keluarga aku agak kurang memberangsangkan sehingga hari ini. Tapi bukan sebab arwah bapak aku meninggal.

Bila aku baca komen balas si Rizal ini, aku ketawa sendiri. Serius. Aku memang ketawa. Sebab pertama, aku memang tahu dia marah. Walaupun komen bertulis dalam dalam Facebook, aku tahu dia marah, walaupun kalau kita tanya, dia tak akan mengaku. Dari komen guna fakta arwah bapak aku, itu marah la kan. Keduanya, maju atau jatuh pun bisnes keluarga aku, tidak ada orang luar tahu. Hanya kami dalam keluarga sahaja yang tahu. Bukan kami tak maklum kat orang luar tapi tak penting pun.

Maka, aku pun balas. "Engkau, nak buat aku marah, buat cara lain la. Aku tak marah kau komen macam ni. Kelakar ada la. Maka, sekarang aku bagi kau satu peluang, buat aku marah. Hehehehehe."

Apa yang terjadi selepas aku balas komen Rizal, dia memadam semua komen balas kepada aku. Masa itu aku rasa aku menang tanpa mengamuk. Aku tahu kelebihan aku selepas dia menggunakan nama arwah bapak aku untuk buat aku marah.

Ya. Siapa tak marah kalau nama bapak mereka dipermainkan apatah lagi kalau dah meninggal dunia. Di kampung aku ni, orang-orangnya akan mengamuk hanya kalau nama bapaknya dipermainkan atau dikaitkan. Aku pernah ada kawan, sanggup pergi rumah orang mengamuk sebab orang tu mengumpat emak dia.

Aku pula mengepos komen balas yang bersahaja bukan saja sebab hendak beritahu dia yang aku tak kisah apa dia cakap berkenaan keluarga dan arwah bapak aku, disebabkan posting itu public, semua komen boleh dibaca oleh orang lain juga. Maka, komen aku tidak menunjukkan aku merendahkan dia atau diri aku, tapi komen dia sendiri merendahkan maruahnya. Sebab itu dia padam komen dia selepas itu.

Tidak lama selepas itu, aku baru sedar Rizal memadamkan komennya mungkin dia malu dengan kenyataan balas aku tetapi juga kerana dia mempunyai kaitan dengan parti politik di kampung aku. Malu la kan orang politik direndahkan maruahnya. Masa itu, parti dia baru nak naik. Kena jaga beb.

Aku cerita rahsia aku tak marah. Ianya berlaku 22 tahun dahulu sebelum kejadian si Rizal ni. Arwah bapak aku membina kedai makan selepas bersara kerajaan dengan pencen yang amat rendah pada tahun 1990. Kami adik beradik 3 orang masih bersekolah. Pada tahun itu, aku berada di sekolah asrama. Perniagaan pada waktu itu amat kurang berjaya. Kita pun bukan pandai nak iklan macam zaman sekarang.

Dipendekkan cerita, kedai makan terpaksa ditutup pada pertengahan 1991 kerana menanggung hutang dari pembekal dalam RM4 ribu. Kalau zaman sekarang, RM4 ribu senang je nak bayar. Tapi arwah bapak aku memang tiada duit nak bayar dan pembekal tak mahu membekal barang untuk berjual. Aku mengetahui selepas aku balik dari asrama. Emak aku cakap, aku dan adik beradik akan diberhentikan sekolah selepas bapak tak mampu bayar yuran asrama dan sekolah. Aku sangat sedih sebab tahun itu aku akan ambil SRP. Tapi mak aku pesan, "Kau dan adik-adik semua sekolah. Biar mak cari duit. Tak kisah kerja apa, mak buat." Sambil teresak-esak mak aku menangis. Arwah bapak aku hilang dari rumah kerana depresi dengan masalah yang menimpa. Petang itu, aku balik semula ke asrama.

Aku tak pasti tapi beberapa minggu selepas itu, emak aku didatangi oleh guru besar bekas sekolah rendah aku belajar. Asalnya dia datang hendak makan di kedai tapi tutup. Dia datang ke rumah dan emak aku menceritakan segala masalah yang kami hadapi. Walaupun guru besar ini tiada pengalaman perniagaan tetapi dia telah memberi nasihat yang amat berguna kepada emak aku.

Pertama, dia paksa emak aku buka semula kedai tersebut kerana makanan mak aku sedap. Tinggal lagi pelanggan tidak ramai. Kena bersabar. Keduanya, mulai hari itu, segala urusan kewangan emak aku uruskan dan perlu dibahagi 3. Ini aku perlu rahsiakan sebab bahagi 3. Tak penting orang lain tahu pun. Selepas arwah bapak aku kembali, kedai makan kami dibuka semula. Adik aku pun lebih banyak membantu dan diberi kepercayaan dalam mengurus kedai. Bayangkan, umur 12 tahun dah pegang duit ratus-ratus. Makan di kantin sekolah pun beli makanan cikgu hehehehehe. Kesimpulannya, yang banyak menguruskan kedai itu adalah emak dan adik aku. Arwah bapak aku pun kesihatannya makin merosot dan tidak boleh berada lama di kedai.

Lama-kelamaan, dalam masa 3 tahun, kedai mula menunjukkan tanda-tanda perubahan. Orang kampung kata maju, tapi kami tak pernah claim kedai kami maju. Sebab segala duit untung cukup kami nak pergi sekolah, makan tanpa fikir esok tak makan dan boleh bergerak ke mana-mana tanpa risau. Sampai sekarang aku rasa faktor kedai itu mampu menanggung kami satu keluarga sebab Tuhan yang jaga kami. Ada beberapa perkara berlaku yang kalau orang lain yang berniaga akan lingkup tapi kami tidak. Kami amat bersyukur dilindungi dan dapat bertahan sehingga hari ini.

Kedai kami agak kurang maju sekarang ini bukanlah kerana arwah bapak aku meninggal. Keadaan ini berlaku pun selepas 4 tahun dia pergi meninggalkan kami. Adalah faktor-faktor yang kami tahu, tapi aku tak nak la cerita kat sini. Tak penting pun.

Berbalik pada cerita si Rizal ini, aku telah mengambil masa setahun untuk mengadu pada emak aku pasal komen si Rizal. Selepas aku cerita, emak aku ketawa terbahak-bahak sambil berkata, "Dia tengok kedai kita ni, macam dia tahu semua hal dalam keluarga kita ke? Aduhai. Pelik sungguh manusia ni Hehehehehe." Kecuali adik aku. Dia sedikit marah tapi lepas tu dia cool je. Rupanya adik aku dah baca dulu pasal pos Facebook tu dan dia ajak si Rizal ni minum, tapi dia lari hehehehe.

Aku memang dah ajar diri aku supaya tidak marah. Tetapi aku perlu satu kelebihan lain untuk mengatasi masalah marah ini. Dan aku perlu sabar dan selalu ingat, kalau kita mengamuk, kita akan memburukan lagi keadaan. Kalau kejadian akan menjadi buruk, kita jangan jadi puncanya.

Maka, aku sudah beritahu rahsia aku. Aku tak rasa vulnerable memberitahu rahsia ini sebab aku masih ada rahsia lain yang majoriti orang lain tak mampu buat untuk jadi advantage.

p/s: Jangan buang masa kau untuk buat aku marah.

Friday, October 13, 2017

Iktibar dari projek F1

Kenapa aku namakan projek ini F1? Acara perlumbaan F1 di Malaysia (tidak aku ketahui macam mana pula di negara luar)memerlukan modal yang amat tinggi bagi diadakan. Aku dapat tahu, setiap tahun, pihak penganjur mengalami kerugian. Tetapi disebabkan dengan cara ini sahaja dapat mempromosikan Malaysia, mereka masih lagi menganjurkan sehinggalah ditamatkan selepas acara ini menyebabkan kerugian yang tidak boleh diterima lagi.

Sebenarnya projek F1 aku ni berkenaan rumah sewa aku yang perlu diperbaiki selepas ditinggalkan oleh penyewa lama. Asalnya rumah ini dipunyai oleh isteri aku dan dijual kepada aku bersama penyewa. Hal ehwal penyewaan dibuat oleh mentua aku. Sebulan, aku kena bayar pinjaman rumah RM1080 kepada bank.

Selepas penyewa keluar, banyak peralatan di bilik air, dapur dan bilik yang rosak. Dinding juga teruk diconteng. Ini sebab penyewa mempunyai 5 orang anak kecik.

Maka, cerita bermula selepas dipaksa oleh mentua aku untuk memperbaiki rumah tersebut dengan kos RM6 ribu. Aku takde duit sebanyak itu. Kalau ada simpanan, kenapa aku kena fork out sebanyak itu?

Mereka mencadangkan mereka akan mengeluar RM6 ribu (RM4 ribu cat dan RM2 ribu baiki bahagian rumah yang rosak) untuk kos tersebut. Maka, selepas itu mereka akan menyewa rumah itu kepada penyewa dengan sewaan RM600. Mereka akan ambil RM100 untuk membayar hutang aku kepada mereka dan aku hanya akan dapat RM500 setiap bulan.

Mereka juga terlalu optimis untuk menyewakannya kepada pelajar kolej dengan menyediakan beberapa perabot. Dengan harapan mereka, akan mendapat pertambahan RM700 sehingga RM800. Berapa banyak lagi kos yang ditambah?!!!

Persoalan aku senang. Pertama, kalau sewaannya RM600 dengan hutang aku sebanyak RM6 ribu dibayar RM100 setiap bulan. Hutang aku mengambil masa 5 tahun untuk langsai. Dalam tempoh 5 tahun, kebarangkalian penyewa akan bertukar sekali atau 2 kali. Setiap kali penyewa baru masuk, aku perlu membaikinya walaupun sikit. Maka hutang aku bertambah di waktu lama tidak langsai.

Kedua, kalau sewa kepada pelajar paling banyak RM800. Aku kena fork out sebanyak RM1000 untuk perabut. Aku masih perlu bayar RM100 kepada mentua aku. Setiap kali pelajar bertukar atau mereka mengadu perabot rosak, aku kena membayar kos membaiki. Sudahlah aku tidak untung dari penyewaan ini. Aku kena fork out untuk baiki fasiliti dan perabot rosak. Kalau pekajar cabut pun, aku tetap kena bayar walaupun deposit ada. Mentua aku, cuba meyakinkan aku, cara ini lebih baik. Tapi aku tak nampak rationalnya. Aku nampak banyak risiko yang aku tidak boleh kawal.

Lebih teruk kerja pembaikian akan dimulakan tanpa pengetahuan aku. Aku terpaksa bertegang urat dengan mentua aku untuk menghentikan kerja-kerja sampai aku terpaksa cakap, "Ini rumah aku, aku punya pasal nak buat apa-apa!".

Bapak mentua aku kecik hati. Mak mentua aku masih keras hati.

Dengan kepala angin aku, balik Melaka dan tengok rumah. Memang teruk rumah tu. Dinding kena conteng. Pintu semua pecah-pecah. Macam mana la ustaz ni jaga anak. Paling tua pun 9 tahun. Kuat betul anak dia pecahkan pintu.

Aku termenung sekejap. Aku cuba lupakan gangguan luaran yang dok pressure aku. Lepas tu aku keluarkan buku dan pen. Aku senaraikan item-item yang rosak di setiap bahagian. 3 bilik. 2 bilik air. 1 dapur. Ruang tamu. Depan rumah. Belakang rumah.

Aku rasa ada dalam dekat 40 item perlu diberi perhatian. Contohnya, dinding ruang tamu kena conteng. Pam tandas hilang. Grease trap sinki hilang. Plag elektrik rosak atau pecah. Kipas rosak.Dan paling teruk jenang tingkap dapur reput dan pintu setiap bilik pecah. Dalam tangan ada RM900 deposit yang penyewa tinggalkan.

Aku tidak boleh nak bincang sangat dengan isteri sebab aku dah marah mak bapak dia atas kedegilan diorang sini. Tapi aku cakap, hendak tak hendak, aku tidak boleh membayar sebanyak RM6 ribu untuk repair. Kalau perlu, aku buat sendiri. Masa? Aku anggarkan berapa lama aku sanggup.

Maka, aku guna kemahiran aku menjalankan projek kat office. Aku tengok dalam senarai, aku tulis apa yang perlu dibuat atas setiap kerosakan itu. Seboleh-bolehnya, yang boleh aku buat sendiri.

Akhirnya, aku dapati 60% dari senarai tersebut, aku boleh buat sendiri. Tapi kerosakan jenang tingkap dapur reput tu aku tak boleh buat sendiri. Mengecat dinding aku boleh buat tetapi ambil masa 2-4 hari.

Terpaksa juga aku mintak tolong mentua aku repair jenang tu. Aku nak dinding sinki dinaikkan tinggi sedikit supaya jenang baru nanti tidak kena air basuhan. Kos kontraktor bagi RM800. Bila aku setuju, kontraktor kata macam tak cukup pulak sebab sikit sangat. Bab ni, aku memang pelik. Kalau tak cukup, tinggikan je quotation ko. Maka kontraktor kata, dia nak pasang pintu bilik semua. Total cost, RM1200. Ok, aku setuju. Tapi no more hunky panky. Aku bayar RM900 tambah balance dari simpanan. Lupa, tambah RM200 untuk repair electric DB switch.

Untuk cat, aku ingat nak guna cat kelabu je sebab kalau kena conteng lagi, tak berapa nampak. Rupanya, makin gelap cat, makin mahal. Kawan aku cadang guna under coat putih sahaja sebab setiap kali penyewa keluar, dinding memang tetap kena cat semula. Lagi pun under coat tak mahal. Aku dapat RM68 satu bucket. Aku memerlukan 4 bucket. Total RM272.

Dipendekkan cerita, aku pergi kedai hardware yang termurah di Melaka. Apa yang perlu dibaiki/diganti aku beli di sini.Dari paip air, pam jamban, soket elektrik dan suis aku beli. Total cost around RM200.

Aku ambil masa 8 hari di mana aku kena buat setiap hujung minggu. Aku dan isteri je yang buat. Mengecat ambil masa lama.

Dipendekan cerita lagi. Maka total cost aku belanja repair rumah ini adalah RM1872.

Sebenarnya, boleh je aku terima kos mengecat tu dalam RM2 ribu. Tapi kenapa perlu tetapkan RM4 ribu? Kena pandai bargain la. Dan bargain tu perlu guna otak, bukan guna rayuan mintak kurang.Semua pembayaran, aku guna cash dan credit card. Takde guna duit simpanan.

Saturday, November 26, 2016

Salesperson yang menjengkelkan. Cara korang nak jadi salesperson yang baik.

Aku ni tulis kali ni sebab menyampah cara salesperson melayan bakal pelanggan. Samada terus tanya nak beli apa atau tak nak tanya terus. Kedua-duanya aku menyampah. Memang aku tinggalkan je kedai tu.

Ini tips mengikut aturan yang boleh korang ikut. Dengan syarat utama, jangan tanya pelanggan atau jangan buat pelanggan berfikir untuk menjawab soalan anda.

1. Jika pelanggan masuk ke kedai, ucapan salam atau selamat pagi atau selamat sejahtera dengan satu senyuman.

2. Dalam 7 saat seterusnya, pergi kepada pelanggan dan beritahu apa anda dalam kedai anda. Kalau ada ruang dalam atau barang promosi, bagi tahu maklumat itu sekadar segera. Ingat! 7 saat! Tak lebih. Tak kurang. Ini masa yang amat berharga untuk mengekalkan bakal pelanggan dalam kedai. Akhiri dengan "terima kasih".

3. Jangan perhatikan pelanggan. Pelanggan tak suka.

4. 5 saat seterusnya, pergi hampir kepada pelanggan sambil buat-buat menyusun barang yang hampir kepada pelanggan. Jangan buat-buat lap habuk. Nampak sangat ko ada niat lain. Buat-buat susun barang, letak barang baru. Atau kalau nak mengalihkan barang pun, lalu dekat dia. Ini untuk memudahkan dia bertanya dan mengelakkan kecurian secara tidak langsung.

5. Dalam situasi ini, jika pelanggan ingin bertanya, anda sudah hampir padanya. Buat pelanggan bertanya dan bukan salesperson yang bertanya.

Dengan cara ini, memberi keselesaan pelanggan di dalam kedai kita, boleh la pelanggan kekal di dalam kedai supaya mereka dapat melihat segala maklumat produk jualan tanpa kita menawarkan kepada mereka secara direct dan kurang selesa.

Saturday, November 5, 2016

Analogi penyelesaian pembekalan air mengikut fahaman.

Al kisah di zaman Nabi, berlaku satu kisah di mana penduduk Islam Madinah membeli air dari perigi Rom yang dipunyai oleh seorang Yahudi. Kasihan dengan penduduk Madinah yang miskin, Saidina Abu Bakar meminta Saidina Uthman menyelesaikan masalah ini. Apakah seorang itu akan lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

1. Komunis: Rampas pergi dari Yahudi dan buka perigi tersebut untuk semua orang.

2. Demokrasi: Beli perigi dari Yahudi dan jual air pada penduduk.

3. Kapitalis: Beli air dari Yahudi dan jual semula pada penduduk.

4. Islam: Beli perigi dari Yahudi dan beri air percuma pada penduduk.

5. Demokrasi Malaysia: Beli perigi dari Yahudi. Bagi air percuma selama sebulan dan jual air selepas sebulan. Cukup tahun naikkan harga air. Potongan harga time raya. Kalau penduduk tak suka, minta penduduk gali perigi sendiri. Hehehehehehe.

Wednesday, August 10, 2016

Jangan salahkan di atas, kalau di bawah pun tak betul.

Cerita ni terlalu panjang nak dicerita. Tapi aku bagi cerita pendek dan bagi pencerahan apa yang kelakar.

Selepas berdekad-dekad, tanah pusaka atok aku hendak diselesaikan. Bila nak diselesaikan secara faraid, ada yang cadang pada hakim, 210 nama diletakkan dalam semua geran tanah yang ada. Hakim tolak sebab sukar dibuat.

Maka, mereka cadangkan untuk tubuhkan koperasi dan meletakkan nama koperasi di atas semua geran. Keuntungan koperasi ini akan diagih mengikut keputusan faraid.

Di sini, aku dah nampak ada benda yang tak betul. Macam mana nanti kalau orang tak memiliki saham boleh mendapat untung? Bagaimana pula orang yang membeli saham koperasi? Bagaimana orang yang nak menambah saham? Adakah mereka terikat dengan pembahagian mengikut faraid? Aku tak boleh nak tanya sebab dah kena marah pasal isu lain. Aku biarkan dahulu persoalan ini.

Tetapi bebaru ni, saudara-saudara aku mengumumkan bahawa mereka berjaya membuka akaun bank untuk kumpulan waris kami. Aku rasa pelik, bagaimana akaun ini boleh dibuka atas nama persatuan yang masih tidak berdaftar dengan ROC? Tapi yang aku tahu akaun ini dibuka oleh seorang saudara aku yang bekerja sebagai pengurus di salah sebuah bank. Dengan alasan, dia membuka akaun ini untuk "memendekkan cara". Aku sedar, cara ini salah. Selepas Bank Negara menetapkan beberapa syarat dan peraturan baru bagi mengekang pembersihan duit haram dan akaun digunakan untuk terroris, sepatutnya dia sedar akan perkara ini. Walaupun bukan sebab jenayah, membuka akaun bank dengan dokumen pengenalan tidak sah adalah tetap salah.

Maka, kami akan membuka satu majlis perjumpaan keluarga. Semua yang hadir diminta untuk memasukan wang kemasukan dalam akaun ini. Tapi masing-masing tidak berjaya memasukan dalam akaun ini termasuk aku. Aku cakap dalam group waris, bila masukkan nombor akaun di mesin tunai, ada peringatan, "akaun yang dipilih tidak dijumpai.". Terus kecoh.

Aku tahu, akaun itu telah dibekukan, agaknya. Hehehehe. Ntah berapa ribu la yang beku kat dalam tu.

Sampai la seorang saudara aku, bagi warning.

"Jangan dipertikai di mana akaun ini dibuka dan apa terjadi kepada akaun ini. AJK telah bersusah payah untuk membangunkan "persatuan" ini dan patut dihargai. Jangan menyusahkan orang lain."

Sungguh klasik peringatan ini. Berlaku dalam kehidupan orang Melayu dan politik.

Bila tersepit, bila dipertikai yang benar dan macam-macam lagi, melayu cuba mengugut bangsanya sendiri.

Saturday, July 2, 2016

Fallen.

My fall will be for you
My love will be in you
If you be the one to cut me
I will bleed forever

Thursday, June 30, 2016

Bangsaku, tingkatkan mutu kerja.

Aku ni, bukan baik sangat dalam alam pekerjaan.

Aku ni terlalu lurus orangnya. Tapi selepas lebih 10 tahun bekerja, aku rasa aku baru matang dalam umur 40 tahun.

Dan pandai lawan cakap boss. Hehhehe. Tapi dengan cara berhemah la. Maksud aku, kalau tak betul, aku cuba terangkan apa tak betul. Apa boleh buat. Macam mana nak selesaikan masalah.

Nak kira sekarang, kerja aku dah mudah walaupun sebenarnya, tanggungjawab makin besar. Kalau dulu, kerja aku mengadap user. Tapi kali ini, aku tak mengadap user. Mengadap kes-kes besar, buat study, analisis, cari penyebab, cari penyelesaian dan cadangkan.

Aku ni, lulusan diploma elektronik. So, faham-faham saja la taraf pemikiran aku. Kerja pulak dalam bidang komputer di mana tak ramai orang elektrik masuk.

Aku masuk sebab aku suka. Benda komputer ni, aku belajar sendiri. Yes. Macam budak sekolah baru kenal komputer. Setakat install game dan sofware, tweak sana sini, tu kira hebat la. Kalau orang yang berbakat macam ni, sure dapat kerja sebagai technician computer.

Aku tak. Aku cuba menguasainya. Takde la aku nak berlagak. Tapi dah sifat aku mencari selagi boleh ilmu dan apa-apa yang aku tak faham.

Dipendekkan cerita, aku menugaskan beberapa orang supaya membuat satu kaji selidik berkenaan komputer baru.

Ada sorang ni, bagi borang kajiselidik bersama kata-kata yang agak menyedihkan.

"Minta maaf. Ini sahaja yang saya dapat. Berkenaan dengan security baseline tu, saya bukan pakar untuk membuatnya. Lagi pun saya terlalu banyak incident untuk saya buat."

Ya Tuhan. Aku pun banyak kerja nak buat. Tapi security baseline tu, aku google je, dah tau kat mana nak setting.


Adakah ini taraf staff dalam company 500 fortune?

Wednesday, June 15, 2016

Fitrah manusia.

Aku takmo cerita pasal agama, sebab blog ni bukan pasal agama. Tapi nak cerita yang mungkin dapat memberi iktibar pada umat Islam di Malaysia ni.

9 Jun lepas, genap setahun kawan aku meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan. Aku bagi nama Karim (bukan nama sebenar). Pendekkan cerita, beberapa bulan sebelum itu, ada satu cerita berkenaan kawan aku ni. Semasa nak menunaikan solat Zuhur dalam bilik dia di pejabat, didapati sejadahnya hilang. Puas dia mencari, tak jumpa.

Tak sampai 5 minit, datang seorang kawan berbangsa India (Hindu) masuk bilik dengan membawa sejadah Karim.

"Sorry Bro. Aku pinjam sejadah ko."

Kawan aku balas, "Eh takpa la. Tapi aku nak tanya. Ko sembahyang ke?"

"Aku nak belajar sembahyang."

"Oooo...."

Selepas tu, kawan aku tu bersembang dengan kawan India tu. Aku tak tau la detailnya. Tapi pada masa itu ada rumour yang dia akan memeluk Islam.

Beberapa minggu selepas kematian kawan aku si Karim, masuk bulan puasa. 1 Ramadan kawan India tu masuk Islam. Alhamdulillah. Diberi nama Kassim (bukan nama sebenar).

Tak lama selepas itu, diadakan majlis ceramah dengan saudara baru di pejabat aku untuk mengetahui bagaimana Kassim boleh terbuka hati untuk memeluk Islam.

Sebab utama yang membukakan hati Kassim untuk memeluk Islam,

"Saya tahu setiap agama, ada penganutnya yang baik dan jahat. Selama saya bekerja di sini, saya tidak pernah didakwah (tarbiah) untuk menerima Islam. Tapi selama saya bekerja di sini, saya bersama orang yang baik-baik, sentiasa menghormati saya walaupun beragama lain, bersopan santun dan bercakap perkara-perkara yang baik. Tuan-tuan juga selalu mengingatkan saya supaya sentiasa jujur dalam hidup. Dan tidak seorang pun cuba berdakwah kepada saya. Itu menyebabkan saya terbuka untuk memeluk Islam."

Aku ni, bukan la baik sangat. Solat pun kadang-kadang tak penuh. Disebabkan macam tu la, ada kawan-kawan alim ni sindir,

"Tak guna cakap benda-benda baik. Berdakwah pun tak pernah."

Tapi saudara baru ni, semua peluk Islam bukan sebab dakwah tapi tingkah laku kita.

Sikap kita pun kira dakwah la juga.

So, jangan optimis sangat.

Thursday, June 2, 2016

Bila datang dari yang baik, semestinya "baik".

Tinggal beberapa hari lagi nak puasa. Orang mula buat amalan persiapan nak berpuasa. Termasuklah meminta maaf berdasarkan hadis yang takde perawi, sanat or whatever.

Doa Jibrail menjelang ramadhan:-
"Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad jika sebelum masuk ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini:
1.Tidak minta maaf kepada kedua orang tua.
2.Tidak bermaafan dengan sahabat sahabatnya.
3.Tidak bermaafan dengan orang sekitarnya." maka, Rasullullah pun mengaminkannya sebanyak 3kali.   
Dengan ini, saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap yang telah dilakukan sebelum sebelum ini. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa, menyinggung atau mengguris hati. Yang terambil dan yang termakan mohon halalkan. Mohon ampun dan maaf sekali lagi daripada saya.

(PERHATIAN: HADIS DI ATAS ADALAH PALSU. HANYA UNTUK BUKTI SAHAJA)

Aku agak muyskil dengan kesahihan hadis ni. Terus aku google, dan jumpa penerangan hadis ini. Mungkin penerangan ini palsu juga. Aku tidak cukup pakar untuk mengesahkannya.

Tapi apa yang pasti, sebagai orang Islam yang beriman, perkara yang meragukan mesti ditinggalkan seperti meninggalkan yang buruk sehingga terbukti sebaliknya. Dan hanya menerima yang pasti.

Aku tak tau la saudara aku yang share hadis tu dalam whatapps group tu sentap ke tidak dengan penerangan aku. Dia senyap seribu bahasa. Tetapi aku dah bagi tahu, aku minta maaf memberi komen sebab aku tidak berapa suka maklumat palsu yang dianggap baik dan betul tapi sebenarnya palsu.

Kalau dia mempertikaikan kelayakkan aku, aku hanya ada 2 modal untuk menjawab balik.

1. Kalau ada anak orang bermain di tepi lubuk, aku akan biarkan dia bermain sampai jatuh ke dalam lubuk. Sebenarnya aku, orang bukan pakar dalam bidang "lubuk dan sungai". Semestinya aku tak guna ayat ini hehehehe.

2. Kerja aku memerlukan aku mengadap internet lebih 12 jam sehari dan lakukannya setiap hari. Semestinya macam-macam perkara aku boleh jumpa dengan sekali klik bergantung apa yang kita fikir.

Terhadnya kita berfikir, terhad juga carian kita di internet. Jika luas fikiran kita, luas juga carian kita. Ambil contoh, seorang yang berumur pencen, 50 tahun yang tahu menggunakan internet dengan hanya membuka laman politik, sepanjang umur pencennya agak kagum bila baru tahu boleh beli barang dalam talian. Sepatutnya, dia mengetahuinya tempoh hampir sama dengan dia mengetahui laman politik.

Tempoh aku mengadap internet, aku membaca, mengkaji, berfikir, bersimulasi dan macam-macam lagi terhadap semua jenis kandungan. Dari politik ke agama. Dari sejarah ke sains. Dari lucah ke tidak lucah. Dari hiburan dan ilmiah. Semua aku baca.

Dari satu, aku dapat banyak kesimpulan yang secara amnya, bukanlah sama seperti orang lain fikirkan. Salah satu kesimpulan, mudahnya orang kita menerima perkara yang baik yang sebenarnya palsu.

Dari whatapps group yang sama, ada saudara aku yang mengongsi kenaikan harga minyak yang akan diwartakan esok harinya, di mana kenaikannya sebanyak 20 sen.

Aku cuba memperbetulkan dia bahawa harga kenaikan sebenar adalah 10 sen. Dia menjawab, "Yeke? Anak saudara saya baru je forward mesej ni, takkan la tak betul?!!"

Aku gelak dalam hati. Hanya kerana dia mengetahui bahawa anak saudaranya seorang yang jujur, dia menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh anak saudara dia? Adakah dia tahu kemungkinan anak saudaranya yang jujur itu tidak tahu membezakan mana satu benar dan mana satu salah?

Kalau dia hanya mengetahui aku bekerja di syarikat oil and gas, semestinya aku tahu harga kenaikan sebenar? Silap. Staff syarikat ini pun tak mengetahui.

Tapi dia tidak mengetahui, wife aku memiliki stesen minyak yang akan menerima mesej kenaikan minyak dari trade manager antara pukul 6 petang sehingga 12 tengah malam. Ok. Itu maklumat pasti.

Thursday, May 19, 2016

Cara meletakkan kereta, menunjukkan bagaimana tuannya menyelesaikan masalah.

Aku bukan nak komplen pasal isteri aku. Dia adalah terbaik dalam hidup aku. Dia seorang businesswoman yang aku kagumi. Masalah mula timbul selepas perniagaannya mengalami kerugian 3 tahun berturut-turut.

Pada satu hari, aku balik dari kerja. Sampai di laman rumah, kereta isteri masih di depan pagar. Tidak dimasukan dalam ruang parkir. Sebenarnya, sudah banyak kali dia buat macam ni. Aku tidak ada apa-apa masalah.

Aku akan telefon dia. Minta dia alihkan kereta dia supaya kereta aku boleh masuk. Dia akan turun ke bawah, pakai tudungnya, ambil kunci pintu dan kereta dia. Buka pagar sebelah tapi pagar sebelah lagi sangkut pada kereta dia. Dia akan alih sedikit keretanya bagi ruang buka pintu pagar. Lepas buka, dia akan masuk lagi ke keretanya dan bagi ruang kereta aku nak masuk. Oh! Banyak betul task kena buat hanya nak bagi kereta aku masuk ke parkir.

Perkara ni dah berulang banyak kali. Aku kesian tengok dia buat tu semua. Muka nampak stress. Maka, semalam bila berlaku lagi, aku tanya,

"You tak stress ke bukak gate, alih kereta, buka gate balik, dan alih kereta lagi. Kenapa tak awal you sampai, masukan kereta terus. Biarkan gate terbuka kalau dah penat sangat?"

Dia jawab, "Takde la. Tak stress pun. Petang tadi I sampai rumah, cuaca panas. Sebab tu I tinggalkan kereta kat luar."

Itu jawapan dia.Cuba kalau aku telefon masa dia tengah ada masalah besar, dah tentunya dia yang kelam kabut nak buat tu semua. Semestinya stress lepas tu. Pernah sekali, pintu pagar tu tercabut dari railnya sebab dihempasnya.

Dia lebih pentingkan masalah "panas" sekarang dari mendahulukan yang perlu supaya tidak menyusahkan dirinya pada masa akan datang. Do you know what I mean?

Macam tu la juga dia menyelesaikan masalah perniagaannya.


Tiga tahun lepas, perniagaan isteri mengalami masalah disebabkan masalah birokrasi main company dan ekonomi yang tak menentu sehingga hari ini. Semua orang termasuk bisnesman merasai masalah ini. Aku bukan lah pandai bab ni. Tapi aku kesian tengok dia stress memanjang.

Sampai dia mendapat satu idea untuk keluar dari bisnes ni dan buat bisnes lain. Yang menjadi masalah adalah bisnes baru memerlukan modal yang buat masa tu, memang takde.

Pelan asal adalah meminjam dari bank sebanyak RM500 000. Fund sedikit dalam bisnes sekarang dan fund sedikit dalam beberapa bisnes baru. Termasuk membayar hutang-hutang kecik lain. Aku tak berapa setuju sebab pembayaran bulan agak besar. Dengan beranggapan bisnes baru fail, kemungkinan pembayaran bulanan tak dapat dibayar. Atau pulangannya terlalu rendah.

Dia memberi jaminan bisnes baru akan memberi pulangan. Kedai asal pun boleh bantu membayar pinjaman tu. Insyallah, katanya. Kena yakin. Jaminan yang aku sendiri ragu-ragu bukan mendoakan tapi gambaran yang baik langsung tidak ada.


Aku tidak setuju. Aku merasakan ada cara lain yang lebih komprehensif. Aku tahu, kalau aku tak setuju, dia akan rasa tidak puas hati. Merajuk bagai. Maka, aku bagi cadangan, pinjam sekadar perlu dan mampu bayar walaupun dalam keadaan terdesak. RM200 000?, RM100 000? mungkin?

Tiba-tiba, satu hari dia cakap dia dah pinjam dan dapat RM500 000. Pihak bank bagi tahu, buat pinjamam semaksimum yang layak sebab tahun depan, akan lebih ketat nak mohon.

Bank pun celaka juga. Ayat marketing dia dah mempengaruhi isteri aku. Aku terduduk dan berfikir yang buruk-buruk sahaja. Maka, dah tenang tu, aku cakap, "Teruskan la pelan you, kalau you rasa mampu menjana pendapatan dan keluar dari bisnes pertama tu. I bantu la mana mampu."

Maka, hutang ini, termasuk hutang 3 buah rumah atas nama dia dan beberapa pinjaman lagi, berjumlah kira-kira RM1.5 juta.


Nak dipendekkan cerita, bisnes kedua dan ketiga gagal selepas melabur dengan duit pinjaman lebih dari RM100 000. Selebihnya masuk dalam bisnes pertama yang hidup segan, mati tak mahu. Walaupun pendapatannya sedikit tetapi hanya ini saja yang mampu membayar semua hutang-hutang dan pinjaman yang ada. Maka, isteri aku dalam logiknya, tidak mempunyai gaji.

Ditambahkan lagi kerenah birokasi dari main company, peningkatan sewa kedai dan kos makin menyesakkan lagi modal operasi bisnes.

Jika pinjaman RM500 000 tidak dibuat, cuba fikirkan adakah masalah di atas akan timbul? Ya, akan timbul tapi masih boleh dikawal. Gaji dia, walaupun tak banyak, tapi masih ada. Bukan zero.


Aku tidak boleh nak nasihat sebab aku tak pandai. Dan beberapa ketika, dia mengadu masalah dia, aku bagi cadangan pun, dia tolak mentah-mentah. Sampai satu hari, kawan dia bagi tahu cadangan pada masalah tu, yang sama macam aku cakap, dia ikut pulak. Which is aku sedikit kecik hati nak bagi apa-apa cadangan lagi.

Dan aku kehilangan RM12 000 dari ASB kepada isteri aku yang dijanjikan paling lewat akan dipulangkan dalam masa 6 bulan. Sekarang dah nak masuk 2 tahun. Aku bukan berkira. Duit itu je yang aku ada nak guna untuk emergency. Nak major repair kereta aku, kereta dia, rumah dia bumbung bocor, yuran tahunan anak dan apa-apa yang memerlukan duit banyak dalam kadar segera. Sekarang, aku hanya ada modal RM8 000 dalam ASB. Aku berkeras tidak akan bagi pinjam lagi. Tapi aku janji, akan cover makan minum, barang dapur dan repair kereta dia selagi aku mampu.

Dan aku daftar masuk koperasi senyap-senyap sebab aku takmo dia tahu aku boleh buat pinjaman segera.


Aku bukan lokek. Tapi kalau dia gagal dalam bisnes, jangan drag aku sama. Sekurang-kurangnya, aku boleh mampu bagi dia makan dan bantu mengikut tanggungjawab aku selagi mampu.

Kesimpulannya, tidak kira lelaki atau perempuan, kalau ada masalah, jangan fikir nak selesaikan masalah depan mata saja. Tutup juga kemungkinan-kemungkinan masalah yang mungkin akan timbul. Korek lubang, tutup lubang pun tak boleh.

Sunday, February 28, 2016

Pengajaran prestasi buruk Dilwale di India.

Berlaku beberapa bulan lepas di utara India, seorang tukang besi Muslim berumur 50 tahun telah dipukul sekumpulan penganut Hindu sehingga mati. Muhammad Akhlaq bersama seorang anaknya telah diheret keluar dari rumah dan dipukul setelah tersebarnya berita angin di kuil berhampiran bahawa mangsatelah menyembelih seekor lembu untuk hidangan keluarganya. Anak mangsa bagaimana pun selamat dalam keadaan kritikal.

Seorang lagi anak mangsa selamat kerana dikatakan berada tidak berada di rumah dan sedang bekerja sebagai juruteknik penerbangan angkatan tentera India.

Insiden ini mendapat liputan meluas di India sehingga Shah Rukh Khan memberi komen. Beliau amat tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pelampau Hindu itu dan mengatakan mangsa mempunyai hak untuk memakan daging lembu kerana agamanya. Beliau juga berkata hak beragama setiap orang perlu dihormati. Beliau tidak menyokong sebarang ketidakadilan toleransi melampau lebih-lebih lagi dalam agama. Adalah agak pelik keingingan memakan daging menjadi isu besar.

Komen Shah Rukh Khan ini pada mula mendapat sokongan di kalangan penggerak industri filem India, penulis, ahli perniagaan dan sejarawan India. Mereka semua menentang tindakan melampau dalam insiden ini.

Tindakan Shah Rukh Khan dan golongan professional ini sedikit sebanyak menyebabkan prestasi tayangan filem Dilwale agak perlahan. Dan dikatakan lebih teruk kutipannya berbanding tayangan di Jerman dan Austria. Penganut Hindu mula membakar poster Dilwale dan memboikot penayangan filem tersebut. Ini mengebabkan beberapa panggung di beberapa negeri ditutup sementara atau tidak menayangkan filem Dilwale.

Dalam laporan BBC News, Shah Rukh Khan tidak akan meminta maaf di atas komennya tetapi sesal dengan apa yang berlaku pada filem Dilwale. Dalam tweet beliau juga berkata, menjadi pelampau agama dan tidak menjadi sekular di India adalah satu tindakan yang tidak patriotik.

Siasatan polis dan kajian DNA yang dijalankan terhadap daging yang masih tersimpan dalam petisejuk Muhammad Akhlaq didapati dagind tersebut adalah daging kambing. Laporan telah dibuat oleh isteri dan anak perempuan mangsa serta mengecam identiti 10 penyerang. Polis telah menangkap 6 daripadanya dan akan didakwa.

PENGAJARAN

Insiden seperti ini boleh berlaku di mana-mana. Berita angin boleh tersebar dengan pantas dari kuil, masjid, tokong dan gereja.

Sebagai tempat suci, sebarang berita disampaikan dianggap sebagai benar walau sebenarnya palsu.

Bila agama gagal mengamankan keadaan, ianya dilihat buruk oleh bukan penganutnya.

Provokasi dan melampau disebabkan prinsip "Holier than thou".

Friday, December 11, 2015

Beli emas tak syariah compliance?

Hari ni, jumpa kawan-kawan lama, dapat juga info yang agak menarik yang boleh dibincangkan.

Asalnya, aku bertanya pada kawan aku yang berniaga emas fizikal, macam mana bisnes dia. Bukan la, nak provoke atau sindir. Aku memang nak tau turun, naik harga emas ni memberi kesan ke tidak sekarang ni.

Dia kata, ok. Aku cakap, aku beli emas dari satu bank online. Dia kata, aku punya pembelian tak syariah compliance sebab tak nampak emasnya. Aku jawap, memang aku tau semenjak dari tahun 2007 aku join. (Sebabnya, tak perlu aku bagi tau sebab panjang la)

Semenjak dari perbualan tu, aku rasa lebih 5 kali dia mengingatkan aku, bahawa pembelian aku tu tak syariah compliance.

Akhirnya dia tanya, aku bayar zakat tak untuk emas tu. Aku jawap, aku bayar zakat sebagai simpanan. (Sebenarnya, apa yang meragukan, tak wajib zakat, kalau tak silap)

Aku pun sambung cakap, "kalau nak kata tak compliance, aku buat pinjaman peribadi dari satu bank islam pun, aku boleh kata tak syariah compliance. Sebabnya, dalam perjanjian itu, aku membeli palladium yang disimpan di Brazil yang aku sendiri tak nampak. Betul tak?" Kalau nak tau palladium tu apa, tengok Ironman.

So, tak perlu la pertikaikan tindakan aku walhal sistem yang ada tak membantu manusia seluruhnya.

Lagi pun, melabur emas, dalam 1 tahun belum tentu untung seperti ASB. Hanya orang tau sahaja yang pandai memilih.

Thursday, December 3, 2015

Raja yang selalu membazir dan membuang makanan.

Kawan aku beli 2 pau kacang. Sekali dapat pau coklat. Punya la dia marah sebab dah 2 kali kena tipu. Terus takmo makan.
Punya la gebu pau tu. Aku cakap, kalau takmo, bagi aku makan. Dia ok je.
Kalau aku tak offer ambil, ntah jadi apa la kat pau tu. Aku tau, dari makanan salah order, makanan tak sedap dan tak suka service kedai makan, pelanggan sanggup takmo habiskan makanan. Yes! Customer is always right. Customer is the king.
But the king waste the food. Memikirkan ramai orang dalam dunia ni tak makan. Baik aku makan pau tu.

Wednesday, November 25, 2015

Mental Block. Writer's Block. Programmer's Block. Tak boleh nak fikir.

Aku tulis program sekadar hobi. Hobi yang aku suka. Tak macam kerja yang perlu ikut masa dan arahan. Tapi hobi ni buat aku menghadapi mental block. Atau ada orang panggil writer's block. Maka, aku panggil, programmer's block. Sampai satu tahap, aku tak boleh fikir macam mana nak teruskan hobi aku ni.

Dah dekat seminggu tak tulis apa-apa tanpa rasa minat. Aku cuba la google untuk cari penyelesaian. Mesti ada orang lain yang kena kan? Dibawah ni, adalah apa yang aku baca dan buat.

Punca:

1. Tidak berdaya - Selalu berlaku pada programmer muda dan newbie macam aku. Sampai satu tahap tak boleh fikir, akhirnya, banyak browse internet, chat online, facebook, tengok porn dan macam-macam lagi la.

Cara mengatasi, agak teknikal. Aku cuba pecah-pecahkan tugas atau program tu pada beberapa function atau module yang kecil. Kalau boleh, tulis atas kertas atau notepad. Dalam setiap module atau function, rancangankan program yang perlu ditulis. Ada orang akan buat flow chart. Apa-apa sahaja la, tapi perlu ditulis atas kertas dan pecah-pecahkan.

Lepas tu, tulis program pada satu-satu module atau function. Jangan buat lebih dari 1 function serentak. Nanti giveup. Hehehhehe.

2. Takut gagal. -  Biasanya kalau buat kerja untuk orang. Atau pun, kalau buat kerja sendiri, takut datang risiko pada program tu nanti macam aplikasi tu membuatkan kerugian pada orang lain.

Cara mengatasi, pergi solat. Dan bagi sesetengah orang, pergi meditasi.

3. Bosan - Walaupun hobi tu minat kita sehidup semati, tetapi kita boleh jadi bosan juga kalau mengadap. Lagi la kalau dapat job mudah, tetiba je kita bertukar mod jadi autopilot sebab kita tahu nak buat apa. Pejam mata pun, dah siap. Maka, kita jadi cepat bosan.

Cara mengatasi, senang. Cari kerja yang lebih mencabar.

4. Hilang arah tujuan. - Datang dengan 2 sebab. Sebab "kepentingan", seperti perlu buat kerja tersebut sebab anda nak buat. Sebab "bukan kepentingan", anda kena buat tapi anda tak suka. Contoh, kena buat sebab nak kena bayar hutang, bil, sewa dan lain-lain.

Cara mengatasi, cari motivasi untuk kedua-dua masalah tersebut. Susah sebenarnya nak mengatasi masalah ni. Mungkin kena keluar duit.

5. Terbakar Hahahhaha. Burnout. Letih amat sangat. - Sebabnya, terlalu kuat bekerja. Pandai-pandai la adjust jadual kerja.

Kadang kala, penyebab mental block disebabkan kurang air, lapar dan kurang makan makanan berkhasiat. Ubah kepada gaya dan pemakanan yang sihat.

Sunday, November 8, 2015

Handle arak

Hari ini pergi mini market yang hampir dengan rumah aku. Lepas ambil barang-barang yang nak dibeli, beratur kat kaunter.

What! Awek baru kerja. Comel dengan tudung dan bermulut kecik. Ada can nak tackle awek ni tak? Makin rajin la aku nak singgah selalu beli barang. Tapi muka agak masam sikit.

Aku paling menyampah kalau awek cun, muka masam. Kalau tak suka kerja, jangan kerja la. Cari la kerja yang ko suka buat.

Customer depan aku, Vietnam beli beer. Awek tu scan barang dan masukkan tin beer dalam beg plastik guna sarung tangan???!!!! What the hell. Adakah kenajisan beer ni sampai tak leh sentuh? Adakah kena samak kalau tersentuh? Setahu aku, handle pun dah kira berdosa.

Aksi awek ni, menyebabkan aku menahan ketawa sebab sarung tangan dia terlalu licin sampai terlepas tin beer dari tangan. Terkial-kial. Hhehehehehehehehe

Tekno...Pratttt..

Sedara: Semua musibah yang jadi kat Malaysia sekarang ni semua disebabkan kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan. Dulu tak macam ni.
Aku: Dulu tentera merah Jepun rampas kedutaan kat Malaysia, apa kemungkaran Malaysia dah buat?
Sedara: Hanya orang yang mempunyai fikiran yang bersih je yang tahu bahawa semua ni balasan dari kemungkaran.
Aku: Kita semua dok dalam whatapps ni dah mempunyai fikiran yang bersih ke nak berfikir ke arah dan buat kesimpulan macam tu?
Senyap. Takde jawapan. Kang cakap fikiran suci bersih, orang lain fikir dia ujub dan hipokrit lak. Hehehehehe.... Gotcha.

Friday, September 4, 2015

Aku macam bagus.

Maybe some of you think aku ni tech macam bagus.
Ada bagus skit la sebab.
1) HR tanya bila staff engineer baru masuk.
2) staff tanya bila batch Card boleh dapat.
3) security tanya, contractor cat dinding boleh dapat approval masuk ke tidak.
4) kena susun kerusi meja kat dewan.
5) jadi door bell boy depan dewan.
6) staff baru tanya, bila gaji masuk.
7) HR tanye manager lab duduk kat Office mana.
8) deal hse dan contractor sapu sampah untuk safety briefing.
Macam macam lagi la.
Nampaknya staff IT lebih hebat dari staff lain.

Sunday, August 30, 2015

Sikap berpilih pekerja tahap rendah.

Staff atau kerani selalunya memang hipokrit. Mempunyai sikap berubah-ubah dan memilih tanpa mereka sedari.
Bila printer rosak, seboleh-boleh mintak support datang tengok, walhal technician boleh tengok remotely je. Bila tak datang, dia kata support MALAS.
Tapi bila printer berada jauh sikit dari tempat dia, akan cakap, "akak MALAS la nak jalan jauh ke printer tu."

Tuesday, August 25, 2015

Susah betul hendak menerangkan......

Kalau nak buat kerja kontrak atau maintenance dalam pejabat, perlu dapatkan kelulusan dari HSE officer. Proses tu menjadi susah sebab tiba-tiba pegawai HSE tu jadi bodoh pulak.

1.Hantar Job Safety Analisys untuk kelulusan.

User: Tuan, saya nak dapatkan kelulusan ni.
HSE: Nak buat kerja apa ni?
User: Nak bukak server sebab dah tak guna lagi.
HSE: Step pertama ni apa? Cuba terangkan pada saya.
User: Mula-mula kita delete data dan file dalam server ni. Lepas tu, kita tutup power server.
HSE: Boleh tak kalau awak tutup power dulu dan selepas tu, delete data tu?
User: Errr.......(Aku nak jawab ke, nak gelak ke...nak menangis ke?)

2. 
Hantar Job Safety Analisys untuk kelulusan 2.

HSE: Kalau kena tutup power, apa kecederaan yang kita syak akan dapat/kena?
User: Kalau dah tutup, takde apa-apa masalah.
HSE: Mesti ada punya. Bila kita on atau off suis, ada aliran elektrik. Semua kena ada JSA.
User: (agak dia datang kerja, on PC dia ni, ada JSA ke tidak ni?

3. Bila dah takde apa nak komen.

HSE: Sebarang kerja perlu ada housekeeping. Awak tak nyatakan ni.
User: (err, bukan ke aku tulis akan susun barang dan buang kotak?)

4. Bila HSE anggap kerja kita merbahaya.

HSE: Saya tak boleh luluskan ni. Boleh saya tengok equipment yang awak nak pasang?
User: Ni dalam kotak ni.
HSE: Oooo... Macam PC je.
User: Aha. Memang PC tapi kontraktor nak pasang kang, salah lak sebab takde permit nak kerja.
HSE: Err....aha. Betul tu. (Dia baru perasan, kecik punya hal. Memenatkan dia sebab ambil berat sangat hehehehhe)