Boss aku dan boss support telah mengarahkan aku merancang satu projek untuk memindahkan beberapa kerja-kerja support dari jabatan aku ke jabatan support. Ada dua sebab pemindahan ini perlu dilakukan iaitu untuk melancarkan lagi kerja-kerja support dan juga upskill staff support. Sebenarnya, projek ini perlu dilakukan pada tahun lepas. Walaupun nampak mudah, aku tangguhkan projek ini tahun ini kerana ada projek aku yang perlu pemerhatian lebih dan berat.
Sebelum aku merancang, aku kena fikirkan bagaimana untuk menghadapi staff-staff jabatan support ni. Sebenarnya, sebelum aku berada dalam jabatan sekarang, aku berasa di jabatan support lebih 10 tahun. Maka, aku tahu perangai masing-masing. Mereka ni semua suka taichi kerja atau suka humban kerja kepada orang lain. Hanya ambil kerja mudah. Jika diberi kerja yang agak lain dari biasa, mereka bukan bertanya apa perlu buat, tapi mengajukan soalan-soalan untuk mereka tak perlu buat kerja tersebut.
Pendek kata, walaupun label diorang ni engineer, tapi cara kerja mereka jangan kata bukan macam engineer, macam technician pun tak. Aku nampak macam operator pengeluaran kat kilang. Buat macam mana orang ajar. Tak faham apa dibuat. Lain sikit je, dah menggelabah tak tau nak buat apa.
Mereka pulak disokong dengan ketua-ketua yang keras dan selagi boleh tak nak anak buah dia buat kerja lain dari routine. Mereka ni sanggup berbalah dengan manager dan head of department diorang.
Boleh dikatakan, semuanya pengecut la. Kalau dilihat dari segi kelulusan, yang tak ada sijil pun ada kerja dalam jabatan tu. Diambil bekerja sebab keperluan mendesak pada masa dulu. Tapi aku tak salahkan sebab tu kerana aku sendiri, bukan major aku dalam industri ni. Aku belajar sendiri untuk masuk.
Lagi satu, aku pernah lepak dengan 1 staff dari jabatan lain yang ada pengalaman dengan jabatan support ni. Pernah satu insiden, di mana staff support tak nak check sistem audio visual langsung dan mengharapkan jabatan sebenar yang check. Walhal, telah termaktub dan didokumentasi bahawa mereka kena check dulu sebelum staff jabatan sebenar ambilalih.
Dekat sini, staff support sengaja buat bodoh dalam memaksa orang lain ambilalih. Kawan aku tu pun mengeluh juga.
Jadi, untuk mengurangkan tindak balas dari jabatan support ni, aku buat beberapa langkah.
- Projek ini mendapat sponsor dari boss aku dan ketua jabatan support. Ketua jabatan ini juga ada menyatakan sebab kenapa pemindahan ini perlu dibuat tapi agak samar-samar asalnya. Maka, di sini aku dapatkan sokongan penuh dari mereka berdua.
- Aku persembahkan draf cadangan carta alir support selepas pemindahan berlaku kepada mereka berdua. Kalau ada perubahan, aku draf balik ikut sebiji apa yang mereka nak dan bukan cadangan aku. Maka, jika ada pertikaian dari staff support, aku boleh cakap, ini kau punya ketua jabatan nak. Hehehehe.
- Selepas draf dipersetujui, aku buat satu lagi persembahan draf kepada mereka berdua termasuk manager-manager support untuk persetujuan kedua. Maka, sama juga sebabnya. Jika ada pertikaian masa proses pemindahan, aku cakap, manager korang tak ada bantahan apa-apa pun. Pada dasarnya, mereka semua setuju tapi ada beberapa isu timbul. Tapi isu ini amat menarik dan mereka semua terus membuat ketetapan untuk isu-isu tersebut. Aku lega.
- Aku menyediakan surat persetujuan process flow baru yang perlu ditandatangani oleh boss aku dan ketua jabatan support. Mereka setuju sign dengan senang hati. Sebenarnya, surat setuju ini tak perlu pun tak apa kerana aku tak simpan repository pun nanti. Tapi aku buat juga untuk mengelak pertikaian lebih tinggi dari staff-staff support. Jangan nak marah sangat dengan apa aku nak buat. Boss kau dah setuju hehehe. Nak bagi jelas, selepas persembahan projek ini kepada semua staff support, aku email surat ini. Biar mereka tengok sign setuju tu hehehe.
- Menubuhkan grup khas di kalangan beberapa staff support. Ini bukan cadangan aku tapi cadangan boss-boss atas. Benda ni agak menarik sebab aku ada grup yang akan membantu jabatan aku. Tapi sebab sebenar boss-boss nak, aku masih blur masa tu.
- Buat presentation untuk staff-staff support pada waktu boss-boss dan manager-manager ada meeting lain yang mana, aku ajak mereka meeting sebagai optional je. Maka, boss-boss tak masuk presentation aku dengan staff-staff suppot. Kat sini, aku tak nak nampak aku cuba berselindung di sebalik boss-boss. Aku nak elak soalan-soalan nanti banyak dijawab boss-boss berbanding aku. Aku nak mereka tengok aku take the lead. I will enforce it. And you can not break me. Maka, aku kena la bersedia dengan beberapa info dan buat homework. Yang kelakar, 2 jam sebelum presentation, ada seorang team lead bertanya pasal objektif presentation aku. Aku terangkan dan dia balas "good luck". Aku pelik. Perli ka? Hahahaha.
Soalan pertama, mereka tanya kenapa grup khas yang ditubuhkan tidak didaftarkan dalam sistem support. Aku jawab, telah dipersetujui buat masa ini, kita tak daftarkan kerana nampak tiada keperluan, kerja-kerja support yang sampai ke grup khas ini tak banyak dan buat masa sekarang lebih mudah sign terus kerja pada orang dalam grup khas. Tapi team lead ni bimbang kalau mereka sendiri perlu jawab kerja-kerja support yang tak selesai. Aku balas, tak apa-apa. Buat macam biasa sahaja. Kalau ada isu berbangkit, maklum pada aku dan aku akan ubah kemudian ikut beban tugas. Kenapa nak kalut hehehe. Lagi pun boss-boss pun dah setuju cara aku.
Soalan kedua, kenapa kerja support yang tiada kaitan dengan jabatan lain tak termasuk. Aku jawab, aku sedar isu ini dan ada dibincangkan masa meeting dengan boss-boss dan manager-manager. Aku jawab, isu ini masih status quo.
Soalan pertama, boss cakap pada team lead tu, bagi peluang aku jalankan dulu pemindahan ini. Kalau nak semua siap dulu, memang tak jalan projek ni. Kalau ada problem, baru bincang balik. Aku balas, aku open for any concern. Tapi boss dia yang lemah lembut terus menyatakan sebab sebenar. Dia nak jabatan aku tak buat kerja-kerja support dan hendak jabatan support ambil semua. Dia juga sedar yang jabatan support tak pernah meningkatkan skill untuk beberapa tahun dan tak berubah langsung. Dia nampak kedegilan tu hehehe. Maka, dia sendiri nak aku tubuhkan grup khas tersebut. Aku senyum je la :D